9 MEI — Saya mempunyai nama Cina, berketurunan Hokkien dan beragama
Kristian. Secara amnya, saya termasuk ke dalam golongan Kelas Tengah
yang membesar di kawasan bandar. Setelah tamatnya pelajaran saya, saya
telah membuat keputusan untuk menjadi seorang pendidik di sebuah kawasan
luar bandar di Negri Sembilan. Saya mengajar Bahasa Inggeris kepada
budak yang serba kekurangan dari segi kewangan, perhatian dan suasana
pembelajaran yang kondusif.
Lapan puluh peratus daripada pelajar saya terdiri daripada pelajar yang
berlainan kaum daripada saya — Melayu, India, Iban, Bidayuh dan
lain-lain. Disebabkan saya tidak fasih bertutur dalam Bahasa Cina, saya
lebih senang bergaul dengan budak Melayu, India, Iban dan Bidayuh
berbanding dengan budak kaum sendiri. Namun, semuanya sama di mata saya.
Sebagai pendidik, saya tidak pernah terfikir memberi layanan yang
berbeza mengikut kaum budak-budak yang saya ajar. Malah, saya menganggap
mereka seperti adik-beradik saya sendiri. Perbezaan antara kami
hanyalah satu: peluang dalam hidup. Saya memandang berat tanggungjawab
saya sebagai pendidik anak bangsa negara dalam 2 tahun perkhidmatan saya
ini.
Pernah saya menitis air mata memikirkan masa depan anak murid Melayu
saya yang membesar di kawasan perkampungan. Pernah saya berasa marah
memikirkan ketidakadilan keadaan budak-budak kampung ini yang sukar
bertanding dengan budak bandar yang kaya-raya dan berpeluang banyak.
Pernah saya memeluk anak lelaki Melayu dan India, yang memanggil saya
“Sir” setiap hari di sekolah. Pernah kami duduk di dalam kelas yang
tiada kuasa elektrik (“blackout”), mengejar ilmu pengetahuan
bersama-sama dalam keadaan berpeluhan.
Sebagai guru Cina, saya tidak pernah memandang rendah budaya dan adat
resam pelajar-pelajar saya, malah, saya sentiasa terpegun dengan
kelembutan budaya kaum Melayu serta ketabahan kaum India. Kepelbagaian
budaya kita tidak menjadi masalah; yang menjadi masalah ialah
pihak-pihak yang selalu mengapi-apikan isu perkauman. Merekalah yang
mengancam perpaduan negara kita.
Apa lagi yang Cina mau?
“Cina” ini mahukan demokrasi yang benar, bukan “kestabilan” yang palsu
dan dangkal. “Cina” ini mahukan demokrasi yang matang, bukan negara yang
dipimpin oleh orang yang bertopengkan keamanan, tetapi selalu memihak
kepada golongan yang radikal dan rasis. “Cina” ini mahukan sebuah
Malaysia yang berbangsa satu. sumber SINI
Di bawah ini disiarkan satu lagi tulisan seorang rakyat Malaysia berketurunan Cina
Tan Soo Kang : Saudara saudara senegara ku, terutamanya penyokong BN.
Ketika debate antara LGE dan CSL, CSL memijak hudud habis habisan,
katanya kalau hudud ada negara mundur, hudud itu kejam, hudud itu tidak
sesuai. LGE cuma balas, “Hudud itu adalah hal orang Islam, kita tidak
ada hak nak membantah dan kacau isu agama orang. Orang Islam tak pernah
kacau pun agama Cina, siapa kami untuk membantah hal Islam.”
Ketika LGE menolong anak perempuan Melayu, dia ditahan ISA. Di manakah
orang UMNO ketika itu. Kawan kawan, kita ini cuma beza pendapat politik.
Tak payah nak guna ayat ayat kesat. Saya ini bukan Islam, tapi kalau
betul nak laksanakan hudud, saya tidak ada problem langsung kerana cuma
yg bersalah perlu takut pada undang undang. Saya percaya undang undang
berasaskan agama adalah lebih baik daripada undang undang yang dicipta
manusia.
Kalau itu pun saya salah, panggilah saya Cina Babi sejuta kali. Kalau
saya sayang TGNA kerana beliau pemimpin yg cemerlang, panggilah saya
Cina Babi sejuta kali, kalau saya ini sokong perpaduan kaum dan
keharmonian kaum itu salah, panggilah saya Cina Babi sejuta kali. Kalau
la parti yg kau sokong itu, yg panggil Cina pendatang, yg cakap kalau
nampak india dengan ular bunuh india dulu itu parti yg cemerlang,
selamat maju jaya.
Kalau parti yang kau sokong itu dah ada bukti merata rata mereka menipu
dan rasuah berbillion itu parti cemerlang, selamat maju jaya. Kalau
parti yang kau sokong itu, apabila hukum agama sendiri diejek dan mereka
diam sahaja kerana takut hilang kuasa dan wang itu cemerlang, selamat
maju jaya. Cina sekarang bukan anti islam atau anti melayu. Kami mau
negara maju dan harmoni untuk semua kaum. Kalau tak percaya tak apa. Itu
hak anda. Apa apa pun saya harap yang walaupun falsafah dan fahaman
politik itu berbeza, sayang la perpaduan dan keharmonian kita sekarang.
Apa yang dapat kalau melayu benci cina, cina benci melayu. - Sumber SINI
Pembohongan. Mcm rakyat Msia bodoh sgt. Di N9 mana ada Iban & Bidayuh. Lain kali nak menipu belajar dgn Anwar sebab Anwar raja penipu. Lu bangsatlah....
ReplyDeleteHarga barang sudah naik. Apa cerita BRIM sudah bisu ka???
ReplyDelete