KUALA LUMPUR: Ada
ibu bapa percaya rakan anak datang ke rumah untuk belajar, tetapi
akhirnya padah menimpa apabila alasan belajar diberi berakhir di bilik
tidur.
Ada pula percaya anak berterus terang meminta izin untuk keluar dengan rakan sama ada lelaki atau perempuan untuk belajar, tetapi melencong ke tempat lain hingga kesudahannya ‘mendapat ilmu’ hal berkaitan seks.

Wartawan Metro Ahad menemui seorang
remaja yang terlanjur seawal usia 13 tahun. Malah, seorang pelajar
berusia 15 tahun yang ditemui di pusat siber di sini mengakui kerap
melakukan seks oral bersama pasangan.
Mereka mengakui bukan daripada keluarga berantakan tetapi mengambil kesempatan di atas kepercayaan dan kealpaan ibu bapa yang bukannya tidak memberi didikan agama, malah bersikap tegas.
Berikut kisah dua pelajar yang ‘dahaga di awal usia’.

KES 1 – ADILAH, 13:
“SAYA mula disentuh teman lelaki
awal tahun ini. Itulah kali pertama saya melakukan hubungan seks, saya
sendiri tidak menyangka akan terlanjur dan ia berlaku dalam sekelip
mata.
Ketika itu teman lelaki ‘cinta monyet’ saya (dikenali sebagai Helmi) berusia 12 tahun datang ke rumah untuk menghantar buku sekolah. Dia pernah beberapa kali datang ke rumah untuk belajar bersama dan ibu bapa saya mengenalinya.

Ayah dan ibu tiada di rumah kerana bekerja. Yang ada hanya adik saya.
Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.
Entah mengapa, tiba-tiba Helmi beria-ia mengajak saya masuk ke bilik. Hati saya berdebar-debar dan perasaan bercampur baur masa itu.
Sebaik masuk ke bilik, tanpa
melengahkan masa Helmi terus menutup pintu. Entah mengapa saya merelakan
saja. Kami terlanjur dan semuanya berlaku terlalu pantas.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.
Ayah dan ibu tidak mengesyaki apa-apa antara kami. Tambahan pula mereka mengenali Helmi dan tahu kami berkawan.
Helmi sudah beberapa kali datang
ke rumah sebab tempat tinggal kami berdekatan. Mungkin dalam usia begini
ayah dan ibu tidak percaya kami boleh terlanjur hingga melakukan
hubungan seks, tetapi itulah hakikatnya.
Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.
Mereka (ayah dan mak) juga percaya dengan saya. Segala yang saya inginkan akan dipenuhi kerana saya anak sulung, meskipun tidak semuanya akan mereka beri.
Pun begitu, dalam masa sama saya
takut dengan mereka. Mereka tegas dan sentiasa mengawal tindak tanduk
serta segala aktiviti harian saya. Ayah adalah pensyarah manakala ibu
guru sekolah menengah.
Dalam diam, mereka tidak tahu banyak perkara negatif antara saya dan rakan. Di kalangan rakan seusia, kami biasa melihat video lucah. Bercerita mengenai seks juga satu kebiasaan buat kami sejak usia saya 12 tahun lagi.

Telefon bimbit diberi ibu dan
ayah dijadikan tempat menyimpan video lucah. Saya tidak berani berbuat
demikian, tetapi tetap melihat video lucah di telefon bimbit rakan.
Saya terlanjur dengan kekasih juga sebab masing-masing ada perasaan ingin mencuba. Kerana ‘kesilapan’ pertama itu juga, akhirnya saya mengandung.Selepas beberapa lama, saya tidak datang bulan. saya cuba beritahu ibu, tetapi takut untuk berbuat demikian.

Melihat perubahan diri saya,
seorang saudara menyarankan saya membuat pemeriksaan doktor. Ayah dan
ibu terkejut. Mereka tidak percaya dan menafikan saya boleh terlanjur
sejauh itu.Saya hanya mendiamkan diri dan tidak berkata apa-apa kerana
takut. Ayah dan mak paksa saya memberitahu hal sebenar, namun saya juga
menafikan sudah melakukan hubungan seks sebelum ini.
Akhirnya, ketika pemeriksaan
dilakukan, saya disahkan mengandung. Ayah dan ibu sangat kecewa dan
terpaksa menerima hakikat itu.Saya dikurniakan cahaya mata lelaki. Dalam
gembira menimang cahaya mata, saya turut kesal atas apa yang berlaku.
Namun, semuanya sudah terlambat.
Saya lukakan hati ayah dan emak.
Anak saya pula akan dihantar kepada keluarga angkat.Tiada apa yang dapat
saya lakukan melainkan rasa kesal yang tidak sudah-sudah, tetapi saya
percaya masih ada ruang dan peluang untuk saya berubah.
KES 2 – RAHMAN, 15:
“SAYA mengenali seks sejak
sekolah rendah lagi. Ada saja peluang ke pusat siber, saya dan rakan
suka memasuki laman web lucah.Selepas memasuki sekolah menengah,
pergaulan saya bertambah luas dan bebas. Saya mula ikut rakan yang lebih
tua daripada saya jadi mat motor (rempit).
Tak usah cakaplah mengenai rakan
perempuan, apabila bergelar mat motor semua itu datang dengan
sendirinya. Saya juga memiliki teman wanita (Liana, 15), dia rakan satu
sekolah. Sudah hampir enam bulan kami bercinta.Setiap malam, kami
sentiasa habiskan masa bersama. Biasanya, saya beritahu ayah dan ibu
keluar malam berjumpa Liana untuk belajar bersama. Mereka kenal Liana
dan tahu hubungan kami.Bukan semua masa saya luangkan dengan Liana untuk
belajar. Kami suka lepak di pusat siber bersama untuk melayari laman
web lucah, selain seronok melayani Facebook dan Hi5 bagi mencari kenalan
baru.
Hujung minggu, saya dan Liana
keluar merayau di Kuala Lumpur bersama rakan mat motor yang lain.Ke mana
saya pergi, keluarga jarang cari. Abang dan kakak tidak pernah ambil
peduli apa yang saya lakukan. Ayah juga tidak pernah marah saya bawa
motosikalnya ke mana-mana pun. Saya anak ketiga daripada lima beradik.
Ayah kata, bagus juga saya belajar menunggang motosikal sekarang. Nanti, senang nak ambil lesen memandu nanti (pada usia 16 tahun).Dalam keluarga, ayah memang ‘sporting’. Saya dan dia macam kawan, saya cuma dilarang hisap rokok, sekalipun dia tidak tahu saya merokok sejak tingkatan satu lagi. Liana juga merokok.

Dia (ayah) pesan pada saya, yang penting sekali belajar rajin-rajin. Ayah dan ibu percaya dan sayang saya.
Ayah tidak tahu saya pernah hisap ganja. Kadangkala ada rakan sekolah yang ‘senior’ beli ganja, kami kongsi bersama-sama. Saya belajar hisap ganja selepas tamat Penilaian Menengah Rendah (PMR) awal Oktober lalu. Biasanya kami beli dengan hasil perkongsian wang.

Bersama Liana, saya sangat
bahagia. Saya cintakan dia, banyak perkara kami kongsi bersama. Banyak
yang pernah kami lakukan bersama untuk mencuba sesuatu yang baru.
Apabila ada kesempatan berdua-duaan, kami suka menonton video klip lucah di rumah Liana bersama abangnya (berusia 17 tahun).
Kami tidak pernah terlanjur lagi
setakat ini, tetapi kerap melakukan seks oral bersama.Di kalangan rakan,
soal seks perkara biasa. Saya ada banyak koleksi video klip lucah dalam
telefon bimbit.Pernah saya terfikir melakukan hubungan seks dengan
Liana, tetapi abangnya tidak benarkan. Jika di rumah Liana, abangnya
juga sering bersama kekasihnya. Semua yang ingin saya lakukan terbatas
kerana abangnya sentiasa ada.
Biasanya kami berkumpul jika ayah
dan ibu Liana tidak ada di rumah atau keluar ‘bekerja’. Ayah dan ibu
Liana adalah jurujual.Di rumah saya, ‘line tak clear’. Ibu suri rumah
dan jarang keluar. Sebab itu saya suka habiskan masa di rumah Liana jika
ada masa terluang dengan alasan hendak belajar bersama.Ibu tidak pernah
persoalkan dan tanya apa saya buat. Dia hanya tahu saya pergi belajar
atau sekadar lepak dengan kawan sekolah.
Saya seronok dan suka dengan sikap terbuka mereka (ayah dan ibu), saya tidak rasa terkongkong. Daripada
habiskan masa sia-sia duduk di rumah, baik saya keluar dengan kawan.
Yang penting ayah, ibu, abang dan kakak tidak melarang.
Kenapakah isu melakukan zina semakin berleluasa dan semakin bertambah…Adakah ini satu petanda kiamat makin dekat ?
No comments:
Post a Comment