Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, November 15, 2013

GANI PATAIL - PENDERHAKA



KUALALUMPUR: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Peguam Negara (AG) dibekukan segera.Ia ekoran pengakuan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang mengaitkan Tan Sri Gani Patail  ( gambar ) sebagai pengintip dan agen CIA.


Kenyataan di atas jelas mempelihatkan bagaimana Malaysia sebagai sebuat negara berdaulat tapi ianya di perintah oleh kalangan mereka yang tidak bertanggong jawab dan tidak amanah. Bagi mereka sama ada orang politik mau pun pentadbir apa yang penting ialah bagaimana " memusnahkan " rakyat secara halus. Mahathir selama pemerintahan lebih 20 tahun Gani adalah orang yang di pertanggongjawabkan dalam urusan kehakiman. Sebagai Pegawai, urusan kesesejahteraan rakyat dan negara terletak di bahu beliau. Tapi akhirnya Mahathir mempertikaikan kewibawaan beliau.

Lihat sahaja kes Mata Lebam Anwar, Kes correct, correct, kes PKFZ, banyak lagi kes-kes yang sungguh menyinggong perasaan rakyat tapi beliau dianggap "  hero " dan dapat serta berjaya memenangkan semua kes. Kini barulah Mahathir  sedar yang Gani adalah manusia " musang berbulu ayam "

Pengasas SAMM,Bagi Badrul Hisham Shaharin ( gambar ) pengasas SAMM, dakwaan ini sebagai sangat serius.

"Di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88 seksyen 3) memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup di atas kesalahan 'Pengintipan bagi maksud yang mudarat kepada keselamatan atau kepentingan Malaysia'.

Bagi Baddrul Hisyam, " Tan Sri Gani Patail harus diberkas dan dibicarakan sertamerta bagi menjamin negara ini berada dalam kedudukan lebih selamat dan beliau juga menggesa agar Tun Mahathir tampil membuat penjelasan lebih terperinci mengenai dakwaan serius yang dilontarnya ".

SAMM tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku adalah termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan juga menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa.

Selain itu, isu Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ianya diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat.

Beliau memaklumkan Laporan polis akan dilakukan oleh SAMM dan sekutu di seluruh negara dalam masa terdekat.

 MYT by paktam

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA