Keputusan PRU13 dijadikan " kambing hitam " untuk beberapa isu, sama ada isu dalaman parti politik, dalam gagasan gabungan, hatta isu nasional, dan ada juga dikaitkan dengan isu antara bangsa.Kemenangan UMNO / BN pada PRU kali lebih mendukacitakan kalau pada PRU12 masih mampu memenangai sejumlah 140 kerusi tapi kali ini tinggal 133 sahaja, kehilangan 7 kerusi. juga gagal untuk memperolehi 2/3 majoriti.
Jadual: Komposisi Parlimen
mengikut Parti dan Kaum (PRU 13)
Melayu / bumi Cina India Jumlah
Melayu / bumi Cina India Jumlah
DAP 1 34 3 38
PKR 16 9 5 30
PAS 21 0 0 21
PR 38 43 8 89
BN 122 7 4 133
Isu 1: Kedudukan SJK. “Hapuskan!
oleh kerana Perlembagaan tak iktiraf sekolah jenis kebangsaan kerana
adanya sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan, adanya sekolah Cina,
India, ia memecah-belahkan rakyat,” kata Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dalam Seminar Pasca PRU-13
di Kuala Lumpur hari ini.
Sedangkan sekolah aliran ini sudah ujud sebelum PRU 1 lagi, sedangkan pada masa itu ianya tidak menjadi masalah dan pihak guaman juga tidak menimpulkan masalah dalam ini. Apakah kerana di PRU13 ini kerusi Cina dan India cuma tinggal 11 dan melambangkan sokongan mereka sudah merosot jadi sekolah aliran ini di jadikan " batu loncatan ". Apakah tidak timbul masalah yang lebih besar jika di nafikan hak orang Cina dan India untuk mempelajari bahasa Ibunda mereka? Daya fikir orang politik dengan penguam berbeza tapi kadang-kadang peguam pun " kena " ikut kehendak orang politik.
Isu 2 : HUDUD, dengan kemengangan sejumlah 160 kerusi Melayu ( 1DAP, 16PKR,21PAS dan 122UMNO - untuk MELAYU ( pastinya Islam ), sudah tentu pelaksanaan hukum Alquran ini dapat di laksanakan, tambahan pula kekuatan ada pada PKR dan PAS itu sendiri. Tapi apabila isu ini dibangkitkan oleh Mahathir ia seolah-olah ada niat lain di sebalik keingingan pelaksanaan hukum ini.
Cuma persoalannya, kenapa PAS mesti menyertai UMNO baru boleh di laksanakan hukum ini dan bukankan kedudukan kerusi orang Melayu sudah cukup kuat malahan sudah melebihi 2/3, atau Mahathir ada niat lain untuk itu. " PAS harus keluar secepat mungkin kerana mereka saling berperlukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak HUDUD " kata beliau pada Sinar Harian di DUN Air Hitam, masjid Pekan Jerlun, Kedah. Atau apakah niat terpendam di hati nurani beliau kemasukan PAS ke UMNO sudah pasti akan memadamkan politik Anwar?
Setelah pemimpin UMNO kata PAS ( PARTI AJARAN SESAT ) juga dengan berbagai pertuduhan lain dan seolah-olah PAS adalah pemussnah ssegala-galahnya, kini UMNO pula cuba menjilat semula ludahan tersebut. Bagi PAS pula tidak berminat dengan campuran kali kedua ini, cukuplah sekali, dan PAS pasti sudar serik dengan apa yang berlaku dulu.
Isu 3 : DAP ganti MCA, selepas PRU12 memang tidak dinafikan rakan " sekelambu " BN - MCA - kini sudah menjadi seperti " berpaut di dahan rapuh " retak menunggu patahnya dahan-dahan tersebut. MCA dan MIC bukan lagi penyumbang tapi perlukan bantuan. Sokongan kedua-dua yang rapuh. Pada PRU13 ini pula dengan gelombang kebangkitan rakyat, MCA terus dinafikan hak kemampunan mereka untuk membimbing rakyat Cina di Malaysia, dan bukan setakat MCA malahan Gerakan juga sedemikian rupa.
Kini UMNO seolah-olah ingin menelan " ludahan " mereka, setiap cemuhan terhadap DAP cuba di tarik balik malahan ingin mempelawa DAP untuk bersama-sama dengan UMNO dalam BN untuk memastikan kaum Cina tidak melarikan diri. Persoalannya apakah kaum Cina meninggalkan MCA dan Gerakan kerana " terpaksa " atau " memang " tindakan " bijak untuk meninggalkan mereka? kaum Cina sudah tidak percaya dengan kepimpinan majoriti orang Melayu dalam UMNO. Lantas mereka ingin kan budaya baru untuk Malaysia Masa depan. PAKATAN HARAPAN RAKYAT.
Bagi DAP agak " menggelikan hati " dengan pelawan tersebut, malahan bagi Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata kemungkinan parti itu menyertai BN "tidak timbul sama sekali" tetapi secara bergurau berkata mungkin sebaliknya BN mahu menimbang untuk menyertai Pakatan Rakyat dan beliau adalah orang pertama yang akan meninggalakan DAP. dan secara sinis beliau juga berpendapat adalah lebih baik UMNO sahaja yang menyertai PAKATAN.
Isu 4 : Ulama segera - pertikai hubungan PAS - PKR + DAP - kalau kita lihat dan perhatikan tindakan UMNO sejak akhir-akhir sebelum PRU13 ini memang sudah di tahap yang melampau, mereka sanggup menggunakan semua saluran untuk memastikan musuh politik mereka di burukkan, kita lihat sahaja bagaimana mereka mempermainkan gulongan ulama untuk menuduh apa sahaja yang dibuat oleh PAS dengan " hukum-hakam " yang " mengharamkan " pihak pengundi untuk mengundi PAS. Tapi akhirnya UMNO pula ingin mempelawa PAS untuk bersama dengan UMNO.
Kesan dari politik " keagamaan " Muslim di Malaysia sudah hilang hala tuju keagamaanya, mereka sudah tidak dapat membezakan antara seorang agamaan dengan tidak. Kalau diambil contoh di Arau Perlis, bagaimana seorang tokoh agama boleh di kalahkan dan tidak diterima oleh masyarakat. Cukup berkesan kempen menidakkan orang agama di Malaysia.
Isu 5 : Perkauman ; Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei. Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.
Sepatutnya kepimpinan UMNO perlu memikir kembali kejadiaan 13Mei 1969, agar tragedi kaum ini tidak berulang dan untkuk memastikan ianya tidak berulang adalan tanggongjawab bersama.
Akhirnya, UMNO amat perlu memuhasabah diri dan kepimpinan.dengan kekuasan politik yang ada sudah tentu bangsa Melayu di tempatkan di tempat yang tercatat dalam perlembangaan dan kaum yang lain tidak pula di pinggirkan. Hak mereka juga patut di belai dan suburi dengan semangat setiakawan. Sikap aerogan di kalangan kepimpinan amat perlu ditiadakan.

No comments:
Post a Comment