Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, May 8, 2013

SATU ANALISA PRU13 - BN SUDAH HILANG HALA TUJU

Sudah tentu ramai peminat dan pengamal politik menunggu untuk melihat sendiri parti mana yang akan memerintah, dan pada awal 6 Mei, Najib dengan muka yang amat tidak ceria mungkin sudah hampir 5 tahun gaya kepimpinan beliau di pertikaikan dan tambahan pula musim PRU mungkin berjaga lebih dari tidur, turun naik seluruh negara untuk memanawan hati pengundi. Beliau kelihatan sugul dan keletihan. 
PM cukup terpanggil dengan pukulan dari pengundi Cina yang kini sudah peralih kepada DAP. Tersirat dengan kekeciwaan akibat gelombang pengundi Cina yang dipukul angin beralih arah kepada DAP. Kerusi-kerusi yang di menangi DAP jelas mencatatkan jumlah peningkatan majoriti yang besar. 
Jika disedut dari dialog filem Anak Ku Sazali arahan P Ramlee ia bersamaan "Apakah ini balasan engkau setelah 4 tahun aku menabur bakti kepada engkau semua?"
 
Contoh yang paling ketara ialah pukulan kepada Ghani Othman yang juga mantan MB Johor, mungkin juga sebagai ujian sengaja pihak PM meletakkan beliau di ketemukan dengan jaguh DAP Lim Kit Siang di Gelang Patah. Akhirnya, LKS bergaya dengan majority 14,762 bagi mantan  MB Johor itu hanya memperolehi 39,523 undi manakala LKS sebanyak 54,284 undi. 

Kesan dari PRU13 ini cukup memberansangkan, pengundi yang keluar mengundi amat luar biasa sekali, gulongan tua juga memberikan komitmen yang tinggi. Dari sudut penghasilannya pula, kalau pada PRU12 2008 DAP berjaya meranapkan Gerakan di Pulau Pinang kini mereka telah berjaya menerobos benteng kuat MCA di Johor dan MCA hancur.

Tapi apa yang mendukacitakan untuk BN khususnya UMNO masih menyalahkan pihak lain, semua akhbar perdana menyatakan sesuatu yang sungguh " mencemaskan " terkeluar kata-kata dari PM sendiri " apa lagi yang di kehendaki oleh Cina ". Penganalisa politik UMNO pula membidas yang MCA dan Gerakan tidak bekerja untuk PRU ini, apakah benar kenyataan ini. Mengapa  mereka sanggup memberikan satu anasila yang cetek dan beremosi. Apakah kah mereka sedar jika berkubuhnya MCA dan Gerakan, parti manakah yang akan mewakili kaum Cina? Masa ini baru mereka sedar hanya DAP yang akan menjadi galang gantinya. Tidakkah ini amat bahaya.
Kini jelas pengundi Cina sudah berubah dan mereka tidak mudah termakan dengan apa juga manisan yang di hidangkan DS Najib selama ini yang jelas ada sesuatu yang ingin mereka nyatakan bahawa ada sesuatu tidak kena kepada BN dan UMNO. Istilah terbaru DS Najib ialah ‘tsunami Chinese voters’. 
Menurut DS Najib tindakan kerajaan Barisan Nasional seterusnya ialah akan memulakan program ‘national reconciliation’ bagi menyatukan kembali rakyat di mana terdapat polarisasi kaum di dalam keputusan pengundian dan segala bentuk ekstremisme dan perkauman yang tidak sihat untuk Malaysia akan ditangani. 
Konklusinya, ulat sutra akan keluar dari kepompongnya apabila merasakan dirinya tidak selamat lagi di dalam kediamannya.

1 comment:

  1. selain dr itu kenyataan2 yg dikeluarkan oleh ngo-ngo yg menyokong Umno/Melayu terutamanya perkasa perlu juga diambil kira akibat perubahan pengundi cina ini.

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA