Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, March 18, 2013

INI KALI LAH - KITA UBAH


BUKTIKAN NEGARA BANKRAP JIKA PAKATAN LAKSANAKAN MANIFESTO RAKYAT

Para pemimpin Umno-BN diminta tampil membuktikan dengan fakta dan angka, negara akan bankrap jika Manifesto Pakatan Harapan Rakyat yang dilancarkan pada 25 Februari tidak realistik dan mengundang malapetaka.

Jawatankuasa Manifesto Rakyat mencabar Umno-BN membuktikan tuduhan mereka dan mencabar Dato' Seri Najib Tun Razak berdebat dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai manifesto yang ditawar kerajaan masing-masing.

Selepas dibentangkan pada Konvensyen Pakatan Rakyat, Isnin lalu, rata-rata pemimpin BN termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi reaksi menuduh Pakatan akan membawa negara ke jurang kebankrapan jika Manifesto Rakyat yang dilancarkan itu dilaksana sebaik menang PRU13.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat yang ditugaskan untuk berdebat dengan BN bagi mnejawab tohmahan liar itu ialah Pengarah Strategi KeADILan Rafizi Ramli; AJK PAS Pusat, Dzulkefly Ahmad; dan Setiausaha Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong.

Pakatan juga mempertahankan bahawa dasar yang ditawarkan dalam manifesto berkenaan akan memberi penjimatan sebanyak RM49.5 bilion yang boleh digunakan untuk membiayai rancangan dalam ikrar pilihan raya itu.
Ubah, jangan tangguh lagi, jangan takut ugutan!
kepimpinan Pakatan Rakyat.

" Ini kali lah Ubah BN " sudah sampai masanya rakyat berfikiran jauh kedepan, sudah sampai masanya rakyat memastikan masa depan negara, khususnya kepada generasi mendatang mendapat pembelaan yang sewajarnya. Rakyat sudah penat dan letih dengan kerenah kepimpinan UMNO yang menerajui kerajaan yang kini sudah menghampiri 6o tahun. Sudah sampai masanya " perubahan " AMAT perlu di lakukan.

 LAHAD DATU TERKINI
Keadaan Felda Sahabat semakin pulih

Rutin harian masyarakat di sekitar Felda Sahabat kembali rancak hari ini susulan pengumuman penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Sabah

Satu demi satu masalah bertindan-timbun. Negara dikepung krisis dan konflik. Pemimpin lebih memikirkan soal kepentingan diri, kelompok, kroni dan suku-sakat. Kalau ada pun perubahan, ia semata-mata demi meraih simpati dan sokongan politik. Segalanya kosmetik. Misalnya, pemberian bantuan 'one-off' yang dipopularkan Najib Razak, mungkin difaktorkan janji-janji Pakatan Rakyat sendiri, melalui Buku Jingga.

Betulkah Pengganas itu Ahli UMNO?...setelah melihat gambar ini apa komen ANDA?

isu terbaru - pencerobohan di Lahad Datu, 
ianya ada kaitan dengan pemberian KP biru untuk pendatang asing oleh Mahathir.

Cukup menggerunkan
 
Keberanian rakyat untuk menggerakkan perubahan cukup menggerunkan pemimpin korup dan curang. Mungkin ramai di antaranya yang tidak dapat lena tidur mengenangkan nasib kehilangan kuasa. Bagi pemimpin yang selama ini tamak "merampok" wang rakyat, mungkin sentiasa diasak mimpi ngeri dikejar dosa sendiri.
Majoriti rakyat Malaysia amat mendambakan perubahan. Dan hasrat itu tidak boleh ditangguh lagi. Menunggu lebih lama hanya memburukkan situasi, menyeret negara ke kancah kemusnahan dan menyukarkan usaha pembaharuan nanti, selain memakan kos lebih mahal. 


JANGAN BENARKAN BN MEMUNGGAH HARTA RAKYAT LAGI... INI KALI LAH UBAH BN

PAS mengajak rakyat pelbagai kaum negara ini melakukan perubahan total menumbangkan Kerajaan Umno-BN dalam PRU13 tidak lama lagi sebagai tanggungjawab bersama untuk menyelamatkan negara.

Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Omar menegaskan, sudah sampai masanya, "Ini Kali Lah" untuk rakyat membina kerajaan baharu yang lebih telus, adil dan mampu membela nasib rakyat secara menyeluruh.

"Rakyat mesti bangkit kerana Umno-BN sudah gagal beri kebaikan kepada rakyat walaupun telah memerintah lebih 50 tahun. "Ini Kali Lah!" Kita ubah BN gantikan Pakatan Rakyat," katanya kepada Bangkit.

Tegasnya, walaupun Umno sering melaungkan Melayu sebagai tonggak perjuangannya, tetapi nasib bangsa Melayu tidak terbela sebaliknya mereka menjadikan Melayu sebagai alat untuk memenuhi kepentingan untuk memunggah khazanah negara dan mengekalkan kuasa.
 
Najib ujarnya, terpaksa menanggung beban untuk memulihkan Umno-BN tetapi pemerintahan yang lama, lebih 50 tahun, tidak memungkinkan lagi rakyat memilih "dacing" dalam PRU13 akan datang.

Beliau berkata, dari Sabah hingga ke Johor rakyat sudah bersedia untuk menolak BN dan mengangkat Pakatan Rakyat. Terlalu banyak isu yang diketahui rakyat melalui pelbagai sumber dan ini menyebabkan pengaruh Najib dan Umno-BN kian terhakis.

PAS dan Pakatan Rakyat yakin, kata Mahfuz, PRU13 kali ini mampu menumbangkan Kerajaan Umno-BN yang terbukti makin tersepit dan terus ditolak rakyat di seluruh negara.
KL112

Justeru, taktik usang-kuno digunakan, bagi menggertak dan menakutkan golongan yang bertekad melakukan pembaharuan itu. Bagi rakyat, kaedah menyelamatkan negara bukanlah susah pun; hanya bersedia untuk memilih kerajaan baru, terutama di peringkat persekutuan.

MENERUSI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT -  Yang bertemakan Pakatan harapan Rakyat berjanji akan menurunkan harga MINYAK Jika diberikan mandat memerintah negara pada PRU13 akan datang. Sebelum ini menerusi buku JINGGA yang telah dikeluarkan 2 tahun lalu. Pakatan telah mengariskan perkara itu untuk dilaksanakan jika dapat memerintah Negara ini bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat. Komitment pakatan Rakyat untuk menurungkan Harga Patrol dan desel sangat dialu alukan oleh rakyat.

HARGA MINYAK MENTAH RM 300 setong akan telah melonjakkanndapatan negara. Tetapi ianya langsung tidak dinikmati oleh Rakyat.

PAKATAN RAKYAT PERCAYA laba daripada pendapatan minyak ini wajar dikongsikan dengan rakyat utk mengurangi bebanan. oleh itu PAKATAN RAKYAT akan menyalurkan laba pendapatan minyak ini utk menurunkan harga petrol / desel. SEHINGGA KEHARI INI KERAJAAN UMNO / BN TERUS MENAIKAN HARGA BAHAN API ITU SEHINGGA MEMBEBANKAN RAKYAT.

BRIM 500 dihulurkan. tapi dengan senyap PETROL / DESEL NAIK 20SEN.
Rakyat sudah bangun di seluruh dunia, 
dan mereka inginkan perubahan
 
Hampir semua pengundi menyedari bahawa medan terbaik untuk mereka menukar impian menjadikan Malaysia lebih sejahtera, demokratik, makmur, dan lebih penting rakyatnya dilayan secara adil,  adalah dalam PRU13 ini.  



Ekonomi segera
 
Kaitan dengan ekonomi, tawaran " one-off " sejak akhir-akhir ini oleh kerajaan bukanlah satu yang dapat mempengaruhi hati rakyat, bagitu banyak sekali " one - Off " yang di tawarkan, BRIM, BLIM, TRIM, KRIM. bagi Dr Mohamad Agus Yusof ( gambar ) pernah mengulas: "Tawaran mana-mana parti berbentuk 'one-off' hanya sekadar gula-gula sementara kepada rakyat. Saya kira dasar seperti itu tidak adil pada ekonomi negara yang memerlukan banyak wang untuk membayar hutang luar dan menyediakan pembangunan fizikal kepada rakyat. Saya harap selepas PRU13, dasar ekonomi negara dan sistem percukaian negara perlu disusun semula supaya kerajaan boleh berlaku adil kepada kepada rakyat mahupun ekonomi negara."

Sebenarnya tsunami politik lima tahun lalu, yang hampir mengheret BN ke posisi pembangkang, langsung tidak pernah memberi iktibar kepada pemimpinnya, malah rakyat terus disogok dengan "rasuah yang dihalalkan undang-undang". Isu integriti dan penyalahgunaan kuasa pemimpin BN yang begitu menarik perhatian pengundi tidak pula dipandang penting pemerintah. Hutang negara berlipatganda. Kebajikan masyarakat bawahan dijadikan komoditi untuk mendapatkan undi.

Korupsi  dan salahguna kuasa 

Korupsi  dan salahguna kuasa bermaharajalela. Khazanah kekayaan negara dipunggah rakus. Jurang kaya miskin melebar. Terbina kebangsawanan baru, menghidupkan fenomena antara dua darjat. Keselamatan keluarga juga terancam.  

Demi survival kuasa, elit pemerintah Umno-BN sanggup memainkan emosi bahaya perkauman. Untuk mempertahankan takhta, sentimen agama yang sempit berterusan dibakar. Mereka langsung tidak hiraukan keharmonian dan kesentosaan bakal terjejas, asalkan dapat terus berkuasa. Peliknya, pada masa sama. Menteri Dalam Negeri menuduh Pakatan yang menjolok emosi perkauman.


Gertakan pemimpin
 
Pihak pemerintah,  sentiasa mengingatkan rakyat bahawa perubahan mendadak dan tidak terancang untuk mengubah pentadbiran negara tidak menjamin kesan positif kepada masa depan negara. Biarlah sebarang perubahan itu mengikut undang-undang serta akal fikiran dan bukan kerana emosi akibat terpengaruh dengan dakyah semata-mata. 


Andaian pelik ini, mungkin kah pihak Najib mahu merendahkan atau meletakkan rakyat sudah tidak mampu berfikir dan cuba menegakkan benang basah. Siapa yang suka memfitnah, siapa yang menyalahgunakan kuasa, siapa yang menggunakan semua kemudahan kerajaan. Pelik bin ajaib, " Najib sebenarnya mahu merendahkan kemampuan berfikir masyarakat kita apabila cuba menegakkan benang basah" . Siapa sebenarnya yang galak mempermainkan emosi rakyat? Pihak manakah yang memilih pendekatan perkauman dan menabur fitnah untuk kekal berkuasa? Bacalah Utusan Malaysia, tontonlah Buletin Utama TV3, anda sudah tahu jawapannya. 


#TumbangBN #No2BN
Utusan hanya untuk pembohongan dan menjadi alat menipu dan memperbodohkan orang ramai...tapi mujurlah ramai yg dah sedar
Sampai bila kita mahu terus-terus dibohong.....sampai bila kita mahu terus-terus diperbodohkan...

video 1 : https://www.facebook.com/photo.php?v=570628536294226

video 2 : https://www.facebook.com/photo.php?v=570750452948701

rujuk video 1 & 2 anda akan dapat lihat bagaimana pembohongan dimainkan.....

 
peranan media cetak di negara ini

Lihatlah isu-isu yang dikemukakan BN dan bandingkan dengan Pakatan, siapa yang berterusan membakar emosi dan menolak perdebatan sihat? Lagipun, hasrat untuk menukar kerajaan tidak pernah berlaku secara mendadak. Ia suatu proses yang agak lama dan memakan masa. Sesiapa pun yang begitu lama ditindas, dizalimi, diperbodoh dan dikhianati, sampai waktunya akan bingkas menuntut hak.


Punah dan berderai 
 
Rakyat sudah muak dengan kerenah yang di mainkan oleh UMNO. Sudah lima dekad, rakyat menggantung harap agar negara dipacu dan dikendali secara penuh kejujuran, telus, berintegriti dan melaksanakan prinsip good governance. Diimpikan  suara mereka didengar, pemimpin turun padang menyelami degup jantung rakyat, kongkongan dibebaskan, tuntutan agama dijulang dan maruah sebagai insan dipertahan.


  Rakyat sudah berkorban, rakyat sudah memberi peluang kepada UMNO melalui BN sebelumnya PERIKATAN, akhirnya galasan harapan itu punah. Kalungan impian itu putus berderai. Elit penguasa hanya mahukan mandat dan sokongan, tetapi tidak bersedia memikul tanggungjawab setulusnya.  


Rakyat sendiri melihat di mana dengan hebatnya rasuah ianya telah menjejaskan ekonomi, ekonomi merudum, kebajikan rakyat terabai, hutang negara meningkat, akhirnya kesan kepada generasi muda yang gagal untuk mendapatkan peluang untuk pekerjaan.

 Pemerintah yang bergelumang rasuah serta menyebabkan ekonomi negara merudum, kebajikan rakyat terabai, hutang meningkat dan peluang pekerjaan terbatas segera "dipencenkanan" apabila mandat berakhir. Malah, jika keadaan terdesak, undi tidak percaya boleh dikemuka di Parlimen, atau ada parti sekutu yang menarik balik sokongan.
Namun, di negara kita, Perdana Menteri  Najib Razak dan mentornya, Dr Mahathir Mohamad, untuk kesekian kalinya mendendangkan kembali lagu lama. Mengetahui mood rakyat untuk berubah semakin kuat, kedua-duanya mengulangi "nasihat berbaur ugutan", dengan harapan dapat mengendurkan komitmen untuk menukar kerajaan itu.



Bosan, muak dan jelak
 
Rakyat telah membuat penilaian menyeluruh terhadap pemerintahan lima dekad Umno-BN. Mereka telah bosan, muak dan jelak dengan siri salahguna kuasa, kecurangan, rasuah, penompokan kekayaan buat elit penguasa, sikap meremehkan pandangan rakyat.


Selepas 55 tahun, mengapa arus perubahan ini masih dianggap mendadak? Peluang telah diberi secukupnya. Rakyat juga telah mencuba menukar kerajaan negeri sejak 1959 lagi, tetapi hanya berjaya di beberapa negeri. Di Parlimen, majoriti dua pertiga BN hanya berjaya disekat pada 2008.
Akhir kalam
Dalam sistem demokrasi, menukar kerajaan adalah lumrah dan tidak perlu dirisaukan. Kerajaan yang menyeleweng dan gagal menjalankan amanah akan direhatkan. Di negara maju, peralihan kerajaan tidak pernah membawa kehancuran sebaliknya dilihat suatu penambahbaikan.

Tempoh 55 tahun Umno menerajui kerajaan sudah lebih daripada mencukupi. Melalui 12 kali pilihan raya umum, bermula daripada Perikatan sehinggalah BN, peluang menabur bakti, melakar hala tuju dan mengemudi teraju pemerintahan terbentang seluas-luasnya, dengan kemudahan cukup selesa, apatah lagi berbekalkan majoriti dua pertiga. Peluang dan ruang itu disia-siakan; amanah dikhianati.


Proses perubahan politik di Malaysia mengengsot terlalu lambat, jauh daripada ciri-ciri radikal atau mendadak. Justeru, diharapkan ianya tidak tertangguh lagi, melewati PRU13, 'kan? Semua pihak khususnya kepimpinan yang ada tidak usah panik. Negara ini mempunyai begitu ramai tenaga baru yang berkebolehan untuk memimpin dan mentadbir dengan lebih baik lagi. Cubalah berfikir secara rasional dan terbuka.

Kepada kepimpinan yang pernah bertindak ganas kepada orang lain, tidak semestinya mangsa kezaliman beliau itu akan bertindak serupa apabila mendapat kuasa. Kita berdoakan agar Allah membuka dan memberi hidayah agar cita rasa berdendam tidak diamalkan.  " Undang-undang tetap dihormati " kata Anwar.  Malahan beliau sendiri kerap mengulangi, beliau dapat memaafkan kesalahan Mahathir, walaupun sukar melupakan. Namun, kata Anwar, setiap wang rakyat yang dirompak akan dipastikan kembali semula kepada yang berhak.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA