Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, May 4, 2013

GARIS PANDUAN UNTUK CARI PEMIMPIN DI PRU13

Esok 5 Mei 2013, negara kita akan melaksanakan tugas untuk memilih pemimpin, yang akan memimpin rakyat Malaysia bagi 5 tahun lagi. Apakah rakya kini sudah sedar dan tahu bagimana untuk menterjemahkan kepimpimpinan seorang pemimpin yang perlu di miliki oleh mereka ( pemimpin ), atau adakah setiap rakyat juga agak kabur untuk menunaikan tanggongjawab sebagai pemilih untuk memilih. Untuk itu disenaraikan serba ringkas kaitan dengan " indikator " untuk memilih pemimpin. PRU 13

Berdasarkan beberapa kajian dan bacaan dari semua sumber, GM cuba menggariskan beberapa " indikator " untuk tujuan tersebut. Baca, teliti dan hayati kenyataan berikut, mungkin ianya boleh mempengaruhi undi anda:
1. Falsafah memilih kerajaan. Kita pilih kerajaan untuk buat kebaikan. Kita tidak pilih kerajaan untuk buat keburukan. Apabila kerajaan yang kita pilih melakukan kebaikan kita tidak perlu memujinya melangit atau berasa terhutang budi. Tetapi kalau kerajaan yang kita pilih itu melakukan keburukan, kita wajib menegur dan mengkritik. Kalau ia tidak berubah, kita tarik balik sokongan kita dan kita gugurkannya apabila tiba pilihan raya.
2. Kita bukan hamba Wakil Rakyat, Menteri dan Perdana Menteri. Merekalah “hamba” kita kerana kitalah yang memilih mereka dan memberikan gajian kepada mereka dengan duit cukai kita. Tanpa undi kita, mereka tidak akan menjadi Wakil Rakyat, Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri.
3. Secara peribadi, batang jerami pertama yang mematahkan belakang kerbau (meminjam dan memadankan ungkapan the straw that breaks the camel’s back) adalah penghapusan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan disusuli oleh pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Ordinan Darurat dan Akta Buang Daerah. (Tanggungan Kerajaan Pusat dan Parlimen).
4. Bandar dan pekan yang kotor penuh sampah-sarap, tikus dan anjing liar. Longkang yang ditutup dan dilupakan – busuk dan melimpah apabila hujan lebat. Pokok ditumbangkan ribut tidak dipindahkan berbulan-bulan lamanya (Jalan Klang Lama) kerana pegawai tinggi kerajaan lebih sibuk ampu Yang Berhormat daripada berkhidmat untuk rakyat. (Kerajaan Pusat dan negeri).
5. Keselamatan awam yang semakin meruncing. Jenayah yang semakin menjadi-jadi walaupun KPI dan NKRA kononnya tercapai. Pengarah Kastam mati ditembak siang hari buta di Putrajaya dan Pengarang Urusan akhbar arus perdana yang menguar-uarkan negara aman, negara selamat, KPI hebat, NKRA mencapai matlamat, dirompak di khalayak di kawasan kelas menengah Taman Tun Dr Ismail. Apakah kita sudah lupa kepada janji SAM – selamat, aman dan makmur ketika PRU lalu? (Kerajaan Pusat).
6. Kalau kita makmur dan KDNK berkembang pesat, inflasi rendah dan mata wang Ringgit kuat, mengapakah ratusan ribu rakyat jelata berpusu-pusu berebut mendapatkan BR1M, orang merempat semakin banyak di ibu kota dan roti canai semakin kecil ukurannya? (Kerajaan Pusat).
7. Terowong kenderaan di bawah NKVE berhampiran Tropicana banjir setiap kali hujan lebat sejak dibuka untuk kegunaan umum lebih dua tahun lalu dan Jalan Syed Putra bersebelahan Sekolah Kuen Cheng berubah menjadi tasik setiap kali hujan lebat sudah bertahun-tahun lamanya. Alahai hebatnya jurutera JKR dan Bandaraya Kuala Lumpur. (Kerajaan Pusat dan Negeri Selangor).
8. Keamanan negara dinodai oleh penceroboh bersenjata Filipina dan pemubunuh upahan bermaharajalela kerana ada Menteri-Menteri yang terlena. Tauke judi haram, pengusaha rumah pelacuran, ketua sindiket along dan samseng jalanan yang bebas lepas kerana tidak ada Akta Buang Daerah dan Ordinan Darurat kini, saling berbunuhan dan memangsakan rakyat jelata. (Kerajaan Pusat).
9. Dan campur tangan anak bini, peniaga permaidani, tukang serapah dan tukang jampi, kawan rakan dan teman dan taulan dalam urusan pentadbiran.
Sekatan dan Imbangan Penting
Zaman kerajaan kuat dan monopolistik sudah berlalu. Semakin maju negara, semakin kita memerlukan sistem sekatan dan imbangan (checks and balances) yang kuat bermula dengan Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri.
Kalau ada pindaan Perlembagaan atau undang-undang yang memerlukan sokongan dua pertiga, eloklah dilakukan melalui proses tolak ansur dua pihak (bipartisan). Itulah antara beberapa isu yang akan menjadi pertimbangan saya menjelang tibanya hari mengundi 5 Mei. Undi katanya rahsia walaupun nombor siri ada.
Saya mengundi di Perak, parlimen Pasir Salak, di mana kerusi DUN ( Sungai Manik ) ditandingi BN (Umno) dan PKR. Dalam PRU 2008, BN menang. DUN Kg. Gajah ditandingi oleh  PAS  dan  BN ( 2008 )  dimenangi  oleh  BN,  Bagi   Parlimen,  BN ( UMNO )  bertemu ( PKR ). Pada 2008, BN menang. Siapa akan menang kali ini? Wallahualam.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA