Apakah
kini PKR akan menjadi bebanan kepada gagasan Pakatan Rakyat?
Tanda-tanda keesahan berlakunya tragedi ini sudah menampakkan
tanda-tanda. Kalau di imbau kembali bagaimana pasokan AMK yang di pimpin
oleh Sdr. Ezam memang amat menggemparkan. Mereka adalah " Team " yang
mencetuskan satu revolusi " sumpah keramat " dan dengan mereka juga
terbitnya cerita " 6 kotak " rasuah yang kini tidak timbul-timbul
malahan penciptanya sudah pun bergelar " senator "
Dalam
keadaan yang memerlukan " komitmen " dan semangat setia kawan ini ada
kalangan ahli atau pun pemimpin yang cuba mencorakkan sesuatu yang cukup
menghiris kepimpinan parti. Hanya dengan rasa kecewa, mungkin tidak
disenaraikan sebagai calun, mungkin juga proksi mereka tidak dicalukan.
Mereka terus menghukum parti.
Cukuplah
apa yang terjadi dengan tragedi " lompat " tempoh hari, ramai kalangan
rakyat sudah cukup dan hilang kepercayaan kepada wakil dari PKR.
Tumbangnya kerajaan Perak kerana wakil dari Changkat Jering dan Behrang
diikuti dengan Jelapang. Tindakan mereka mengembalikan kerajaan Perak ke
Barisan Nasional.
Isu merajuknya Chua Jui Meng ( gambar ), kini menjadi isu, kenapa beliua bagitu rendah sekali moral politiknya. Beliau
yang juga Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui
Meng mungkin keluar PKR dan bertanding sebagai calun bebas PRU13.
Mengikut laporan Chua Jui Meng tidak hadir mesyuarat PKR peringkat
negeri Johor. Sedangkan nama beliau sudah pun di senaraikan di salah
satu kawasan parlimen di Johor ( Segamat atau Kulai ), cuma ianya belum
di umumkan sahaja.
Jika benar-benar beliau merajuk dan
bertindak keluar PKR adalah satu pukulan yang hebat dan dijadikan isu
Barisan Nasional dan UMNO dalam kempen pilihanraya umum pada bulan
April aau awal minggu pertama bulan Mei 2013. Belum menang dan belum
bertanding sudah ada ahli atau bakal calun yang merajuk. Bagaima pula
jika berlaku calun PKR yang menang PRU13 keluar PKR jadi calun bebas
atau masuk UMNO?.
Kini
Cabang Pasir Salak pula kehilangan Setiausahanya, beberapa minggu yang
lepas sejumlah 320 orang ahli PKR kembali ke pangkuan UMNO dan hari ini 2
April 2013 lagi ssejumlah lebih 200 dengan diketuai oleh Sdr. Taufik
mengambil keputusan yang sama. Nampaknya kedudukan Hj. Osman selaku
bakal calun untuk DUN Sungai Manik mungkin tergugat.
Tragedi
bagilah yang memberikan implikasi kepercayaan rakyat kepada calun-calun
yang di lahirkan oleh PKR. Apakah masih ramai lagi sama ada bakal calun
maun ahli-ahli yang akan buat pusingan " U "? Terserah kepada keadaan.
Walau bagaimana pun ada juga baiknya mereka berpindah sekarang dari pada mereka bertindak setelah mereka memenangi kerusi nanti. Kepada mereka yang sudah meninggalkan PKR di doakan selamat berjuang di lambang yang baru.
No comments:
Post a Comment