Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, May 17, 2013

YB - YANG BEHORMAT ATAU YANG BERKHIDMAT

 Zahid Hamidi yang bertukar ke kementerian dalam negeri dilapurkan berkata rakyat malaysia yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya negara perlu berhijrah ke negara yang mengamalkan sisitem yang digemari. Zahid berperangai seperti anak kecil bermain api apabila memperlekehkan 52% rakyat yang membantah keputusan  PRU yang penuh dengan penipuan yang jelas. Zahid dan UMNO tidak boleh menutupi penipuan ini hanya dengan memutarkan kepada dakwaan sistem pilihanraya negara.52% rakyat negara bukan tidak suka dengan sistem pilihanraya tetapi

penipuan besar besaran BN terhadap sistem pilihanraya itu yang dibantah.Kenapa Zahid mencabar rakyat meninggalkan negara sedangkan sudah ramai warga asing dijadikan warganegara semata mata untuk menjadi pengundi BN? 

Ungkapan Zahid - dulu menteri pertahanan kini menteri dalam negeri



Gambar hiasan - ahli exco sebuah kerajaan negeri

Ungkapan Zahid diatas amat memeranjatkan, kenapa beliau sanggup mengluarkan ungkapan sedemikian rupa, malahan semua rakyat tahu apa yang berlaku semasa di PRU13 tempoh hari. Kerana itu hampir 53% rakyat tidak memilih UMNO / BN, secara undi popularnya UMNO / BN memang sudah dimalukan dan tambahan pula keluar kenyataan dari manusia seperti Zahid tersebut.
 
Sepatutnya mereka yang menang sebagai wakil rakyat dan dipilih pula untuk mentadbir sama ada di peringkat negeri harus bersyukur dan sedar diri bahawa mereka masih hidup dan survive lagi di dalam bahtera politik BN dan UMNO. Mereka harus bersyukur bukan sedikit tapi cukup banyak kepada Allah SWT kerana dengan rahmat, hidayah dan limpah kurniaNya mereka diberi kemenangan dalam pilhanraya yang lepas. Tidak ubah ibarat seperti diangkat dari gigi jurang gaung yang dalam. Walau pun rakyat menolak kepimpinan mereka.

Sepatutnya mereka harus bermuhasabah kemenangan, jawatan, kuasa dan darjat yang di terima bukan pakaian seumur hidup. Mereka juga perlu " ingat " ianya hak Allah mungkin hari ini kita dijulang dan apakah tidak mungkin esok atau lusa Allah akan mengambilnya balik, kerana Allah SWT maha bekuasa serta boleh menarik balik anugerah tersebut di salahgunakan, jika amanah yang diberi dikhianati dengan dipergunakan untuk kekenyangan diri sendiri, kroni, anak bini dan pembodek-pembodek sekeliling. 

Rakyat sudah jelak dengan perangai kepimpinan khusus dalam UMNO, mereka menghidang lakunan sandiwara dan hippokrasi dengan mengambil peluang untuk mengaut untung dari jawatan dengan menyalahgunakan kuasa untuk membaham projek-projek kerajaaan seperti ular sawa melalui kuasa melulus. 

Ramai kalangan mereka hidup " bermewah " yang luar biasa, kita boleh lihat bagaimana mereka belumba-lumba untuk mendapatkan jawatan dan ada kalangan mereka juga sanggup " berhabis " untuk memastikan jawatan tidak terlepas kepada orang lain, dan setelah medapat jawatan sampailah masa mereka untuk " mendapatkan " kembali wang pelaburan tempoh hari.
Banyakkan lah bermuhasabah diri, dekatkan diri dengan Allah, jauhkan sifat tamak dan inginkan kaya segeras. Jauhkan perbuatan mengujudkan proksi dalam perdagangan seperti, menyodok hasil mashul negeri seperti pasir, kuari batu dan balak. Mereka harus merapatkan jurang dari bermusuh sesama sendiri. Berhenti dari memperbanyakan masuh dalaman. Perbesarkan parimeter siratulrahim dan perjuangan menjangkau sebanyak mungkin ‘circle’ rakyat di bawah.
Janganlah berkereta terlalu mewah atau menunjuk-nunjuk berpakaian mewah yang menyebabkan terbina tembok jarak yang memisahkan rakyat dengan YB. Kemenangan hari ini adalah kemenangan dukacita dan bukannya masa untuk mencalai bergentayangan dengan kemewahan yang merupakan sembilu kepada rakyat. 
 YB - Yang Berhomat, Yang Berkhidmat, ( mana satu yang paling sesuai untuk gelaran tersebut ) YB sebenarnya   adalah hamba kepada rakyat. Mereka dipilih oleh rakyat untuk berkhidmatlah dengan ikhlas dan tidak bermuka-muka berlakon atau sombong atau bongkak di hadapan rakyat. Jagalah perangai isteri dan anak-anak supaya tidak bertindak lebih camca dari bubur. 
Sepatutnya apa yang belaku di PRU13 ini banyak patut di jadikan pengajaran kepada sekalian YB, terutama merka yang memerintah, mereka tidak perlu lalai kerana jawatan yang ada pada mereka hanyalah untuk sementara sahaja. Jika mereka lalai dan mabuk dengan kuasa tidak mustahil mereka akan dihumbankan rakyat dalam pru 14 yang akan datang. Pada ketika itu bukan setakat mereka sahaja yang kojol tetapi seluruh bahtera UMNO dan BN akan turut sekali lingkup punah-ranah dengan penuh kehinaan. 
Walaupun semikian kita percaya ramai wakil-wakil rakyat yang sudah mula sedar dan menghayati kandungan sumpah yang mereka angkat. 
“Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna”

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA