Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, June 4, 2013

KAMBING HITAM LWN KAMBING PANGGANG

                                                
Kg. Gajah 4 Jun- Antara berita yang menarik  ialah keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada tahun 2011 terhadap bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo. ( gambar )

Dr Khir yang hadir ke Mahkamah Rayuan dengan harapan yang tinggi kerana percaya beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan rasuah mahu pun pecah amanah, tetapi berpendapat bahawa beliau dikambinghitamkan atas sebab-sebab tertentu.

Bagi saya soal beliau bersalah atau tidak bukan isunya di sini, tetapi yang saya ingin lontarkan ialah kami pendokong Pakatan Rakyat telah lama menjadi “kambing panggang” oleh Umno-BN. Sejak sekian lama kami tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dalam apa-apa juga kes dan keadaan. Jika ada pun, sekadar untuk berlakon seoalah-olah kerajaan juga berlaku adil.

Kami bukan sahaja menjadi “kambing panggang” di mahkamah, malah dalam media, urusan kerajaan pusat – kerajaan negeri, peruntukan wakil rakyat dan banyak lagi. Yang Dr Khir lalui hari ini hanyalah beberapa peratus berbanding keperitan yang kami lalui.

Moga peristiwa ini ada hikmah di sebaliknya. Bersabarlah jika berasa anda teraniaya dan jika anda benar-benar bersalah jadikanlah sebagai kafarah atas kesalahan yang dibuat.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA