Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, August 15, 2013

TPPA - APA MUSLIHAT AS

Perjanjian Perkongsian Trans-Pacific ( TPPA ) ini adalah meupaka salah satu strategi licik Amerika syarikat untuk menguasai ekonomi negara lain bagi memastikan negara-negara ini akan sentiasa tunduk kepada kehendak mereka.

TPPA yang dicadangkan untuk di tandatangani oleh kerajan pada Oktober 2013 antara lainnya mengandungi:

* Penghapusan cukai import terhadap barangan yang masuk dari Amerika
* Memberi kebebasan rakyat negara lain untuk bekreja dan membuka perniagaan di negara ini tanpa ada sebaarang sekatan
* Pengeluaran kapital ke luar negara secara bebas
* Pemilihan Bumiputra kepada syarkat asing yang ingin beroperasi di negara ini tidak lagi menjadi syarat
* Malaysia boleh di saman oleh syarikat asing atau pun kerajaan asing jika merubah undang-undang atau peraturan perniagaan yang dilihat merugikan mereka
* Kontrak-kontrak  kerajaan mesti dibuka kepada syarikat asing tanpa menambil kira kepentingan Bumiputra.

Jika negara bersetuju untuk menandatangani perjanian ini, ia bermakna Malaysia akan kehilangna ratusan juta ringgit setahun, pengusaha tempatan sukar untuk besaing dan mungkin akan kehilangan ratus peluang berniaga, kehilangan pekerjaan dikalangnaa rakyat yang mengakibatkan pengangguran dan kemusnahan sistem sisoal negara.

Dua kalimah syahadah merupakan perisytiharan pembebasan dari setiap individu muslin daripada sebarang kuasa melakin kekusann Yang Maha Esa. Kemerdekaan diri muslim itu tidak memberi sebarang makna jika ia merelakan tanahiar di jajah dalam apa saja bentu sekali pun

Oleh kerana itu perjuangan untuk membebaskan watan daripada sebarang bentuk penjajahan kuasa asing merupakan satu kefardhuan ke atas setiap individu muslim. Ia buka hanya sekadar tanggungjawab yang diwakilkan kepada kerajaan. Bahkan setiap individu muslmi yang melakzkan dua kalimah syahadah bertanggungjawab secara langsung terhdap isu ini dan mesti bangkit melakukan sesuatu.

Berdasarkan itu maka IKATAN MUSLIM MALAYIA ( ISMA ) mendesak kerjaan supaya tidak menandatangai perjanjian TPPA dan menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersatu menentang perjanjian  ekonomi yang zalim ini oleh Amerika Syarikat.

Ustaz HJ. bdullah Zaik Abd. Rahman, smt
( Presiden Ikatan Muslimin Malaysia )

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA