Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, March 2, 2013

NAJIB - KAMI TAK NAK SHIKIN


1 Mac 2013 Kg. Gajah, Kedudukan YB Dun Kg. Gajah, YB Shikin nampaknya menjadi tanda tanya di DUN ini, apakah benar-benar sudah ada satu usaha untuk " mentiadakan " beliau dalam senarai calun di pertandingkan semula di DUN ini? 



Kain pemidang ini menjelaskan, penduduk di kawasan DUN Kg. Gajah ( N49 ) inginkan calun baru untuk PRU13. kenapa terjadi sedemikian rupa, apa salahnya beliau, lagi pun beliau baru sepenggal sebagai DUN.

  
Usaha kumpulan ini amat " kasar "  sekali untuk menggugurkan Dr. Norashikin, dan mereka sanggup memberi amaran kepada pucuk pimpinan parti, mereka juga sanggup menggunakan " suara rakyat " sebagai kekuatan dalam tuntutan mereka. 

Mungkin kumpulan pendesak ini terlupa bahawa YB Dr Norashikin adalah " anak mas " kepada Najib, masakan tidak bagitu kerana baru setahun jagung beliau berpolitik sudah mampu menjejakkan kaki ke tingkat 37 bangunan PWTC di Kuala Lumpur  di lantik sebagai salah sorang dari Anggota MKT.  Sedangkan Dato Tajuddin pun berhempas pula dengan tenaga dan wang ringgit untuk tujuan tersebut. Dengan itu mesti ada kelebihan pada Shikin di mata Najib.

Kalau di Parlimen Pasir Salak, memang jelas beliau " gagal " menubuhkan cawangan puteri, Puteri UMNO di kawasan parlimen ini tak lebih dari 20 cawangan sedangkan jumlah cawagan UMNO melebihi 100 buah. Kalau bagitu bagaimana pula beliau boleh bertanding atas tiket puteri pada 2008, di mana kekuatan beliau?

Apa yang harus diingat YB Shikin adalah menantu kapada bekas YB Ainon Khairiah, mungkinkah Ibu Mertua ku yang berperanan meletakkan dirinya. 

Dalam politik " u will be kill or to be kill " pada 2008, setelah YB Dato Tajuddin menerujui Bahagian, masa inilah puan Ainon memainkan peranan dan jambatan yang dulu punah antara puak Ramli Ngah Talib dan Tajuddin di sambung semula oleh Ainon Khairiah, Pn Ainon memainkan peranan " win win " dengan Tajuddin dan ianya berakhir dengan Shikkin di calunkan sebagai DUN Kg. Gajah dan Tajuddin ke Parlimen.

Tapi rasa geram sebilangan penduduk di cawagan beliau terus membelenggu perjalanan Shikin, pernah juga berlaku tragedi yang tidak diingin antara Shikin dan penduduk kampong, dan mungkinkah " kumpulan " pendesak ini dari kampong yang sama? Allah sahaja yang mengetahuinya.

Walau apa pun Ahli UMNO di Bahagian ini rata-rata masih lagi merestui kepimpinan Shikin, mereka masih mengharapkan Shikin di calunkan semula, sudah pasti Wanita Bahagian di bawah pimpinan Ainon akan berkerja keras untuk memastikan kedudukan Shikin terjamin.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahnya nanti.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA