Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, August 7, 2013

SAYA MINAT UNTUK BERPUASA

 Tindakan Wincci - amat mencabar Melayu Muslim.


 Wincci - selebriti Masterchef

Pelakon dan penyanyi yang mula dikenali menerusi program Masterchef Selebriti Malaysia, So Wincci yang telah mencuba berpuasa pada tahun lalu masih meneruskan usahanya berpuasa pada tahun ini. Walaupun ada pihak yang mengecam tindakannya itu memandangkan dia bukan beragama Islam, Wincci tidak melenting, sebaliknya menjelaskan niatnya dengan cara baik.
“Dapat dilihat pelbagai komen telah diberikan mengenai isu saya berpuasa.
Ada yang negatif dan ada juga yang positif. Namun, saya cuba tidak melatah dengan isu tersebut, sebaliknya menerangkan mengapa saya mengambil keputusan untuk berpuasa.Keluarga yang banyak menentang keputusan saya untuk berpuasa pada tahun lepas kini mula memberi sokongan kepada saya. Mereka lebih peka untuk tidak makan depan Wincci dan makan pada waktu berbuka bersama-sama saya,” katanya.
Bagi Wincci, puasa tahun ini lebih bermakna buat dirinya kerana dia dapat merasai nikmat berpuasa dan pada masa yang sama turut mendidik diri ke arah kebaikan. Dia berpendapat, selain menahan diri dari lapar dan dahaga, puasa juga mengajar erti kesabaran serta saling menghormati satu sama lain.
“Menanti saat berbuka membuatkan saya lebih menikmati makanan, tetapi saya tidak mengamalkan makan terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kerja lain terbantut sebaliknya saya lebihkan makan ketika sahur,” kata Wincci.
Antara cabaran buat Wincci ketika pada bulan puasa ini ialah dia perlu menjalani sesi latihan tarian tiang untuk persembahannya untuk sebuah konsert pada 17 Ogos ini di Bukit Jalil. Latihan yang diadakan pada siang hari itu sedikit sebanyak mengujinya kerana badan terasa agak penat selain tekak berasa dahaga.
Selain itu, Wincci juga tampil dengan lagu raya nukilannya sendiri berjudul, ‘Salam Aidilfitri’. Malah dia juga turut berkolaborasi dengan Dina Nadzir, One Nation Emcee dan beberapa artis lain untuk menyanyikan sebuah lagu rancak yang bertemakan raya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA