Komenter kaitan dengan isu Dakwat oleh SPR. |
KUALA LUMPUR: "Kelmarin
saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di Dewan
Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang
dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis
biarpun saya janggal mendengarnya," tulis penganalisis politik Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff ( gambar ) di facebooknya.
Hari ini, beliau terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula
menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan
raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.
Berikut tulisan beliau.
KELMARIN saya tergamam apabila Menteri di JPM Menteri menyatakan di
Dewan Rakyat tentang dakwat kekal mengandungi pewarna makanan yang
dibenarkan. Tetapi kenyataan itu tidak mendesak saya untuk menulis
biarpun saya janggal mendengarnya.
HARI INI saya terkedu apabila Menteri Wilayah Persekutuan pula
menyatakan Malaysia tidak perlu menggunakan dakwat kekal dalam pilihan
raya kerana negara ini bukannya seperti "negara dunia ketiga" lain.
Saya
kira kedua-dua kenyataan menteri tersebut terkeluar tajuk. Isunya ialah
mengapa dakwat kekal yang digunakan oleh SPR dalam pilihan raya yang
lalu tidak kekal, bukannya perlu atau tidak perlu menggunakan dakwat
kekal? Saya kira soal harapan rakyat untuk melihat dakwat kekal seperti
yang dijanjikan tetapi tidak kekal adalah isu besar yang perlu dijawab
oleh menteri yang bertanggungjawab dan SPR. Oleh itu, kenyataan menteri
di atas adalah satu jawapan yang pada saya menggambarkan bukannya negara
kita dunia ketiga, tetapi komen pemimpin kita yang kelas ketiga.
Buat
apa kita membandingkan negara kita dengan dunia ketiga yang lain? Jika
kita kahu bandingkan pun, dari segi sistem pengundian, negara kita masih
jauh mundur ke belakang. India dan Indonesia menggunakan dakwat kekal,
tetapi tidak ada kecelakaan yang menimpa pengundi mereka. Sebaliknya
yang berlaku ialah sistem pilihan raya mereka dilihat demokratik, adil
dan memenuhi aspirasi rakyat. Itu yang kita mahu—satu pilihan raya yang
telus dan ada integriti supaya tidak timbul kontroversi seperti sekarang
ini.
Jika kita mahu bandingkan sistem pilihan raya kita dengan
di negara maju, kedudukannya adalah jauh panggang dari api. Di negara
maju, sistem pilihan rayanya adil dan bebas, medianya bebas dan
pengurusan pilihan rayanya baik. Di negara maju, mereka tidak lagi
menggunakan dakwat kekal, tetapi menggunakan sistem biometrik. Apakah
kita mampu menjadi seperti mereka atau telahpun mencapai tahap seperti
mereka?
Baiklah, jika kita tidak mahu gunakan dakwat kekal, saya
mahu cadangkan dalam pilihan raya yang akan datang, kita gunakan mesin
mengesan cap jari. Penggunaan mesin ini baik kerana selain dapat
mengesahkan identiti pengundi, mesin ini juga secara automatiknya dapat
menolak mereka yang cuba untuk mengundi dua kali. Mengapa timbulnya
persepsi adanya pengundian dua kali ini? Ini kerana keraguan kepada
senarai pengundi SPR? Bilakah SPR dapat menyelesaikan persepsi rakyat
yang negatif ini?
YB pemimpin, tolong selesaikan isu dakwat kekal
ini dengan baik. Tolong jangan berikan jawapan yang berterusan
mendungukan rakyat. Setakat ini, saya lihat jawapan pemimpin adalah sama
seperti pengail yang mengail, tetapi memilih menggunakan umpan yang
tidak dimakan ikan.
eshan harakahdaily
No comments:
Post a Comment