PRU 13, telah meninggalkan kesan yang cukup menyedihkan khususnya kepada orang Melayu, perjuangan dengan manifesto yang berlawan untuk menguji sejauh mana rakyat perlu terima parti yang akan memerintah selepas PRU ini. Semua janji cukup manis, dengan terlalu awalnya PR ( Pakatan Rakyaat ) mendedadahkan manisfestonya telah di " copy paste " oleh BN. Kalau di PR harga kereta turun - BN juga akan menurunkan harga kereta. Kalau PR akan mengurangkan harga minyak BN juga ikut sama. Malahan ianya semua untuk memancing undi dari rakyat.
Sebagaimana keputusannya BN masih memerintah dengan majoriti mudah 133 kerusi, tapi masih gagal untuk menguasai 2/3 parlimen. Kemenangan ini di sambut baik oleh " majoriti " orang Melayu, ini kerana pada sangkaan PM di Malaysia telah ujud " tsunami Cina " kawasan bandar dan pinggir bandar BN / UMNO sudah kalah, mereka dari kawasan ini memilih calun-calun dari PR. BN dengan Najib sebagai PM sudah mula memperlihatkan " ngelabahnya "
Syed Hamid Albar - Pengerusi SPAD
SPAD ( Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ), bersetuju untuk menaikan kadar bayaran bas dengan pertambahan sejumlah 10% dan berkuat kuasa pada Julai depan, sedangkan tarikh ini adalah dalam Bulan Ramadhan dan umat Islam akan menyambut Syawal.
Syed Hamid Albar - Pengerusi SPAD
SPAD ( Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ), bersetuju untuk menaikan kadar bayaran bas dengan pertambahan sejumlah 10% dan berkuat kuasa pada Julai depan, sedangkan tarikh ini adalah dalam Bulan Ramadhan dan umat Islam akan menyambut Syawal.
Tindakan ini jelas memperlihatkan kapada Umat Islam ( Melayu ) yang majoritinya masih menyokong UMNO di denda oleh kerajaan yang mereka pilih. Ini kah yang dikatakan UMNO meneruskan perjuangan untuk memperkasakan Melayu? SPAD dan Kerajaan perlu prihatin majoriti yang menggunakan pengangkutan awam ini adalah kalangan Orang Melayu di luar bandar, tanah-tanah rancangan dan kampong-kampong traditional - dan UMNO masih berpaksi kepada penyokong-penyokong dari kawasan sabagini dan orang-orang dari kawasan ini pula masih boleh di beli dengan janji-janji manis oleh kepimpinan UMNO. dengan itu tak salahlah mereka amat mudah untuk di " jual " buat kata dialog filam 3 Abdul " perniagaan orang lagi lumayan untungnya "
Kaitan dengan BRIM - dari sejumlah RM500 dan aku janji UMNO / BN selepas PRU 13 akan dinaikan kepada RM1000. Riuh rendah di kempen PRU13 kini terjawab.
" Pemberian BR1M lebih tinggi akan tetapi semuanya bergantung pada kedudukkan kewangan Malaysia, peruntukan
untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan meningkat dalam Bajet 2014
yang akan dibentangkan pada bulan Oktober tetapi kuantum akan
bergantung kepada kedudukan kewangan negara " kata Perdana Menteri Datuk
Seri Najib Tun Razak ( gambar )
Kini kerajaan sudah mula mencari berbagai-bagai alasan agar JANJI-JANJI di PRU13 dapat di gagalkan, agar janji-janji tidak di " capati " memang rakyat sudah pun mengetahui yang kerajaan sudah berhutang berjumlah lebih dari 500 billion, dan pada zahirnya memang sepatutnya bantuan sabagaini tidak mampu untuk di biayaai tapi oleh kerana " pertandingan " manifesto di PRU 13 kerajaan sanggup buat apa saja.
Apakah kesan sampingan kepada janji-janji ini kepada rakyat? harga kereta tak turun, harga minyak yang diturunkan yang tidak di guna oleh majoriti rakyat, BRIM akan di kaji semula. Janji-janji ini seolah-olah ingin memastikan pada PRU14 nanti UMNO / BN tidak lagi memerintah Malaysia. Ramai kalangan penganalisis dan pengamal politik meramalkan Najib tidak mampu menunai janji-janji tersebut, ianya cukup sukar.
APAKAH...AKU JANJI PRU 13 ADALAH UMPAMA
AKU JANJI UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT UMNO DARI RAKYAT PADA PRU AKAN
DATANG?
No comments:
Post a Comment