Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, August 17, 2013

UMNO DILANDA DENGAN TSUNAMI MELAYU

Kesan dari PRU12 memang meninggalkan sesuatu yang cukup " menghiris " kemampuan dan keyakinan rakyat terhadap UMNO itu sendiri, rakyat mungkin sudah merasa muak dengan apa yang dilakukan oleh UMNO itu sendiri, dan mungkin UMNO masih terus berhayal dengan kemampuan mereka untuk " menipu " orang Melayu, khususnya Melayu di berada di luar bandar.  " Tsunami " PRU12 dengan kegagalan UMNO / BN untuk menguasai majoriti 2/3 kerusi di parlimen dan kesepakatan dalam parti pembangkang telah meninggalkan satu aspirasi baru kepada rakyat. Pembangkang berjaya menubuhkan satu gagasan berjenama " Pakatan Rakyat " PR di anggotai oleh DAP, PAS dan PKR. dengan memberikan kepercayaan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim mengemudikan gagasan ini.

Terbentukannya gagasan ini, laluan untuk bersuara dengan lebih yakin di tonjolkan oleh kepimpinanya, dengan itu beberapa PRK selepas PRU12, 12 PRK dan PR memenangi 7 dari pertandingan tersebut. Ini membuatkan UMNO / BN " meroyan " dengan perubahan landskap politik tersebut. 

Akhirnya pada PRU13, walau pun PR masih gagal untuk menguasai parlimen tapi masih berjaya mengegalkan rekod kegagalan UMNO / BN, cuma menguasai 2/3 majoriti di parlimen malahan PR berjaya mengurangkan kerusi UMNO / BN dari 140 kepada 133 sahaja. Tapi UMNO / BN masih mampu " bergembira " dengan pengudi-pengundi luarbandar ( kampong ), sememangnya UMNO / BN hanya mengharapkan mereka dari kampong untuk memastikan kemengnagnan. Sesungguhnya UMNO adalah Jagoh Kampongan.

Apakah kesan " Tsunami " di Aceh pada 2004, dengan perubahan landskap, dengan banyak nyawa melayang ada persamaan dengan perubahan politik di Malaysia. Jika diperhatikan ada kebenarannya, dari Tsunami Politik pada 2008 ujud pula Tsunami Cina pad 2012, dan mungkinkah pada Perhimunan Agung UMNO pada 2013 ini akan terjelma pula Tsunami Melayu. Di mana Melayu pula akan menolak UMNO dari dalam, mungkin dengan pemilihan pada kali ini banyak kerusi berubah, mungkin kah Najib atau Mahyuddin akan meninggalakan kerusi Presiden dan Timbalan. kerana 2008, Pak Lah di arahkan untuk meninggalkan kerusi Presiden kerana kegagalan untuk menang 2/3, tapi pada 2013 Najib juga gagal malahan lebih teruk dari Pak Lah. Apa yang pasti Tsunami Melayu akan berlaku.

Selepas PRU12 - lahirlah Tsunami Politik
Selepas PRU13 - lahirlah Tsunami Cina
PAU 2013 - Pemilihan UMNO akhirnya lahirlah Tsunami Melayu?????

Ekoran dengan Pemilihan UMNO pada penghujung tahun ini, yang juga ada kaitan implikasi dari PRU, jika pada 2008 dengan hanya memperolehi cuma 140 kerusi di parliman, UMNO / BN gagal menguasai 2/3 parlimen akhirnya Tun Dollah sebagai PM di asak untuk meninggalkan kerusi  PM, tapi tsunami terus melanda dan pada PRU13 Najib juga gagal untuk memperbaiki kedudukan kerusi diparlimen seterusnya lagi kurang kerusi di milik dari 140 ke 133 sahaja. Apakah Najib di paksa untuk mengundurkan diri atau pun dikalahkan di Pemilihan Agung UMNO itu nanti? Disinilah lahirnya Tsunami Melayu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berpendapat jawatan presiden dan timbalan presiden Umno patut dipertandingkan dalam pemilihan parti akhir tahun ini memandangkan ia sebuah parti yang mengamalkan demokrasi dan bersifat keterbukaan kepada ahlinya."Saya tidak bersetuju dengan kenyataan untuk mengongkong (jawatan presiden dan timbalan presiden tidak perlu dipertandingkan)... pada saya biarlah terbuka, apa nak tutup (pertandingan jawatan tertentu), tiada sebab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Jom Heboh TV3 di Kuantan hari ini.

Apakah Melayu sebagai pendokong UMNO bersedia untuk melihat sendiri keretakan berterusan dalam UMNO itu atau mereka bersedia untuk menggadaikan maruah pemimpin mereka sendiri yang kini sudah teserlah " kebiadapan " mereka. Mereka sudah hilang keyakinan terhadap Melayu sendiri, pemimpin rakus, rasuah, membentuk kroni, mengumpul harta kekayaaan serta menggunakan masyarakat bahawahan untuk kepentingan sendiri.

Angin mula bertiup, tapi masih terkawal, desas desus pergeseran pucuk pimpinan mula tersebar. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mendedahkan ada percubaan jahat ‘langau-langau’ politik yang cuba melaga-lagakan hubungan baik Najib dan Muhyiddin.

Apa yang pelik dan ajaibnya dalam UMNO " sokongan kepada ketua adalah diperlukan untuk " survive " suara mereka adalah suara " sokongan "  Bagi Hishamudin Hussein Onn ( naib presiden ) akan menentang apa-apa sahaja yang akan membahayakan atau melemahkan parti. Bagi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pertandingan antara mereka boleh melemah dan memecahkan perpaduan dalam parti. Kedua mereka masih diperlukan untuk memacu dan memenuhi aspirasi  parti. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah setuju kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan lebih-lebih lagi dengan keadaan hari ini Umno tidak perlu digoncang.

Bagi UMNO pada pemilihan kali ini adalah satu " tranformasi " kepimpinan untuk menentukan hala tuju UMNO khusus sehingga kepada pru14 pada 2018 yang akan datang. Jika masih gagal dengan traformasi tersebut, jika engkar dengan melakukan satu gerakan untuk Melayu sudah pasti UMNO di tsunamikan di PRU14 nanti. Suara-suara dari kepimpinan UMNO sudah hilang sebliknya tempat mereka di ambil alih oleh NGO Melayu yang " akrab " UMNO seperti PERKASA, JATI, TIBAI dan banyak lagi yang cuba mempertahankan keadaan, kebangkitan dan kelahiran NGO-NGO Melayu yang tumbuh bagai cendawan ialah kerana orang Melayu tidak lagi yakin dengan UMNO untuk memperjuangkan hak-hak mereka.

Melayu akar umbi UMNO harus bangun untuk buktikan mereka bukan langau-langau jika mereka melakukan perubahan pucuk pimpinan atasan. Biar langau-langau ini lakukan penyucian amalan politik wang di dalam UMNO, biar langau-langau ini buang sikap elitis di dalam UMNO dan biar langau-langau ini kembalikan UMNO kepada perjuangan yang asal. 

Kesan dari desakan akar umbi ini telah terbukti di mana UMNO terpaksa meminda perlembangaan parti pada 2009, khusus kaitan dengan pemilihan kepimpinan, kepimpinan  bukan lagi hak perwakilan persidangan sebaliknya seluruh ahli UMNO perlu memainkan peranan. Pindaan tersebut:

1) 146,500 anggota peringkat akar umbi berkuasa memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing. 
2) Penghapusan sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

 (DS Najib secara gentlemen pernah berkata beliau bersikap terbuka di sebalik semangat pindaan perlembagaan bahawa daripada segi jawatan presiden pun, beliau tidak mahu berselindung di sebalik kuota atau syarat-syarat ketat- Bernama 8/10/2009).

Apakah benar, di penghujung tahun 2013 ini UMNO akan melaksankan satu transformasi dalam kepimpinan? Semua pihak harus menerima hakikat bahawa Presiden dan orang-orang presiden bukan lagi kata pemutus untuk menyekat jawatan presiden dari dipertandingkan.

Jika benar-benar berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO pada penghujung tahun ini, dan Najib dicabar hatta beliau tumbang, apakah kata-kata akhir beliau ialah beliau dilanda gelombang “tsunami Melayu” pulak.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA