Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, February 28, 2013

UMNO - TRANSFORMASI DAN REFOMASI.



UMNO/BN memerintah negara selama lebih 50 tahun dan dalam tempoh itu, satu demi satu institusi penting negara dirosakkan sehingga ianya perlu kepada pembaikan serius dalam bentuk trasfomasi dan refomasi. Perkara ini diakui sendiri oleh kerajaan pimpinan Najib Razak yang memperkenalkan rancangan trasfomasi dan refomasinya

Persoalannya apakah Transformasi dan Reformasi itu dilakukan oleh UMNO sediri, sedangkan rakyat sudah mengetahuinya, kerosakan institusi penting negara di ketuai oleh Pemimpin UMNO itu sendiri.

Kalau UMNO baik baik bak kata pepatah " seperti tikus membaiki labu "

Najib adalah PM ke 6 dalam haraki pemerintahan UMNO / BN, dengan itu beliau adalah penyambung hayat untuk UMNO / BN. Sehubungan dengan itu beliau tidak dapat menafikan bahawa kerosakan sistem kepimpinan ada campur tangan beliau sendiri. Dengan itu kerosakan yang dilakukan. Dengan itu satu reformasi dan transformasi sebagaimana yang di cadangkan sendiri olehnya. Cadangan program dan perancangan ini  perlu di terjemahkan secara rasional. 

Bagi setiap rakyat yang waras, tindakan Najib memperkenalkan transfomasi dan refomasi untuk membetulkan keadaan yang disebabkan oleh beliau sendiri tidak dapat diterima atau ditolak! tak lojik, tak masuk akal, seperti tikus nak baiki labu, sendiri bikin silap sendiri mau baiki.

Untuk itu, penambahbaikan memang diperlukan, setiap kesilapan ada cara untuk membaikinya dan mereka yang boleh membaikinya bukan dari kalangan mereka yang merosakkannya. Malaysia perlukan pihak lain untuk mengetuai transfomasi dan refomasi ini, bukan Najib  " and the gang". Orang baru dengan pemikiran dan wawasan baru amat diperlukan negara sekarang. Kalau dibiarkan Najib terus mengetuai transfomasi dan refomasi alamak negara akan jadi basi dan terus rosak.
 

Transfomasi dan reformasi terbesar yang amat diperlukan negara dalam kontek kehidupan fizikal ialah seperti harga minyak yang rendah, perbelanjaan yang sederhana, semua kemudahan asas seperti air, api, telepon di tahap yang menusabah.  Walaupun Berita melapurkan harga minyak negara adalah kelapan termurah di dunia dan dengan lapuran ini kerajaan Najib berharap rakyat akan berpuas hati. Namun kelapan termurah hanyalah relatif, secara mutlaknya masih di tahap tinggi dan tidak mampu membantu rakyat mencapai satu tahap kehidupan yang selesa.

Dalam banyak reform yang dinayatakan sudah tentu reformasi kaitan dengan keperluan harian rakyat untuk hidup, rakyat mengharapkan air, api barangan keperluan harian di tahap harg yang musabah. dalam pendidikan pula rakyat mengharapkan agar PTPTN di hapuskan dan digantikan dengan biasiswa.

Dari sudut perhubungan kaum, Refomasi juga amat perlu dalam hubungan kaum dan agama. Juga saranan untuk satu transformai dan reformasi untuk pembangunan dan Perlaksanaan perintah Islam bagi umat yang beragama Islam.


Pendeknya kesemua kepincangan yang berlaku sekarang berpunca dari UMNO/BN, jadi adalah amat tidak logik membiarkan mereka mengetuai transfomasi dan refomasi yang diperlukan negara sekarang!


Cubale fikir-fikir, ubah sebelum parah, pastikan PRU13 menamatkan UMNO / BN.
 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA