Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, August 4, 2013

RATU CANTIK, DI MANA SUARA PEJUANG MELAYU?


Kisah kaitan dengan RATU CANTIK - pada satu ketika dulu amat memeranjatkan MELAYU - tindakan pihak pejabat Agama Selangor dengan mengharamkan pertandingan tersebut menyebabkan beliau terpaksa digugurkan dari jawatan Mufti Selangor. Kisah ini di imbau kembali oleh Harakah.



Bekas Mufti Selangor Dato Ishak Baharom ( gambar ) masih teringat lagi babgaimana beliau di pecak hanya kerana melarang perempuan MELAYU menyertai pertandingan ratu cantik. "Saya dipecat hanya dengan satu surat dari Ibu Kota kepada kerajaan negeri Selangor yang berbunyi 'Singkirkan Ishak Baharom. Dia penghalang kemajuan'," ceritanya kepada para hadirin. Ketika memberikan tazkirah Ramadhan di Madrasah As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri malam tadi, Dato' Ishak masih menceritakan peristiwa hitam itu.

Beliau mengimbau kembali sejarah hitam jawatan tersebut. "Saya bertindak begitu ( mengharamkan ratu cantik ) pula kerana saya masih ingat lagi kata-kata Tuanku Sultan Selangor, almarhum, ketika menyerahkan watikah perlantikan Mufti Selangor kepada saya.
 
"Baginda berkata, sekarang saya serahkan urusan agama negeri ini kepada Dato'. Jika Allah tanya saya di akhirat nanti apa-apa tentang agama, saya akan tunjukkan Dato' (sebagai orang yang bertanggungjawab). Saya pun jawablah kepada Tuanku Sultan, 'baiklah'," cerita Dato' Ishak kepada sidang hadirin.

" ingatkan naik pangkat ( seloroh beliau ) naik gaji kerana saya " berani " menjalankan tugas tapi sebaliknya. Bukan pujian atau pangkat tetapi mudharat. Kerajaan negeri terima memo minta kerajaan negeri pecat saya," Seloroh beliau.

Beliau juga mengaitkan apa yang  berlaku dengan  Mufti Perak atas saranan untuk menghentikan " Sure Heboh " Ada pula rasa simpatati mereka kepada mufti, dan mereka ada tolak ansur, Mufti cuma diarahkan agar tidak lagi memainkan isu tersebut. Lantas semua media tidak lagi memainkannya, ini jelas memperlihatkan bagaimana kepimpinan masa kini masih ada timbang tara daslam mengambil tindakan.

Kebetulan isu ini di " mainkan " semasa negera sedang sibut dengan penentuan PRK di Kuala Besut, mereka semua mendiamkan diri, bukan setakan itu peranan NGO yang memperjuangkan hak orang Melayu juga menyepi. kemana perginya " panglima " UMNO, kemana perginya NGOs UMNO, PERKASA, JATI dan sebagainya, mengapa mereka meninggalkan kepada JKIM, JAIS untuk menyelesaikan, sedih sekali.

Dimana Muhyiddin Yassin, tak sensitifkah dengan isu Ratu ni,, begitu juga Zahid Hamidi,, masing-masing dah pun duduk ditempat imam dalam solat berjemaah bersama pengikutnya di Kuala Besut,,adalah sedikit ketokohan sebagai pemimpin yang alim dengan agama Islam,,, kalau nak harap Ketua Wanita Umno atau Ketua Puteri Umno,, tak payah...., 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA