Setelah 'gencatan senjata' sebelah pihak diumumkan Sultan Sulu, Jamalul
Kiram tengah hari tadi, timbul pula perbalahan terbaru mengenai hak
kedua-dua negara, Filipina dan Malaysia.
Malaysia yang mahukan Jamalul Kiram diekstradisi dari negara itu bagi menghadapi perbicaraan atas jenayah menceroboh dan menyerang rakyat Sabah, rupanya tidak dipersetujui Presiden Beningno Aquino III atau Pinoy kerana mahukan Jamalul dibicarakan terlebih dahulu di negara itu.
Pertikaian yang tercetus susulan daripada pencerobohan puak bersenjata dari selatan Filipina nampaknya bakal memasuki episod baru hubungan kedua-dua negara yang baru hendak membalut luka lama apabila Filipina masih menuntut hak ke atas Sabah sebagai sebuah wilayahnya.
Aquino menyatakan bahawa Jamalul merupakan rakyat Filipina, justeru adalah wajar dia dikenakan tindakan terlebih dahulu sebelum Malaysia berhasrat mengekstradisinya ke Kuala Lumpur.
Lantas Aquino menolak sebarang permohonan ekstradisi Jamalul ke Malaysia oleh Kuala Lumpur buat masa ini.
Kuala Lumpur pula masih belum menyatakan pendirian terbaru susulan dari kenyataan Aquino yang dikeluarkan beberapa jam selepas Jamalul mengumumkan gencatan senjata unilateral dari puhaknya.
Dipercayai Aquino ingin 'membalas dendam' akibat keengganan Kuala Lumpur menyerahkan seorang warganegaranya, Amalillo yang merupakan saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman yang masih ditahan kerana beberapa jenayah penipuan di negeri itu.
Polis Sabah yang masih menahan Amalillo yang juga merupakan pemilik Aman Futures Group masih belum membuat sebarang kenyataan selain mendakwa Amalillo memegang pasport palsu Malaysia yang belum pasti dari mana dia memperolehinya.
Aquino menambah, Jamalul tidak akan berjaya dalam misinya menawan Sabah dan menegaskan bahawa Manila tidak akan mengerahkan tenteranya membantu Jamalul dalam maksud tersebut.
Sementara itu, Perdana Menteri, Najib Altantuya yang melawat ke kawasan serangan di Lahad Datu dengan ditemani Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun enggan mengulas keputusan Manila buat masa ini, membuktikan betapa lemahnya pentadbirannya membuat keputusan penting dalam masa singkat.
Justeru Barisan Nasional (BN) tidak boleh mendabik dada mengatakan bahawa mereka mampu menyelesaikan konflik yang dicetuskan mereka sendiri yang sebenarnya bermula sejak Projek IC bekas perdana menteri, Mahathir Mohammad bermula sekitar 1994.

EHSAN; JALAN PULAN.
No comments:
Post a Comment