Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, August 23, 2013

PAYUNG GERGASI - DI MASJID NABAWI

Mahmoud Bodo Rasch!

Nama Mahmoud Bodo Rasch (70) mungkin agak asing bagi kita yang tinggal di Malaysia tetapi bangunan dan struktur rekaan beliau adalah sangat tidak asing lagi di kalangan penganut Islam seluruh dunia. Mahmoud Bodo Rasch terlibat dalam pelbagai proses rekaan projek mega di Mekah dan Madinah. Sebagai contoh menara jam terbesar di dunia Abraj Al Bait ,rekaan kemah kalis api di Mina , kubah bergerak Masjid An Nabawi, mimbar Masjidil Haram, tangga Kaabah dan payung automatik Masjid An Nabawi kesemuanya adalah rekaan beliau. Kerana penglibatan beliau yang extensif dalam pemodenan tempah suci umat Islam beliau diberi jolokan "Arkitek Allah".

Mahmoud Bodo Rasch dilahirkan di Jerman pada tahun 1943. Beliau meminati rekaan struktur besar tetapi ringan. Pada tahun 1973 beliau memeluk Islam dan mula mencari jalan untuk memudahkan pengurusan jemaah haji. Pada tahun 1992, 12 payung gergasi boleh lipat beliau dibina di Masjid An Nabawi bersama dengan 27 kubah boleh bergerak. Pada tahun 2011 pembinaan 250 lagi payung gergasi yang melindungi jemaah dari panas terik siap dibina. Kini anda boleh melihat payung automatik ini diperkarangan Masjid An Nabawi

Seperkara lagi tahukah anda kubah Masjid Putrajaya dan Masjid Wilayah Persekutuan juga direka oleh Mahmoud Bodo Rasch? Now you know! 

 

 
 
 

Laporan asal Wikipedia/blogserius

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA