KUALA LUMPUR: Kajian Politik untuk
Perubahan (KPRU) yang membuat kajian berhubung kadar kes tembak-bunuh
mendapati purata sejumlah dua kes berlaku setiap minggu sepanjang 7
bulan tahun ini.
Kajian yang dibuat itu mengutip kes bermula Januari hingga Julai tahun ini.
Berikut antara kes yang direkodkan dengan perkiraan "anggaran konservatif minimum berdasarkan liputan berita".
31/7/13 [Parit Buntar]
Seorang lelaki, N. Jeevandran, 26, yang
dikehendaki polis kerana mempunyai empat rekod jenayah lampau mati
ditembak di persimpangan Jalan Permai Utama berhampiran Pejabat
Pendidikan Daerah mangsa dari Taman Seri Semarak di sini ditembak dari
jarak dekat oleh suspek yang kemudian melarikan diri.
29/7/13 [Bukit Mertajam]
G Santhanasamy, 30, berasal dari Kulim, Kedah, cedera di betis ditembak di persimpangan lampu isyarat Jalan Mengkuang.,
29/7/13 [Kuala Lumpur]
Pengasas Arab-Malaysian Development
Bank, Hussain Ahmad Najadi, 75, ditembak mati di kawasan letak kereta di
Lorong Ceylon, Kuala Lumpur hari ini sementara isterinya cedera terkena
tembakan. Beliau berjalan menuju ke keretanya bersama isteri apabila
seorang yang bersenjata menuju ke arahnya dan melepaskan beberapa das
tembakan ke arah belakang menyebabkannya terbunuh di tempat kejadian .
29/7/13 [Ipoh]
Jasrafveenderjeet Singh, 25, mati di
akibat terkena tembakan di leher, manakala dua lagi mangsa yang berusia
55 dan 28 tahun cedera dan mendapat rawatan lanjut di Hospital Raja
Permaisuri Bainun (HRPB). Difahamkan mangsa-mangsa sedang minum di
restoran dekat Kampung Simee bersama kawan dan dua lelaki bertindak
melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka.,
27/7/13 [Jempol]
Pengerusi badan pemantau jenayah,
Mywatch Sri Sanjeevan Ramakrishan dilaporkan dalam keadaan kritikal
akibat ditembak dekat Bahau, Negeri Sembilan.Mangsa dipercayai ditembak
dibahagian rusuk dilakukan oleh dua lelaki kaum India ketika sedang
memandu kereta jenis BMW berwarna kelabu. Mangsa kini sedang dirawat di
Hospital Jempol dan akan dipindahkan ke Hospital Besar Kuala Pilah.,
26/7/13 [Temerloh]
Seorang pemandu lori Pertubuhan Peladang
Kawasan (PPK) Temerloh cedera di lengan selepas ditembak ketika dalam
perjalanan ke Jerantut, Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad
Shah (Hoshas) untuk dirawat.
24/7/13 [Kluang]
Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera
parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian
di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak.Kejadian itu
berlaku apabila mangsa yang baru selesai berjoging didatangi suspek
ketika dia sedang menaiki keretanya.
Bagaimanapun cubaan membunuhnya gagal
apabila mangsa berjaya memecut keretanya kira-kira tiga kilometer
sebelum mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Enche’ Besar Hajjah
Kalsom Kluang.
19/7/13 [Semanggol]
Seorang lelaki ditemui mati dipercayai
ditembak dalam kejadian bunuh di Jalan Gula, Simpat Empat Semanggol.
Nombor plat kenderaan dinaiki mangsa dilaporkan hilang di Puchong, Kuala
Lumpur pada bulan Julai tahun lalu.,
18/7/13 [Kulim]
Seorang guru mati terkena
sekurang-kurangnya enam das tembakan dilepaskan dua lelaki yang menaiki
motosikal menghampiri kenderaannya ketika berhenti di lampu isyarat
simpang empat Jalan Keladi.,
15/7/13 [Kampar]
Dua beranak parah ditembak ketika sedang
berehat selepas berbuka puasa dalam satu kejadian samun bersenjata di
Taman Sejahtera, mangsa berusia 51 tahun bersama anak lelakinya, 13
tahun, cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan salah seorang
daripada dua perompak yang memecah masuk kediaman mereka.
Mangsa mengalami cedera diperut
sementara anaknya mengalami kecedraan di paha sebelah kanan apabila
peluru yang mengenai bapanya tembus sebelum mengenainya yang ketika itu
berada di belakang mangsa.
12/7/13 [Pulau Pinang]
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat
tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia
menemani bapanya berjumpa rakan di bawah pangsapuri berkenaan malam
kelmarin. Akibat kejadian itu, kanak-kanak berkenaan mengalami
kecederaan parah di bahagian kaki selain kepalanya cedera akibat terkena
serpihan peluru.
8/7/13 [Bachok]
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
(HEM) Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan, Hashim Mat
Zin, 43, mati selepas terkena tiga das tembakan di simpang tiga Jalan
Beris Panchor Tawang-Kota Baharu, berhampiran sekolah itu.,
4/7/13 [Pulau Pinang]
Dua suspek yang memakai topi keledar
ketika melakukan jenayah itu dipercayai melepaskan empat das tembakan
terhadap mangsa, K Kuganeswaran, 30, dari jarak dekat.,
4/7/13 [Pasir Mas]
Seorang guru di sebuah sekolah rendah di
Tumpat cedera ditembak di bahagian leher. Guru yang berasal dari
Kampung Tualang, Pasir Mas itu kini dirawat di Hospital Raja Perempuan
Zainab II dan keadaannya dilapor stabil.
14/6/13 [Kuala Kurau]
Seorang peniaga, Lim Kong Hai, 52 cedera
parah di bahagian perut setelah ditembak salah seorang anggota kumpulan
itu dalam kejadian samun berhampiran Stesen Bas Kuala Kurau.
6/6/13 [Muar]
Tan Chai Heng, 51, dengan kesan tembakan
di muka ditemui terbaring di taman itu, kira-kira 30 meter dari
rumahnya. Berdasarkan kepada kecederaan pada bawah mata kanannya, kita
percaya mangsa telah ditembak dengan senjata pistol dari jarak dekat
sebelum mayatnya dijumpai oleh jirannya.,
4/6/13 [Taiping]
Seorang pemilik bengkel kereta
Govindaraju @ Murthy, 36 mati sementara rakannya A. Manivannan,cedera
selepas ditembak di sebuah restoran di Taman Kota Jaya. Suspek
dipercayai telah melepaskan tiga das tembakan dan mereka datang
menggunakan motosikal serta bertopi keledar.
12/5/13 [Bukit Tambun]
Dua lelaki S. Kannan, 37 dan G. Suresh,
28 maut manakala dua lagi cedera parah selepas ditembak ketika berhenti
di lampu isyarat persimpangan Bukit Tambun, dipercayai berkaitan
perniagaan. keempat- keempat mereka datang dari Melaka untuk menghadiri
upacara perkahwinan rakan mereka di sini. ,
11/5/13 [Seremban]
Dua lelaki mati, P Chalidass, 29 dan G
Surentharan, 31, manakala dua rakan mereka parah ditembak dari jarak
dekat ketika kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka berhenti di
persimpangan lampu isyarat pusat bandar.,
11/5/13 [Cheras]
Polis sukarelawan, N. Saravanan dan
kawannya Tamil Selvam, kedua-dua berumur 29 tahun ditembak tercedera
selepas satu pertengkaran.,
11/5/13 [Lunas]
Seorang pembantu kedai barang-barang
lusuh, Thangaraja, 31 ditemui mati di dalam kereta yang dipandunya
dengan 10 kesan tembakan di persimpangan lampu isyarat Taman Kucai di
Lunas.,
10/5/13 [Alor Setar]
Seorang penarik kereta, M. Nagenthiran,
30 maut akibat terkena tiga das tembakan berhampiran rumahnya di rumah
pangsa Taman Setia Jaya. Satu tembakan dikesan di bahagian kepada dan
dua lagi di bahagian belakang Nagenthiran.,
9/5/13 [Tangkak]
Seorang jurutera, Muthu Pillai, 41, dijumpai mati dengan tiga kesan tembakan di sebuah ladang sawit.
7/5/13 [Nibong Tebal]
Tan Hock Chin 47 tahun, seorang yang
aktif dalam Ronda Keselamatan Sukarela kawasan taman - taman perumahan
sedang minum bersama 2 orang rakannya di kawasan kaki lima restoran
tersebut. Tiba - tiba muncul seorang lelaki tidak dikenali menghampiri
mangsa lalu menembak kearah kepala mangsa. ,
30/4/13 [Taiping]
Seorang peniaga barang lusuh yang
berusia 26 tahun hampir maut terkena tembakan daripada individu tidak
dikenali di hadapan rumahnya. Tembakan yang dilepaskan tersasar dan
dalam keadaan kelam-kabut kedua-dua suspek terbabit bertindak melarikan
diri.,
26/4/13 [Cheras]
Mangsa R. Karikaalan, 29, mati ketika
dalam perjalanan ke hospital setelah terkena dua dari 10 das tembakan
yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. Manakala ibu
Karikaalan yang berusia 60 tahun cedera di lengan kanan.
26/4/13 [Putrajaya]
Timbalan Ketua Pengarah Kastam
(Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut
ditembak ketika dalam perjalanan pejabatnya di Putrajaya. Mangsa
ditembak tiga das dari jarak oleh seorang daripada dua lelaki yang
menaiki sebuah motosikal.
25/4/13 [Tampin]
Seorang runner bagi JPJ, N. Ragunathan
yang berumur 39 tahun ditembak mati dalam keretanya oleh salah sorang
daripada dua orang yang bermotosikal.
16/4/13 [Taiping]
Mangsa, K Muthazagen, 47, maut apabila
peluru yang ditembak dari jarak dekat menembusi kepalanya. Ketika
kejadian, mangsa dikatakan sedang makan bersendirian di sebuah kedai di
kawasan itu tanpa menyedari kehadiran suspek.
14/4/13 [Seremban]
Tan Kok Soon, 56, ditembak dari jarak
dekat ketika makan malam bersama keluarganya di sebuah restoran di Pusat
Komersial Oakland.,
12/4/13 [Seremban]
Mangsa, James John, 45, ditembak mati
dalam keretanya di sekitar lampu isyarat Taman Sri Labu oleh dua orang
penembak yang bermotosikal.
ehsan harakahdaily.
No comments:
Post a Comment