Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, April 3, 2013

PRU 13 BEBERAPA KEMUNGKINAN TIDAK BUBAR PARLIMEN

Kini suasana PRU13 telah menjadi huru hara, rakyat terus menunggu, menunggu dengan penoh rasa cemas, dari sesaat ke seminit, dari seminit ke sejam, dan bagitulah seterusnya dan ianya masih belum terbebubar lagi. dengan itu semua pihak akan menunggu dan menunggu.

Mungkinkah senarai calun dari komponen belum selesai atau mungkinkah juga Najib sedang tercari-cari " winnable candidate " dari kalangan UMNO itu sendiri?

Isu menangai hal ehwal calun ini dapat memperlihatkan  cara yang berbeza antara ke 6 PM, bagi Najib dalam keadaan tertekan, tiada keyakinan diri, diringi dengan permasalahan yang di kuasai, kesalahan dari isteri sendiri, kesalahan pembentukan kroni, kesalahan pengamalan rasuah, penyalah gunaan kuasa menyebabkan Najib amat perlu berfikir untuk mengenal siapa calun sebelum pembubaran di lakukan. Faktor ini yang menjadi penyebab perbezaan antara PM ke 6 ini dengan yang lain-lain.

KENAPA TAK BUBAR ....... Mungkin, mungkin, mungkin........

Mungkin masih tercari-cari " winnable candidate " 


  Mungkin mahu menghabiskan sepenuh masa yang ada untuk turun ke negeri-negeri menemui rakyat dan memastikan kemenangan BN, banyak masa untuk kempen ke seluruh negara.

Mungkin Najib sudah hilang kepercayaan kepada semua  pengerusi perhubungan negeri kerana  ada kalangan mereka tidak sehaluan dengan Najib, mereka yang masih mahu menyenaraikan calon-calon lama dan berusia itu dikatakan menimbulkan rasa kurang senang Najib kerana beliau mahu segera mengaplikasikan keinginannya meletakkan calon-calon muda dan baru yang disifatkannya "winnable" di banyak kawasan dalam pilihanraya kali ini.

Mungkin juga Najib ( selaku pengerusi perhubungan Selangor ) memerlukan masa yang banyak untuk berada di Selangor. Selangor adalah negeri emas. terlepasnya Selangor kali ini bermakna masa depan UMNO akan lingkup.

Mungkin juga dalam fikirannya apakah ada kalangan " incumban YB " yang tidak terpilih nanti akan melakukan sabotaj, ini kerana sudah ada " angin " yang bertiup, ada kalangan YB masih mahu meneruskan tugasan sebagai YB kerana masih banyak kerja yang belum selesai. Kalangan YB kumpulan ini masih belum puas dengan gelaran tersebut.
 Mungkin juga, Najib mendapat tekanan yang kuat daripada beberapa ketua parti komponen khusus kaitan dengan pengagihan kerusi dan kawasan untuk dipertandingkan. Atau apakah mereka juga akan atau berniat untuk tidak bersama BN lagi walau pun masih bergabung dengan BN.

Mungkin juga Najib terasa tersalah langkah dengan " Winnable candidate " dengan teori ini ramai kalangn calon yang sudah berusia akan di singkirkan, akhirnya teori ini makan tuan. Najib menghidu ramai kalangan mereka yang tidak terpilih akan memboikot PRU kali ini, bilik gerakan akan ditutup dan sebagainya.

Kini Najib mau pun kalangan kepimpinan UMN
sudah merasakan betapa " seronok " bergelar YB,  

Mungkin  ada yang mahu berkhidmat, 

mungkin ada kerana kemaruk dengan gelaran YB dan disanjung di sana-sini, 

mungkin ada kerana untuk kepentingan perniagaan dan 

mungkin juga ada kalangan mereka  menjadikan tiket wakil rakyat sebagai landasan mengaut kemewahan dalam hidup. 

mungkin juga adalah kalangan yang berada dikawasan yang sukar untuk menang pula, ghairah mahu menjadi calon kerana merasakan inilah masanya untuk membuat "sedikit duit" sebab masa kempen itu nanti pelbagai sumbangan dan bantuan kewangan boleh dikaut daripada pelbagai sumber.

Pertemuan demi pertemuan yang diadakan tapi dilaporkan perbincangan terus kritikal dan mungkin Najib akan mengambil masa beberapa hari lagi untuk menemui ketua-ketua parti komponen BN dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri-Negeri bagi menyelesaikan isu calon itu. Ia mungkin bersambung lagi pada hari ini dan berlarutan sehingga minggu depan.

Memandangkan Najib masih masih ada masa sehingga tarikh 28 April sehingga Parlimen terbubar dengan sendirinya dan ulangtahun keempat beliau menjadi Perdana Menteri pula ialah pada 3 April, ramai yang menjangkakan tarikh yang menjadi pilihan Najib untuk membubarkan Parlimen ialah antara 3 April hingga 28 April. (SH 30/03/2013)

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA