Kg. Gajah 18 April 2013, lalu calon PKR untuk PR di DUN Sungai Manik - Hj. Osman Abdul Rahman kelihatan berliku, apa tidaknya kalau kita baca FB di bawah jelas kerjasama dengan UPU PAS di katakan sukar, dan kenapa mereka tidak mau memberikan komitment untuk memastikan " kesetiaan " kawan antara satu sama lain.
Catatan 1
Catatan 1
Aji Ali shared a link.
DUN
SUNGAI MANIK DALAM DELEMA....Isu Lompat Parti menhantui penyokong PR di
DUN SG.Manik. Berdasarkan isu lompat parti maka kerjasama PAS terhadap
Calon DUN Sg. Manik Osman Abd Rahman luput sama sekali Penyokong PAS
tidak ada Masalah dengan Calun Parlimen
Pasir Salak Mustafa Kamil Ayub kerana keyakinan penyokong bahawa
pendirian Mustafa kukuh dan berintergriti. Manakala calun DUN dari PKR
Osman Abd Rahman amat diragui dan dia sorang yang tidak Rasional dan
berintergriti.. Penyokong PAS mempunyai banyak sebab mengapa kerjasama
dengn Osman Abd.Rahman diragui, maka Osman Abdul Rahman Perlu menyakinan
Pimpinan PAS Cawangan jika mahu kerjsama dengan PAS. Buat masa sekarang
pendekatan yang hanya ada pada penyokong PAS Dun Sg.Manik ialah
membantu calun PAS yang berhampiran Seperti Dun Changkat Jong, Dun Kg.
Gajah dan Dun Air Kuning. Penyokong Pas Dun Sg. Manik terpaksa melupakan
hasrat untuk bertanding di DUN Sg.Manik dan membiarkan DUN Sg. Manik di
menangi oleh UMNO secara Mudah jika tidak ada perhatian di peringkat
Pimpinan PR. Intipan juga mendapati semacam ada satu agenda tersembunyi
bila didapati ada pertemuan Osman dengan Taufik Hassan dan Azman
Marjohan yang telah keluar dari PKR di Ipoh baru-baru ini
Sdr. Taufik ( gambar atas ) selaku SU Cabang " terpaksa " meninggalkan Hj. Osman ( bawah ) dengan alasan pihak pucuk pimpinan tidak mengindahkan padangan " grass root " khusus kaitan dengan pencalonan Hj. Osman di DUN Sungai Manik ( 3 minggu dulu ) tapi kini tindakan beliau " terkantoi " kerana Hj. Osman selaku Ketua Cabang di angkat sebagai calon di Sungai Manik. Apakah Sdr. Taufik akan mengadakan hubungan sulit untuk tujuan membantu Hj. Osman. Jika ini berlaku apakah ianya tidak menjejaskan hubungan beliau dengan YB Datok Tajuddin pula?
Apa-apa pun kita merancang Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik untuk kita.
Hj. Osman Abdul Rahman - Calon DUN Sungai Manik, dan juga pernah bertanding di peringkat Parlimen menentang Tan Sri Ramli Ngah Talib dulu.
Catatan 2
Tindakan
tegas perlu dilakukan bagi kerusi DUN48 Sungai Manik. Calun dari PKR
yang dicadangkan Osman Abd.Rahman tidak popular dan tidak mendapat
sokongan ramai penduduk Sg.Manik. Saya sebagai penyokong PAS berharap
agar pihak kempimpinan PR negeri mengambil berai isu sungai manik.
Keyakinan penyokong PAS terhadap calun ini hilang berdasar pergerakannya
lebih kepada Proaksi UMNO. Kami terima sekiranya
PKR meletakkan calun lain asalkan bukan Osman Abd.Rahman. Rasanya
banyak calun PKR yang berwibawa di Pasir Salak. Sekiranya mahu
kemenangan Pihak Kepimpinan PR perlu berfakat semula., pada perkiraan
saya Osman Abd.Rahman hanya mahu bertanding sahaja bukan untuk
kemenangan. Lihatlah betapa suramnya bendera PR di kawasan Sungai Manik
seolah-olah sudah lumpuh. Osman Abd. Rahman tidak proaktif untuk menarik
sokongan penduduk Sg.Manik.
Melalui kedua-dua kenyataan dari rakan FB ini apakah Hj. Osman boleh tidur lena untuk menuju puncak pertandingan lagi? Bagaimana pula " keakraban " beliau dengan calon parlimen yang juga dari PKR dapat membantu kelancaran gerak kerja parti. Perselisihan faham dalam parti amat harus di " simpan bawah karpet " agar pihak lawan gagal melihat perselisihan tersebut.
Akhirnya di doakan moga-moga kedua-dua calon dari PKR ini dapat memenangi pertandingan tersebut. Moga-moga dengan kemenangan itu nanti memudahkan laluan PR membentuk kerajaan di Negeri Perak dan Kerajaan Persekutuan.
No comments:
Post a Comment