Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, May 10, 2013

GAGASAN 1M - GAGAL UNTUK PRU 13

PRU 13 selain dari memilih kerajaan setiap 5 tahun, juga mengesahkan bagaimana gagalnya Gagasan 1Malaysia dengan pengisian " PERPADUAN " antara kaum di Malaysia. Masyarakat yang terdiri dari Melayu, Cina, India di Semenanjung dan lain-lain keturunan di Sabah dan Sarawak GAGAL di satu.
Rakyatnya yang terdiri dari berbagai ethnik berpecah-pecah dan kalau kita ambil sahaja dari masyarakat Melayu contohnya: Golongan pertama yang menyahut saranan gagasan 1M, dan satu lagi dari masyarakat " cacamarba " mereka yang dari bandar dan pinggir bandar. Pertembungan kedua-dua kumpulan ini menyebabkan meningkatnya peratus pengundi keluar mengundi. dan tercatatlah pada PRU13 ini peratus yang keluar majoritinya melebihi 80% daripada 12.9 juta pengundi.
Senerio ke dua dalam agihan rakyat Malaysia di mana majoriti Melayu terbahagi kepada mereka yang bersyukur terhadap BN yang telah memajukan Malaysia selama tempoh 56 tahun pemerintahan parti tersebut dan Melayu yang percaya dengan kempen gabungan tiga parti ( PR ) yang menjanjikan kesamarataan serta menolak amalan rasuah dan kronisme yang dikatakan sinonim dengan parti pemerintah tersebut. Akhirnya BN menang 133 kerusi Parlimen dan PR menang 89. Ianya menggagalkan BN untuk membentuk kerajaan dengan majoriti 2/3 di parlimen.

Implikasi dari PRU ini celas mempelihtkan kaum Cina tidak memihak kepada UMNO / BN, bagi KP UMNO - Datu Ahmad Maslan berkemungkinan faktor " tidak puas hati " di kalangan mereka, mereka kini menguasai ekonomi tapi tidak politik, untuk mendapatkan " keistemewaan " dagangan kuasa poloitik mesti diperolehi. 

Kenyataan Noh Omar pula perubahan kaum Cina ini telah menggagal usaha mereka untuk merampas kembali Selangor dari pemerintahan PR, sebaliknya mereka bertambah kukuh dengan 44 kerusi dengan hanya 12 untuk BN. “Sebagai contoh di Parlimen Tanjung Karang, saya ingat tidak ada apa lagi yang saya tidak tolong tanpa mengira batasan kaum. Sekarang ini mungkin BN perlu membuat kajian teliti kehendak sebenar yang diinginkan masyarakat Cina yang menyebabkan mereka gagal memberi undi kepada BN tetapi memberi sokongan dalam setiap aktiviti dianjurkan.

“Saya memang ada jangka tapi tidak menjangka sehingga ke tahap ini. Tiada antara kami menjangka sampai sebegitu. Namun begitu, walaupun ada perubahan undi namun BN tidak jatuh, cara kempen pihak pembangkang meninggalkan kesan yang mendalam dan banyak sentimen yang dibangkitkan, ada yang berbau perkauman, yang turut dimainkan dalam pilihan raya kali ini, adalah tidak sihat untuk negara kita,” kata Najib Razak mengulas senerio perubahan tersebut.

Pada kesimpulannya, Kempen 1Malaysia yang di laksanakan oleh Najib gagal meyakinkan rakyat, kerana inti pati gagasan tidak selari dengan apa yagn di laksanakan, contoh kaitan dengan ingtegriti pemimpin, amalan rasuah, salah guna kuasa dan banyak lagi semuanya diperhatikan oleh rakyat. Mungkin Najib dan rakan-rakan dalam UMNO / BN masih menganggap daya fikir masyarakat dan pengundi masih di tahap tahun 60an dulu. Kerja keras Najib, keseluruh negera gagal mempengaruhi rakyat.

Walaupun rakyat di tamukan dengan pelbagai bantuan kewangan tapi itu tidak menjadikan mereka teperangkap untuk membantu Najib untuk memang mudah, pelbagai inisiatif, termasuk memberi bantuan kewangan serta membentuk agensi bagi membantu pembinaan perumahan kos rendah bagi golongan miskin kota ianya gagal. Kebanyakan golongan Melayu miskin kota telah menolah retorik BN sungguhpun menerima bantuan perumahan kos rendah, rebat dan pelbagai bantuan lain dan memilih kempen PR yang menjanjikan perubahan dan menolak rasuah dan kronisme, kata mereka lagi.

Sebagai kesimpulan, PRU13 telah menampakah adanya perubahan di kalangan pengundi, Kerajaan perlu ingat “Ini bukan peperangan bangsa, ini peperangan golongan, Kedah kembali ke tangan BN akibat kegagalan PAS memerintah, bukan kerana rakyat negeri itu tertarik dgn BN.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA