Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, July 20, 2013

MALAYSIA DENGAN POPE BENEDICT

TABIK HORMAT DATUK SERI NAJIB: BUKAN INI YANG DI TUNGGU.

VATICAN; KALAU KERAJAAN TAKUT  BERTINDAK, MEDIA BENAMKAN SAHAJA REAKSI.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib dengan Pope
Benedict XVI di Vatican, 2011
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan pimpinannya  akan terus meninggikan syiar Islam, menjaga dan mempertanhkan kesucian  Islam termasuk kalimah Allah ( Utusan Malaysia 15 Julai)

Jaminan yang diberikan oleh Najib telah memakan dirinya sendiri, rakyat amat terasa dan bukan janji-janji ini sebagai jaminan kerana dengan tindakan beliau rapat dengan Pope serta provokasi dari  Duta Vatican City. Najib seolah-olah seperti tidak sensitif terhadap perasaan mereka.

Jaminan ini juga bukanlah  pekara baru tetapi telah lama diketahui oleh umat Islam di negara ini, telah berkali kali didengar dan dibaca.

Umat Islam yang terpelajar  di Malaysia memahami  kenyataan itu sebagai langkah jangka panjang untuk kekebalan diri orang Islam dalam dunia yang semakin mencabar  tetapi reaksi yang timbul sekarang ialah antara emosi kemarahan dan pemikiran yang rasional kerana merasa terhina.

Yang ditunggu ialah langkah  kerajaan yang setimpal bagi  membalas provokasi  Vatican City yang menyentuh  sensitiviti umat Islam dalam sebuah  negara yang Islam adalah agama rasminya.

Apakah Datuk Seri Najib lebih mementingkan perasaan Vatican City dari perasaan  umat Islam di negara ini yang lebih penting  kepada  masa depan politiknya ? Pandangan umat Melayu dan Islam di negara ini ialah Vatican City tidak penting kepada Malaysia,tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini.

Mungkin kehadhiran duta ini berguna  bagi pilihanraya ke 13  tetapi  tidak memberikan faedah kepada Plihanrya Kecil Besut  sebaliknya cabarannya kepada Malaysia yang mendedahkan ketakutan kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas akan memberi kesan kepada Pilihanraya Kecil Besut.

Jika kerajaan tidak berani bertindak setimpal untuk  menebus maruah,sekurang  kurangnya dengan  Wisma Putra  memanggil Duta Biadap ini , maka  media Melayu Islam lebih baik membenamkan reaksi  rakyat kerana ia akan   lebih mendedahkan kelemahan  kerajaan sendiri apabila kerajaan tidak berani bertindak kecuali hanya mengulangi retorik lama.
.
 Apakah kata penulis;

Blogger Zam Maidin, Tokoh Wartawan Negara 2006 di dalam posting blog nya menulis “Apakah Datuk Seri Najib lebih mementingkan perasaan Vatican City dari perasaan umat Islam di negara ini yang lebih penting kepada masa depan politiknya? 
Pandangan umat Melayu dan Islam di negara ini ialah Vatican City tidak penting kepada Malaysia,tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini.  Mungkin kehadiran duta ini berguna bagi pilihanraya ke 13 tetapi tidak memberikan faedah kepada Plihanrya Kecil Besut sebaliknya cabarannya kepada Malaysia yang mendedahkan ketakutan kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas akan memberi kesan kepada Pilihanraya Kecil Besut". zamkata.blogspot.com

Blogger Kadir Jasin juga yang merupakan penerima Tokoh Wartawan Negara 2011 pula menulis dengan penuh sentalan  

“Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011? Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk “berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam.
Jadi, dengan campur tangan Morino itu, adakah Mohd Najib telah berjaya menjalin kerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam?".  kadirjasin.blogspot.com
Melihat episod demi episod ini sama-sama lah kita tunggu bagaimana kah berakhirnya episod kepimpinan Najib.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA