Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, March 11, 2013

10 Mac 2013, DSAI - menghabiskan sehari suntuk di Perak dan khususnya di 3 kawasan parlimen, Parlimen Parit, Pasir Salak dan Lumut.


Pemandang di Simpang 4 Bota - Lumut - Ipoh - Parit. Kunjungan DSAI seolah-olah melambangkan perlimen sudah dibubarkan, dan parti-parti dalam PR bagitu megah dan gayanya  mengibarkan bendera parti.


Bilik gerakan PAS Ranting Padang Tenggala di mana majlis HiTea bersama DSAI diaakan, gabungan dua parti yang bertanding di Parlimen ini memperlihatkan berapa gagahnya mereka.


Sudah pasti pihak urusetia mengambil kesempatan untuk memaparkan apakah inti pati manifesto PR untuk PRU 13 ini. Tertera apa yang akan di laksanakan oleh kepimpinan PR selepas mengambil alih Putra Jaya nanti. Kesejahteraan Rakyat, Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat & Kerajaan Rakat.


Ust. Ismi selaku YDP Pas Kawasan memberikan ucapan, yang juga selaku bakal calun untuk parlimen Parit mengingatkan kepada semua agar pada PRU 13 ini perlu adanya satu anjakan paradigma dalam pemikiran rakyat, UMNO / BN  sudah " tua " melaksanakan tugas pentadbiran dan ianya sudah wajib di ganti dengan yang baru.


Pengundi yang sudah " gatal " tangan untuk mengundi setia 
menunggu ketibaan DSAI


Sdr. Madhi Hj. Hassan, kepimpinan PKR Perak mengambil peluang untuk mengisi kekosongan masa, sementara menunggu ketibaan DSAI. Beliau juga adalah calun yang menentang YB Zahid di Bagan Datuh pada 2008 tempoh hari. Beliau berjaya menidakkan majoriti mudah untuk Zahid.


Jam 6.10 petang kelihatan konvoi yang mengiri bas DSAI mula kelihatan.


Dr. Mat Nor Manuti memberikan ucapan aluan sebaik sahaja DSAI menjejakkan kaki ke pentas, sesampainya, DSAI juga seperti biasa bersalaman dengan tetamu.


DSAI memberikan ucapan dengan penoh rasa " seronok " dan para hadiran terhibur dengan maklumat-makklumat baru kaitan dengan penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah, kronisma dan ahkhirnya kaitan dengan apa sebenarnya yang berlaku di Lahad Datu Sabah.


Sebahagian dari " pengundi " PR asyik mendengar ucapan Ketua Pembangkang


Sebahagian dari " pengundi " bergambar dengan berlatar belakangkan bas.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA