Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, September 4, 2013

SETIA - KEPADA NEGARA ATAU KERAJAAN?


Kini rakyat terpanggil untuk menilai sendiri apakah pemimpin - kepimpinan kerajaan Malaysia masa kini sentiasa bercakap benar atau pun mereka sudah berjaya dengan usaha untuk memutar belitkan isu-isu untuk terus membohongi rakyat. Peranan media sama ada media cetak mau pun elektronik nampaknya sudah " berjaya " menanamkan fahaman yang mengelirukan untuk tatapan dan bacaan harian.

 Isu nyata yang di spain oleh media ialah kaitan dengan " kesetiaan ", apakah rakyat perlu setia kepada kerajaan atau pun negara. Apa pula beza antara kedua-duanya antara negara dan kerajaan.Usaha halus kerajaan melalui pelbagai medium propaganda dalam cubaan mengelirukan rakyat Malaysia supaya mempercayai mitos yang dibawa oleh mereka, iaitu 'setia kepada negara' adalah sama dengan 'setia kepada kerajaan' ternyata berjaya.

Dipaparkan apa itu negara dan kerajaan.

Secara umumnya, definisi 'negara'  adalah merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki sesebuah kawasan yang mempunyai had sempadan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan. Manakala, 'kerajaan' pula ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara.

Isu kenaikan harga petrol RON95 - satu perbincangan dan perbandingan.

apa kata macai yang setia kepada kerajaan:

* aku guna motor aje,
* 'Alah, 20 sen je pun..'  dan 
* 'cuba banding dengan negara lain macam Singapura' 
* mereka merestuai rasuah tidak mengapa asalkan kerajaan yang sedia ada kekal memerintah.
*golongan ini berkiblatkan mutiara kata 'syukurlah Malaysia masih aman'. Pemotongan bertujuan menambahkan sumbangan kerajaan kepada rakyat seperti BRIM.
*golongan ini adalah golongan yang berfikiran jumud kerana tidak berasaskan isu. Semua keputusan kerajaan akan disokongnya, seolah-olah menjadikan kerajaan itu adalah entiti yang maksum. Keputusan kerajaan tidak semestinya harus disokong, jika hendak menyokong pun ia perlu melalui prosek 'semak dan imbang' yang telus terlebih dahulu.
* Gulongan ini seolah-olah tidak mau akur dengan keadaan semasa lihat sahaja hutang negara mencecah 53 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersamaan dengan RM547 billion, mereka tidak berani untuk menegur sebaliknya terus memberikan sokongn secara membuta-tuli.

Apa pula komen macai yang setia kepada negara -
# pastinya memikirkan kesan jangka masa panjang dan kesan domino yang bakal berlaku akibat kenaikan harga petrol ini.
#  mereka juga membuat kajian kaitan dengan harga 95 dan 97, akhirya mereka jumpa harga 95 lebih mahal dari harga 97.
# Bagi rakyat yang 'setia kepada negara', pastinya golongan ini akan menentang rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan ketirisan ekonomi negara.
# Kumpulan ini mempunyai pemikiran dan pandangan yang berasaskan isu atau pun issues based iaitu lebih kritis dan analitikal. Pemikiran golongan ini dilihat lebih taktikal, stategik dan sistematik.

Pengasingan masyarakat Malaysia jelas terpancar selepas PRU13 yang lalu, antara golongan yang berkiblatkan kepada Negara dan Kerajaan telah terjelma. Kini terdapat 47% rakyat Malaysia masih lagi kata pepatah " seperti katak dalam gelas " hanya mampu melihat keindahan orang lain sedangkan diri sendiri masih belum bebas. sebaliknya hampir 52% pula mereka yang sudah berani memberikan tegoran, memberikan tunjuk ajar kepada pemimpin dima mereka inginkan sebuah negera yang berdaulat. Tidak rasuah, tidak pilih kasih, tidak salah kuasa kuasa. dan sebagainya buruk laku yang berlaku masa kini.

Kepada media - diharapkan dapat memberikan ruang lingkup yang lebih jelas agar dapat mendidik rakyat untuk tujuan yang murni ini. Setia kepada Negera adalah yang paling mutlak kerana negera tidak boleh di tukar ganti sebaliknya kerajaan boleh ditukar ganti. Rakyat wajib setia kepada negara, Kedudukan negara adalah lebih tinggi daripada kerajaan. Ketua Negara ialah DYMM SBP Yang di-Pertuan Agong (YDPA) manakala Ketua Kerajaan pula adalah Perdana Menteri yang arif lagi bijaksana. Berbeza bukan?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA