Utusan Malaysia & Kosmo - akHbar rasmi UMNO.
Dengan tajuk di muka depan " Apa lagi Cina Mahu ? " dan " Pengundi Cina bersikap talam dua muka " jelas akhbar perdana ini telah membuka langkah untuk memplagiatkan isu kaum di negara kita. Kenapa Ketua Pengarang kedua-dua akhbar ini diberikan " lampu hijau " untuk melaporkan sedemikian rupa? Apakah sememangnya mereka diberikan kebenaran untuk tujuan tersebut? semuanya menjadi tanda soalan.
Bagi Mahathir ( gambar ) ini jelas memperlihatkan masyarakat
Cina Malaysia didakwa "menolak salam persahabatan" yang dihulurkan oleh
orang Melayu apabila sebahagian besar mereka mengundi Pakatan Rakyat
dalam pilihan raya umum Ahad ini. Malahan tambah beliau sdr. Lim Kit Siang terus berusaha membawa konsep Malaysian Malaysia, dengan niat
untuk membuat orang Cina membenci Melayu,". Akibatnya, tambah beliau, ramai orang Cina menolak salam persahabatan Melayu." Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat menolak kewujudan "Melayu yang tamak" untuk mendapatkan kuasa.Malah, kata Mahathir, orang Melayu telah menjadi "pengemis di negara mereka sendiri". "Jika orang Melayu tidak tamak, tidak akan berlaku 'tsunami Cina," tegasnya. - petikan mkini
Tapi bagi Anwar selaku Ketua UMUM PKR dan rakan ( gambar ) pula, Najib perlu memainkan isu pekauman untuk melindungi kekalahan teruk BN musim ini, dan hanya dengan mereka cipta isu perkauman untuk melindungi " tragedi pru 13 ini " Pada PRU14 ini bagi Anwar Najib telah melakukan kesilapan besar dengan mempergunakan SPR untuk memunipulasi piliharan denga peniupan dan menggunakan isu pekauman.
Cuba lihat keputusan yang di keluarkan olih pihak SPR kaitan dengan PRU13, benarkan DAP menguasai parlimen, atau benarkan DAP memperkudakan Melayu atau apa yang sebenarnya,
AUTA DENGAN FAKTA
Kecoh sekarang ni ahli parlimen Malaysia ramai yang Bukan Melayu.
Aduhai.. adakah kita mengalami kerosakan minda yg parah.. DAP bertanding
di kawasan Cina menghampiri majority dan lawannya adalah MCA, MIC dan
Gerakan.
Jika DAP kalah sekalipun Melayu tak akan bertambah dalam Parlimen
sebab DAP lawan MCA, MIC dan GERAKAN. Malah Kemenangan Pakatan Rakyat
ini menyebabkan Melayu bertambah dalam Parlimen dan DUN, saya bagi
contoh:-
Kerusi Parlimen :-
1. Rafizi (PKR) menang vs Gary Lim (BN) - PANDAN
2. Dr Siti Mariah (PAS) Menang vs S. Murugesan (BN) - KOTA RAJA
3. Tan Sri Khalid (PKR) Menang vs Tan Kok Eng (BN) - BDR TUN RAZAK
4. Imran Hamid (PKR) menang vs Kong Cho Ha (BN) - LUMUT
5. Dato Arif (DAP) menang vs Hoh Khai Mun (BN) - RAUB
6. Kamarul Bahrin (PKR) menang vs V.S Mogan (BN) TLK KEMAMANG
7. Khairil K. Johari menang vs Teh Leong Meng (BN) BKT BENDERA
Kesimpulannya :
Menang Pakatan Rakyat bermakna 7 Ahli Parlimen Melayu bertambah
dalam Parlimen. Jika Pakatan Rakyat Kalah, kita akan kehilangan 7 ahli
parlimen Melayu
Kerusi DUN:-
1. Azman Nasarudin (PKR) menang vs S. Ananthan (BN) – LUNAS, Kedah
2. Dato Anuar Abdullah (PAS) menang vs Tan Ken Ten (BN) – KOTA LAMA, Kelantan
3. Azan Ismail (PKR) menang vs Dato Toh Chin (BN) – BANDAR, Terengganu
4. Tengku Zulpuri (DAP) menang vs Dato Chuah Boon (BN) – MENTAKAB, Pahang
5. Mohd Rashid (PKR) menang vs Wong Mun (BN) - PANTAI JERJAK, Penang
6. Dr Idris (PKR) menang vs K. Parthiban (BN) – IJOK, Selangor
7. Amunul Huda (PAS) menang vs Teo Yew (BN)- PARIT YANI, Johor
8. Abdullah Husin (PAS) menang vs M. Sorianarayan (BN) – PUTERI WANGSA, Johor
Kenapa Ghani
Othman boleh kalah dengan Lim Kit Siang. Ghani Othman cari
penyakit. Dia bertanding di kawasan (Cina 52%) (Melayu 34%) selebihnya
India. Parlimen ini dulunya adalah milik MCA.
Kalau UMNO masih bangkitkan isu Melayu dan bukan Melayu ni. Saya nak
tanya bagaimana pula Kawasan majoriti Melayu, bukan Melayu BN boleh
menang. Melayu UMNO undi siapa? saya senaraikan
Kerusi kawasan Melayu tapi BN ( MCA / Gerakan ) yang menang.
1. PARLIMEN Smpg Renggam (M- 56%) Suhaizan (PAS) kalah vs Liang Teck Meng (BN)
2. PARLIMEN Tjng Piai (M- 52 %) Dr Mahzir (DAP) Kalah vs Wee Jack (BN)
3.PARLIMEN Batu Sapi (Islam 51%) Hamzah (PAS ) Kalah vs Tsen Tsau (BN)
4. DUN Gurun (M- 57%) Salma Ismail (PKR) Kalah vs. Dr Leong (BN)
5. DUN Cheka (M- 69%) Cikgu Abas (PKR) kalah vs Dato Fong (BN)
6. DUN Gambir (M- 56%) Dato Mahfoz Mohd (PAS) kalah vs M. Aso (BN)
7. DUN Chenderiang (M-36%, C-30%) Amani Abdullah (PKR) kalah vs Dr Mah Hang(BN)
8. DUN Pemanis (M- 56%) Cikgu Normala (PAS) Kalah vs Lau Chin (BN)
9. DUN Kahang (M-74%) Hamdan (PKR) kalah vs R. Vidyanathan (BN)
10. DUN Pulai Sebatang (M-63%) Ungku Mohd Nor kalah vs Dato Tee Seiw (BN)
11. DUN Tg Aru (Islam – 52%) Hamid Ismail (PAS) kalah vs Yong Oui (BN)
12. DUN Bingkor (Islam 38%) Ahmad Shah (PKR) kalah vs Kennedy John (BN)
13. DUN Merotai (Islam-53%) Ahmad Dullah (PAS) kalah vs. Pang Yuk Ming (BN)
Dari catatan ini jelas, yang meroyan dan terus memainkan isu Perkauman ialah UMNO. UMNO cuba berselindung di sebalik PERKAUMAN atas " kekalahan " di PRU 13 ini. Masih percaya kita dakyah UMNO. UMNO menipu kita selama ni dengan
memainkan sentiment perkauman. Sebenarnya yg merosakkan Melayu dan
menggadaikan masa depan melayu adalah pemimpin UMNO.
No comments:
Post a Comment