Dalam PAS sekarang menular satu penyakit, yakni penyakit percaya yang UMNO ini boleh diharap untuk berjuang Islam.
Lantaran
itu, saya terpanggil menulis senarai beberapa dosa besar yang di halal
kan dalam UMNO. Semoga senarai ini dapat menyedarkan ahli-ahli dan
aktivis-aktivis PAS betapa jahilnya pemikiran sedemikian rupa.
1. QAZAF
: UMNO secara terbuka menuduh Dato Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa
membawa 4 saksi yang utama. Sehingga hari ini perbuatan ini tidak pernah
dihentikan atau ditegur oleh kepimpinan-kepimpinan UMNO seluruhnya
termasuk mufti kegemaran mereka, Harussani Zakaria (yang tak fasih cakap
Arab).
2. JUDI : UMNO
sejak penubuhan telah meluluskan “Loteri UMNO” yang telah dijual dan
dijadikan aktiviti ekonomi untuk UMNO. Yang terbaru adalah Najib Tun
Razak meluluskan lagi 10 lesen “Special Draw”/Judi tidak berapa lama
dahulu. Dengan kata lain, aktiviti-aktiviti judi ini sudah menjadi darah
daging UMNO dan mereka tidak melihat akviti ini sebagai haram.
3. ARAK
: UMNO yang mendokong polisi “menjual arak untuk keuntungan”. Dalam
negara-negara Scandinavia, yang tiada peruntukan “Islam sebagai Agama
Persekutuan” dalam perlembagaan mereka, arak tidak diizinkan dijual
untuk tujuan mencari keuntungan. Arak hanya dibenarkan dijual hanya
untuk memenuhi keperluan dalam negeri semata-mata.
Di Malaysia,
UMNO menyokong penjualan arak untuk tujuan keuntungan sehingga
saham-saham Calrsberg dan Guiness-Anchor adalah antara saham kualiti
tinggi (“blue-chip”) di KLSE.
Begitu semangat UMNO menyokong
aktiviti arak di Malaysia sehingga ada 3 orang Melayu duduk di dalam
LEmbaga Pengarah Calrsberg dan 2 orang Melayu duduk dalam lembaga
Pengarah Guiness-Anchor. Sepatutnya, Kementrian Kewangan boleh campur
tangan menghalang perlantikan ini, tapi UMNO membiarkannya sahaja.
Mengapa? Kerana industri arak ni halal bagi UMNO.
4. PENOLAKAN HUKUM SYARIAH ISLAM:
Tak payah komen la. Sampai hari ni, UMNO tidak mahu mengubah
Perlembagaan Malaysia membenarkan hukum Syariah Islam dijalankan dengan
sepenuhnya di Kelantan dan Terengganu.
Menarik untuk disebut:
dalam forum di Kelantan baru-baru ini, wakil UMNO telah mencabar PAS
untuk membentangkan “Private Bill” bagi memudahkan perjalanan hukum
Syariah. Ustaz Nik Amar menjawab, wakil UMNO itu tak pernah masuk
Parlimen. Maka dia tak tau.
Setiap “Private Bill” harus mendapat
lampu hijau dari Menteri yang bertanggungjawab (dalam isu hukum Islam,
Menteri tersebut adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Zahid
Hamidi).
Setakat ini, UMNO tidak pernah bagi apa-apa lampu hijau untuk mana-mana Undang-Undang seperti ini dibenarkan.
Pokoknya
mudah. Kalau UMNO sanggup menyokong hukum Islam terlaksana di Malaysia,
siapa yang boleh menghalang? DAP pun takkan menentang kerana pada waktu
itu, MCA pun terpaksa sokong hukum Islam. Lebih2 lagi hukum Islam hanya
tertakluk kepada orang2 Islam sahaja.
Tak jadi isu walau sedikit pun. Isunya adalah UMNO MENOLAK HUKUM SYARIAH ISLAM
5. FITNAH :
Agen fitnah UMNO adlaah media-media mereka i.e. Utusan Meloya, Berita
Hairan, TV3 Suku dsbnya. Dah berapa kali diorang ni kena saman. Baru2 ni
Sdr Mahfuz sendiri menang saman terhadap media2 milik UMNO ini. Namun
UMNO tetap meneruskan aktiviti memfitnah dan menista mereka terhadap
sesama Islam
Secara pribadi, saya telah berhenti membaca dan
mempercayai Utusan Meloya dan Berita Hairan semenjak peristiwa Memali
lagi. Sah PENIPU dan PEMBOHONG.
6. PENIPU : Tak payah komen la. Benda yang maklum
7. KORUPSI : Lagi tak payah komen. Dalam UMNO sekarang ni, sapa tak
korupsi tu yang dipandang serong. Sedangkan korupsi ni HARAM mengikut
IJMAK ULAMA. Tapi, bagi UMNO, makan duit haram tu tak jadi masaalah.
Dalam UMNO ni, hanya BABI sahaja yang haram. Yang lain, kao bedal la
8. SIHIR
: Rujuk kes Mona Fendi. Tanya la sesiapa sahaja dalam UMNO pasal amalan
sihir dalam UMNO. Semua akan akui betapa meluasnya amalan sihir dalam
UMNO.
9. BEKERJASAMA DENGAN MUSUH ISLAM
:Rujuk artikel saya berkenaan Ucapan Najib Tun Razak di Heritage
Foundation di mana Dato Najib berbangga membantu usaha Amerika dalam
memerangi “keganasan” (Baca: memerangi Islam).
Sebagai penutup,
janganlah termakan dengan kata-kata seperti “Bekerja dengan UMNO lebih
Syariee berbanding dengan DAP”. Perkataan macam ini datang dari
ulama-ulama yang menjual agama untuk kepentingan dunia. Bukan datang
dari ulama yang “mukhliseen”.
Apa bezanya DAP dengan UMNO? Yang
saya tahu seorang pemimpin DAP terpaksa merengkok dalam penjara kerana
mempertahankan seorang gadis yang diperkosa salah seorang pemimpin UMNO.
Itu sahaja.
No comments:
Post a Comment