Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, March 24, 2013

PECAH BERITA, PRU TERGANGGU.



KUALA LUMPUR: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) diminta membuat penjelasan berhubung satu surat yang mula teredar di laman-laman media sosial seperti Facebook dan blog-blog.

Surat yang mula tersebar semalam itu menunjukkan ianya dari MKN dan ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kandungan surat itu antara lain menyebut satu lampiran disediakan berhubung laporan strategi Pakatan Pembangkang yang diperolehi melalui 'pintasan emel' dan ditandatangani Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.

Mengulas perkara itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, berkata Thajudeen perlu menafikan atau mengesahkan tentang surat tersebut bagi mengelakkan tanggapan negatif terhadap fungsi sebenar majlis itu.

Beliau berkata sama ada surat berkenaan benar atau merupakan fitnah, Thajudeen perlu memberi penjelasan segera.

"Bagaimanapun, saya percaya mungkin dia akan menafikannya,  tapi kita tunggu penjelasan daripadanya," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

1 comment:

  1. ni sorang lagi nama yg patut disenaraikan selepas pru13 nabti

    ReplyDelete


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA