Saya
menerima satu BERITA SAHIH menggemparkan tentang penyelewengan dan
penipuan yang dilakukan oleh Pegawai SPR yang telah berlaku di salah
satu DUN di Negeri Terengganu, daerah Besut.
Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu.
Kawasan mana? Maaf itu saya masih belum dibenarkan dedahkan kepada umum, biarlah sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi daripada PAS Terengganu.
Petisyen bantahan telahpun dikemukakan kepada mahkamah. Saya
hanya mempunyai maklumat tentang satu kawasan ini namun khabarnya
petisyen bantahan turut dibuat di kawasan serta DUN atau Parlimen yang
lain. Butiran rasmi masih tak didedahkan kepada umum. Saya tidak tahu
kenapa, namun saya yakin ada sebab serta strategi kenapa butiran
rasminya masih belum didedahkan kepada umum.
Saya
juga telah disahkan berkenaan dengan perjumpaan Presiden PAS, Tuan Guru
Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dengan ahli keluarga Pegawai SPR
tersebut. Beliau juga telahpun mengadakan perjumpaan tertutup dengan
wakil rakyat BN yang menang kerana penipuan itu.
SAKSI? ADA! BUKTI? KUKUH!
Sebelum
ini, saya mengandaikan akan ada "sesuatu" berlaku semasa Majlis Angkat
Sumpah Menteri Besar berkait dengan kes ini. Tapi, jangkaan saya
meleset. Maka, ini memungkinkan peluang kepada rampasan semula
Terengganu kepada Pakatan Rakyat melalui mahkamah dalam masa 21 hari
ini.
Ini
hanyalah satu kes daripada banyak-banyak kes yang sampai kepada saya
dengan penjelasan bukti serta saksi yang amat kukuh sekali. Saya rasa
dengan hanya DUN ini, jika menang, Pakatan Rakyat bakal menambah
kerusinya di Terengganu menyebabkan kedudukan kerusi DUN terikat kepada
16-16. Itu belum campur dengan keputusan bantahan petisyen di
kawasan-kawasan lain.
Sultan
Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin juga dikhabarkan tidak senang
dengan situasi yang berlaku di Terengganu sekarang. Mengikut peraturan
Pilihan Raya, jika kedudukan kerusi terikat antara kedua-dua parti yang
saling bertentangan, Sultan mempunyai kuasa untuk menentukan siapakah
pemerintah yang layak. Tak perlu ditanya siapa yang akan dipilih oleh
baginda sultan. Dengan hubungan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
dan baginda Sultan Mizan Zainal Abidin yang amat rapat, sudah pasti
baginda akan berpihak kepada Pakatan Rakyat.
Maaf,
sekali lagi saya ucapkan kepada pengunjung blog ini. Butiran penuh
berkenaan dengan perjumpaan tuan Presiden dengan wakil rakyat BN dan
keluarga pegawai SPR yang menyeleweng tidak dapat saya dedahkan tanpa
izin rasmi parti. Bagaimana penipuan ini boleh bocor dan terbongkar juga
tidak dapat saya siarkan. Mungkin, jika terdapat pengunjung-pengunjung
di blog ini yang telah mengetahui kes ini terutamanya pengunjung dari
Terengganu. Lagipun, kes ini sedang berjalan di mahkamah. Ini
bertentangan dengan prosedur mahkamah.
Petisyen
bantahan serta pendedahan ini juga saya harap dapat menutup mulut para
penyokong PAS/PR dan Blogger PR yang tidak habis-habis menyerang Tuan
Guru Presiden dan PAS tanpa adab dan penuh keceluparan. Maaf, saya kata
tapi kamu tidak layak dipanggil pejuang jika perangai kamu sama sahaja
dengan UMNO/PERKASA. Saya tegaskan, PAS bukan seperti parti-parti
politik lain yang terdapat di Malaysia. Saya tak kata PAS serta pimpinan
PAS tidak boleh dikritik, namun jika anda seorang muslim yang baik,
berilmu, beradab bukan itu caranya.
Akhir kata, peringatan
keras juga kepadamu, Ahmad Said yang mula-mula lagi sudah bongkak ingin
menyekat pembangunan di kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat dan
PAS di Terengganu. Awas, bila-bila masa sahaja kamu boleh tumbang!!!
Sama-sama berdoa kepada Sang Pencatur Seluruh Alam
from : tranungkite online
No comments:
Post a Comment