Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, July 6, 2013

CERITA DARI MESIR

 Khabar dari Mesir.

Saturday, July 6, 2013.
Mesir: Tentera Sudah Buat U-Turn?

Di sana pun ada juga akhbar yang keturunan yang sama dengan Utusan dan Berita Harian di Malaysia!

Khabar Mesir, ulama Azhar sertai himpunan
Nasaie Ismail, 06 Jul 2013

(Antara ulama Al-Azhar yang turun berhimpun bersama rakyat mempertahan Morsi dan membantah rampasan kuasa oleh tentera)

Ramai sahabat bertanya khabar Mesir, saya tidak sempat mengulas atau melapor kerana bermacam halangan. Apapun 'game' belum berakhir. Apa sahaja perubahan boleh berlaku. Tugas kita berdoa pada Allah untuk saudara kita di sini.

Kerana hari ini (Sabtu) genap 8 hari mereka berkampung di Medan Rabi'ah Al Adawiah dan hari ke 5 di Medan Nahdah berhadapan Universiti Qaherah (kumpulan Salafi pimpinan Sheikh Hazim Abu Ismail).

Jumlah mereka meningkat berganda selepas tentera mengumumkan rampasan kuasa. Bahkan hari ini himpunan di lebih 20 kawasan seluruh Mesir berjumlah jutaan manusia dengan kematian mencatat 30 orang. 12 orang sahaja di Iskandariah yang ditembak dengan peluru hidup oleh samseng terpelihara.

Keadaan ini amat mengejutkan perampas kuasa. Setelah dua hari ditamatkan siaran langsung semua channel di Dataran Rubu'ah, hari ini Al Jazeera dibenar membuat liputan penuh himpunan penyokong Mursi di seluruh negara khususnya di 4 tempat di Kaherah iaitu Dataran Rabu'ah, Universiti Qaherah, Jambatan 6 Oktober dan Bangunan Pengawal Republik (bertugas mengawal Presiden selama ini).


Bahkan saya temui lebih 10 Channel lain yang menyiarkan himpunan penyokong Mursi secara langsung pada hari ini. Ia satu kepelikan setelah semua media disekat membuat liputan himpunan Pro Mursi.

Kepelikan kedua ialah kemunculan pemimpin kanan Ikhwan di pentas Medan Rubu'ah seperti Dr Muhammad Badi' (Mursyidul Am Ikhwan), Dr Isyam Rayyan (Naib Presiden FJP) dan Al Baltaji (bekas ahli Parlimen Ikhwan) dalam keadaan akhbar hari ini (jumaat) menyiarkan sekatan, tahanan dan cubaan melarikan diri ke atas pemimpin tersebut.

Dr Badi' diberitakan hendak melarikan diri ke Libya dengan bantuan Ikhwan Libya. Tiba-tiba muncul berucap di Rubu'ah. Bohonglah akhbar-akhbar tersebut.

Saya tidak mahu mengulas keberangkalian yang menyeronokkan. Tetapi seorang sahabat dari Tanta memaklumkan tadi akhbar Washington Post menyiarkan berita bertajuk, 'Rampasan Kuasa Yang Gagal' dengan sub-title 'Tentera berunding kembali dengan Mursi'.

Wallahua'lam apakah benar atau tidak berita ini. Cuma boleh saya katakan, keputusan tentera itu bukanlah suatu yang mudah untuk segera selesai krisis ini kerana jutaan penyokong Mursi tidak berganjak malah bertambah ramai menguasai dataran-dataran seluruh Mesir.

Para ulama Al Azhar juga bertambah ramai keluar menyokong Dr Mursi dalam keadaan Sheikhul Azhar bersama keputusan tentera. Apapun tugas penting kita ialah terus bermunajat kepada Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa.

*Penulis adalah bekas Setiausaha Akhbar Presiden PAS yang kini sedang berada di Mesir

Posted by mountdweller

1 comment:

  1. Ya ALLAH berikan kemenangan untuk umat ISLAM.
    http://www.syifahealthcare.blogspot.com/

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA