Tragedi
sedih pada 2004 dengan peristiwa ombak besar " tsunami " yang melanda
semenjung Sumatera ( aceh ) telah di jadikan kiasan kepada pergolakan
politik tanah air. Serangan ombak besar ini menyebabkan Aceh berubah "
landskapnya ", banyak nyawa melayang, banyak bangunan yang runtuh, ramai
anak yang kehilangan ibubapa dan sebagainya.
Apakah kaitan " tsunami " dengan politik di Malaysia? bagaimana ianya boleh di guna pakai dan di kaitkan tsunami tersebut. Semuanya bermula dengan PRU12, di mana parti pemerintah gagal untuk memperolehi 2/3 kerusi parlimen, dan seterusnya rakyat mula memperlihatkan cara terbuka tentangan mereka terhadap kerajaan. Dengan pembebasan Anwar dan kembali ke parlimen seterusnya di lantik sebagai ketua pembangkang jelas memperlihatkan memang Malaysia sedang di landa " krisis keyakinan ". Kewujudan gagasan Pakatan Rakyat dengan gabuangan PAS, DAP dan PKR menambahkan kesengsaraan kepada UMNO / BN.
Selepas PRU12 - lahirlah Tsunami Politik
Selepas PRU13 - lahirlah Tsunami Cina
Kini dengan pemilihan UMNO di pucuk pimpinan apakah akan lahir pula satu lagi tsunami - Tsunami Melayu, cuba kita baca terus tulisan ini.
Ekoran dengan Pemilihan UMNO pada penghujung tahun ini, yang juga ada kaitan implikasi dari PRU, jika pada 2008 dengan hanya memperolehi cuma 140 kerusi di parliman, UMNO / BN gagal menguasai 2/3 parlimen akhirnya Tun Dollah sebagai PM di asak untuk meninggalkan kerusi PM, tapi tsunami terus melanda dan pada PRU13 Najib juga gagal untuk memperbaiki kedudukan kerusi diparlimen seterusnya lagi kurang kerusi di milik dari 140 ke 133 sahaja. Apakah Najib di paksa untuk mengundurkan diri atau pun dikalahkan di Pemilihan Agung UMNO itu nanti? Disinilah lahirnya Tsunami Melayu.
2013 adalah tahun yang sesuai untuk mengadakan pemilihan pucuk pimpinan, kerana ianya juga sudah berkali-kali ditangguhkan. Apakah Melayu sebagai pendokong UMNO bersedia untuk melihat sendiri keretakan berterusan dalam UMNO itu atau mereka bersedia untuk menggadaikan maruah pemimpin mereka sendiri yang kini sudah teserlah " kebiadapan " mereka. Mereka sudah hilang keyakinan terhadap Melayu sendiri, pemimpin rakus, rasuah, membentuk kroni, mengumpul harta kekayaaan serta menggunakan masyarakat bahawahan untuk kepentingan sendiri.
PWTC mula menampakkan kegoncangannya, perwakilan dan pemimpin UMNO sudah mengetok gendang, siapa perlu lawan siapa, Desas-desus sudah berbunyi ura-ura presiden UMNO akan dicabar. Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan yang juga Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee mendedahkan ada percubaan jahat ‘langau-langau’ politik yang cuba melaga-lagakan hubungan baik Najib dan Muhyiddin.
Isu sabagini memang menjadi budaya dalam UMNO, untuk " survive " menyokong ketua adalah diperlukan, semua bersuara, mereka masing-masing berpendapat Presiden dan Timbalan Presiden tidak dicabar dalam pemilihan agung UMNO pada tahun ini. Naib Presiden, Hishamudin Hussein Onn akan menentang apa-apa sahaja yang akan membahayakan atau melemahkan parti. Sebelum pada itu Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kedua-dua pemimpin itu perlu dikekalkan kerana kepimpinan mereka masih diperlukan untuk memacu Umno ke hadapan dan memenuhi aspirasi Barisan Nasional (BN). Ia bagi mengelakkan berlaku perpecahan dalam parti serta mahu gandingan Najib-Muhyiddin dikekalkan. Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah setuju kedua-dua jawatan ini tidak dipertandingkan lebih-lebih lagi dengan keadaan hari ini Umno tidak perlu digoncang. Dan dijangka akan ramai lagi pemimpin atasan UMNO akan mengeluarkan kenyataan dengan nada yang sama sedikit demi sedikit seperti berteh goreng.

Pindaan
perlembagaan pada 2009 telah memberikan laluan kepada ahli UMNO untuk
menentukan kepimpinan di masa hadapan. pemilihan hak ahli bukan lagi hak
perwakilan, dan mereka boleh bertanding semua jawatan di MKT,
perhatikan pindaan tersebut.
1) 146,500 anggota peringkat akar umbi berkuasa
memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang
perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung
pimpinan di bahagian masing-masing.
2) Penghapusan
sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada
anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan
mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota
Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu
penggal. (DS Najib secara gentlemen pernah berkata beliau bersikap
terbuka di sebalik semangat pindaan perlembagaan bahawa daripada segi
jawatan presiden pun, beliau tidak mahu berselindung di sebalik kuota
atau syarat-syarat ketat- Bernama 8/10/2009).
Kenapa ahli UMNO inginkan perubahan tersebut?

Bagi UMNO pada pemilihan kali ini adalah satu " tranformasi " kepimpinan untuk menentukan hala tuju UMNO khusus sehingga kepada pru14 pada 2018 yang akan datang. Jika masih gagal dengan traformasi tersebut, jika engkar dengan melakukan satu gerakan untuk Melayu sudah pasti UMNO di tsunamikann di PRU14 nanti. Suara-suara dari kepimpinan UMNO sudah hilang sebliknya tempat mereka di ambil alih oleh NGO Melayu yang " akrab " UMNO seperti PERKASA, JATI, TIBAI dan banyak lagi yang cuba mempertahankan keadaan, kebangkitan dan kelahiran NGO-NGO
Melayu yang tumbuh bagai cendawan ialah kerana orang Melayu tidak lagi
yakin dengan UMNO untuk memperjuangkan hak-hak mereka.
Melayu akar umbi UMNO harus bangun untuk buktikan mereka bukan
langau-langau jika mereka melakukan perubahan pucuk pimpinan atasan.
Biar langau-langau ini lakukan penyucian amalan politik wang di dalam
UMNO, biar langau-langau ini buang sikap elitis di dalam UMNO dan biar
langau-langau ini kembalikan UMNO kepada perjuangan yang asal.
Jika benar-benar berlaku perubahan dalam kepimpinan UMNO pada penghujung tahun ini, jika Najib dicabar dan tumbang kali ini apakah kata-kata akhir beliau ialah beliau dilanda gelombang “tsunami Melayu” pulak.
No comments:
Post a Comment