CIRI-CIRI MURTAD
Banyak orang menganggap bahawa orang yang murtad itu ialah orang yang
keluar dari Islam dan mengaku menganut agama lain sahaja. Sedangkan
dalam banyak hal, banyak orang menjadi murtad kerana perbuatan,
tingkahlaku, kepercayaan dan sebagainya. Antara ciri orang yang
tergolong dalam golongan murtad ialah:
1. Menyandarkan hukum kepada selain Allah.
Barangsiapa yang bertahkim atau merujuk kepada hukum-hukum selain yang
telah ditetapkan oleh Allah maka ia termasuk orang yang murtad. Kerana
memang masalah hukum yang menjadi pagar kehidupan manusia tidak boleh
dibiarkan begitu saja.
Maka secara tegas Al-Quran menyebut: "Barangsiapa yang tidak memutuskan
menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah
orang-orang yang kafir." (Al-Maidah 44)
2. Kebencian terhadap hukum Islam,atau mengutamakan peraturan lain,atau menyamaratakan Islam dengan peraturan lain.
Seperti perkataan seseorang, "Aku benci dengan puasa. Sebab puasa ini
menyebabkan tenaga fizikal dan keupayaan kerja menurun, sehingga
memerosotkan ekonomi." Atau perkataan lain, "Aku benci dengan hijab
(pakaian penutup) wanita. Kerana mengurangi ruang gerak dan tidak sesuai
dengan kemajuan zaman."
Dan antara perkataan lain iaitu: "Dan orang-orang yang kafir maka
kecelakaan bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan-amalan mereka."Yang
demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka membenci kepada apa yang
diturunkan Allah (Al-Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala)
amal-amal mereka." (Muhammad 8-9)
3. Mengolok-olok sebahagian isi Al-Quran atau Sunnah syiar Islam.
Seperti memperolokkan pembahagian harta waris yang tidak sama antara
lelaki dan perempuan atau mengolokkan sunnah yang telah melarang kaum
lelaki menggunakan perhiasan emas, atau mengolokan syiar Islam seperti
penggunaan azan sebelum solat dan sebagainya.
Allah berfirman "Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan
terhadap mereka sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi
dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskan lah
ejekkan-ejekanmu (terhadap Allah dan Rasul-Nya) sesungguhnya Allah akan
menyatakan apa yang kamu takuti. Dan jika tanyakan kepada mereka
(tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab:
"Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.
Katakanlah: "Apakah dengan Allah,ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu
berolok-olok." "Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah
beriman. Jika kamu memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka
bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan
mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (At-Taubah 64-66)
4. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Haram dan halal adalah ketetapan Allah dan RasulNya yang tidak
ditunggangi oleh unsur-unsur nafsu. Orang yang menghalalkan sesuatu yang
sudah jelas diharamkan Allah, atau sebaliknya,bererti ia melawan hukum
dan syariat-Nya, lalu dengan bebas ia meletakan hukum dan syariat secara
peribadi. Perbuatan seperti itu jelas perbuatan orang kafir dan orang
yang tersesat.
Allah berfirman: "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang
disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini" halal dan "ini" haram,
untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguh-nya
orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah
beruntung. Itu adalah kesenangan yang sedikit dan bagi mereka azab yang
pedih" (An-Nahl:116-117)
5. Mengimami sebahagian dasar-dasar Islam dan
mengingkari sebahagian yang lain.
Contohnya: Orang Islam yang menyakini Islam sebahagian agama pegangan,
tapi disaat ia mengingkari Islam sebagai agama yang meletakkan
kaedah-kaedah hukum kehidupan atau peraturan. Atau ia menyakini Islam
sebagai pegangan hidup dan disatu saat mengingkari Islam sebagai agama
yang dapat mengatur politik, negara dan ekonomi.
Firman Allah: "Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat)
dan ingkar kepada sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang
berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia
dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat.
Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat." (Al-Baqarah 85)
6. Beriman kepada Al-Quran dan menolak sunnah.
Padahal Al-Quran sendiri telah menegaskan bahawa beriman dan taat kepada
Rasulullah SAW merupakan satu ketaatan kepada Allah. Ketaatan kepada
Rasul harus meliputi segala perintah dan larangan, perkataan dan
perbuatan.
Firman Allah bermaksud: "Barangsiapa mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia
mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu) maka
Kami tidak mengutus untuk menjadi pemeliharaan bagi mereka."
(An-Nisaa':80)
7. Menjadikan orang kafir, munafik dan ateis sebagai pemimpin.
Allah berfirman maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu,
sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa
diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin maka sesungguhnya Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Al-Maidah 51)
8. Mengolok-olok sifat Rasulullah SAW ataupun pekerjaan baginda.
Allah SWT bersabda maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu meninggikan suaramu lebih dari suara nabi dan janganlah kamu
berkata kepadanya dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara)
sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lainnya, supaya tidak hapus
pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari." (AlHujurat 2)
No comments:
Post a Comment