Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, March 12, 2013

TUGAS DI GANTUNG - RAMALAN BN KALAH PRU13




Ini adalah " ramalan " dari Ketua Ekonomi Bank Islam
kaitan dengan PRU13 

Setelah heboh mengenai pendedahan seorang ketua ekonomi Bank Islam yang menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam dua kemungkinan, belum ada bukti atau keterangan pada ketika itu yang menunjukkan bahawa ianya benar.

Azrul Azwar Ahmad Tajuddin yang mendedahkannya dalam satu forum ekonomi di Singapura (Singapore Regional Outlook) awal tahun ini menyebut antara lainnya memberikan tiga kemungkinan yang akan berlaku apabila pilihanraya umum diadakan tidak lama lagi.

Jelas beliau, pembentangannya dalam forum itu adalah analisa dan perancangan ekonomi Malaysia bagi tahun 2013 dengan mengambil kira semua faktor termasuk politik dan ia sangat berkait rapat dengan hala tuju ekonomi negara.

Dengan tajuk GE13: Tsunami Politik Lebih Hebat, antara salah satu slaid pembentangannya di atas, Azrul memberikan analisisnya berdasarkan faktor ekonomi dan politik semasa termasuk perkembangan dalam Pakatan Rakyat yang bakal menentang BN.

Berdasarkan analisisnya, beliau memberi kemungkinan seperti berikut:

a) Senario dengan kemungkinan sederhana (senario kes terbaik) - BN akan MENANG TIPIS antara 112 ke 122 kerusi parlimen (kekalahan tipis Pakatan Rakyat dengan memperolehi antara 100 ke 110 kerusi)

- Gagal menawan Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan
- Hilang kuasa di Perak dan Negeri Sembilan

b) Senario dengan kemungkinan tinggi (senario kes terbaik) - BN akan KALAH TIPIS dengan hanya memperolehi antara 97 ke 107 kerusi parlimen (kemenangan tipis Pakatan Rakyat dengan mendapat antara 115 ke 125 kerusi parlimen)

- Gagal menawan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan
- Kehilangan kuasa di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis
- Menang tipis di Pahang dan Johor
- Hilang penguasaan tradisi (simpanan tetap) di Melaka, Sabah dan Sarawak

c) Senario dengan kemungkinan rendah (senario kes terburuk buat BN) - BN akan KALAH BESAR apabila hanya memperolehi antara 82 ke 92 kerusi parlimen (Kemenangan besar Pakatan Rakyat dengan mencatat penguasaan antara 130 hingga 140 kerusi parlimen)

- Gagal menawan kembali Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan
- Kehilangan kuasa di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Pahang
- Menang tipis di Johor dan Melaka
- Hilang penguasaan tradisi (simpanan tetap) di Sabah dan Sarawak


 Azrul Azwar Ahmad Tajuddin

Pembentangannya dibuat secara profesional tanpa dipengaruhi sesiapa atau mana-mana pihak sama ada BN atau Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, BN tidak boleh menerima pembentangan dan hasil kajiannya menyebabkan jawatannya digantung seminggu selepas ia disiarkan pertama kali oleh akhbar luar negara berpangkalan di Singapura, The Straits Times.

Azrul dengan tegas menyatakan bahawa analisisnya adalah tepat dan tidak sekali-kali menarik balik pembentangannya biarpun dipercayai Bank Islam memintanya agar menarik balik hasil kerjanya yang sangat profesional.

Malah bank tersebut juga membuat laporan polis atas hasil kajiannya yang kononnya boleh 'menggugat keselamatan negara' padahal sebenarnya pemimpin Umno sendiri yang tidak boleh menerima hakikat pahit yang perlu ditelan sama ada suka atau tidak.

Biarpun beliau dikaitkan sebagai seorang bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), tempat di mana Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menimba ilmu di peringkat menengah, namun Azrul naik sehingga ke tahap ini tanpa disokong oleh mana-mana pemimpin apabila membuktikannya sendiri dalam tempoh hanya 10 tahun setelah menamatkan pengajiannya di luar negara.

Beliau juga yakin bahawa kebenaran akan terserlah juga akhirnya.

JALAN PULANG

1 comment:

  1. aku yakin ini yg terjadi :-

    b) Senario dengan kemungkinan tinggi (senario kes terbaik) - BN akan KALAH TIPIS dengan hanya memperolehi antara 97 ke 107 kerusi parlimen (kemenangan tipis Pakatan Rakyat dengan mendapat antara 115 ke 125 kerusi parlimen)

    - Gagal menawan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan
    - Kehilangan kuasa di Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis
    - Menang tipis di Pahang dan Johor
    - Hilang penguasaan tradisi (simpanan tetap) di Melaka, Sabah dan Sarawak

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA