Kini jelas memperlihatkan betapa UMNO sudah hilang kepercayaan diri sendiri. Walau pun mereka masih mampu menguasai parlimen dan kini berjaya merampas kembali Kedah tapi mereka masih berdukacita dengan kegagalan untuk mendapatkan Selangor.
Memang tidak dinafikan di Malaysia kepimpinan bukan di ukur dari majoriti pengundi tapi dari jumlah kerusi yang diperolehi, dengan itu PR masih gagal menguasai Parlimen tapi sedihnya UMNO pula gagal untuk memilik majoriti suara rakyat, UMNO sekadar memperolihi 43% suara dan gagal mengatasi suara rakyat yang di perolehi oleh PR 57%.
Tapi sedihnya Najib masih rasa bongkak dan angkuh dengan jumlah tersebut, masih tidak menerima hakikat di mana UMNO sudah menampakkan hilangan suara rakyat. Sukar
kita hendak percaya bila Dato Najib kata UMNO muncul lebih baik selepas PRU13. Macam
mana dia sampai kepada konklusi demikian? Jika kita lihat angka dari SPR, UMNO
mendapat 3.2 juta undi. Jumlah ahli UMNO sahaja sudah melebihi 3.2 juta undi. Bagaimana
Dato Najib dakwa sokongan Melayu kepada UMNO meningkat?
Ahli UMNO melebihi 3.2 juta dan undi yang diperolehi di PRU13 cuma 3.2 juta. Apakah Ahli UMNO sahaja yang memberikan sokongan kepada UMNO? Satu persoalan.
Kini cuba kita lihat dan tatapi kedudukan kawasan yang dipertandingkan dan yang disertai oleh UMNO. Rata-rata kerusi yang mereka tandingan pengundi berjumlah kurang dari 40k. sebaliknya bagi calon-calon dari PR melebehi 77k pengundi. Ini menunjukkan ianya pada nisbah 2 : 1. Najib bangga dengan 88 kerusi yang dimenangi, tapi dari nisbah pengundi cuma dengan 36k penggundi dan calon-calon dari PR berjumlah 77k pengundi.
Maka
jika kita lihat dari sudut ini, dengan membuat penyamarataan, nilai 88 kerusi
UMNO itu hanya 44 kerusi parlimen. Kerana 2 kerusi yang dimenangi oleh UMNO
bersamaan 1 kerusi PAS. Dan nilai sebenar 21 kerusi yang dimenangi oleh PAS itu
ialah 42 kerusi. Ini bererti PAS dengan mudah menjadi parti pilihan selain
UMNO. Demikian juga dengan PKR. PKR bertanding dalam kawasan dimana jumlah
pengundi nya secara purata ialah 75,000. Nilai sebenar 30 kerusi yang dimenangi
oleh PKR ialah 60 kerusi.
Dimana realiti KEHEBATAN UMNO itu?
Teratas 20 kerusi di parlimen - 19/20 untuk calon-calon PR
Persoalannya apakah UMNO hanya mampu " membeli " undi dari ahli-ahli mereka sahaja.? kemungkinan peningkatan jumlah undi pada PRU13 mungkin MELAYU UMNO yang tidak menyokong pada PRU12 kini kembali ke pangkuan UMNO. Dalam
tahun 2008, umno telah mendapat 2 juta undi orang Melayu. Ketika itu jumlah
pengundi Melayu ialah 5.7juta. Lebih ramai orang Melayu sejak 2008 sudah pun
menolak umno. Erti nya, ketika itu umno hanya memperolehi 35% dari undi orang Melayu.
Pada 2013, jumlah pengundi meningkat ke 11.2 juta dan dari jumlah itu 70% adalah terdiri dari pengundi Melayu, lebih kurang 7.8juta juga ada peningakatan dari 2008 cuma 5.7 juta sahaja. Dengan itu mudah perkiranya UMNO cuma mendapat undi Melayu cuma 3.2 juta sahaja. dan selebehnya 4.6 juta tidak memihak kepada UMNO. Kita jangan lupa, bahawa gagasan BN terdiri dari MCA, MIC, GERAKAN dan lain-lain, ini juga menjadi kekuatan kepada UMNO, kalau kita ambil 15% undi UMNO dari gulongan ini bermakna UMNO cuma memilik 85% undian sahaja dan undi sebenar MELAYU cuma 2.27juta sahaja.
Dengan perkiraan diatas apakah Benar MELAYU memilih UMNO?
Dengan ini jelas Nazjib sedang tertipu dengan dirinya sendiri.
No comments:
Post a Comment