Raja Nong Chik - Menteri WP | |
---|---|
SEGAMBUT,
15 Feb — Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk
Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menuduh pembangkang akan mencetuskan
kekecohan dan keadaan tidak harmoni jika mengambil alih di Putrajaya
memandangkan mereka tidak pernah berkuasa serta memberikan contoh
berlaku di negara Kemboja yang tidak aman hingga sekarang.
( setakat ini siapa yang sentiasa mencetuskan huru hara ,
setiap program PR mesti di ganggu oleh UMNO dan juak-juakknya )
Raja Nong Chik sebelum ini melawat Kemboja dan menyifatkan negara
jiran Asia Tenggara tersebut sebagai mundur dan tidak membangun akibat
perubahan kerajaan semasa zaman pemerintahan Khmer Rouge berkuasa
dahulu, serta mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak membuat
kesilapan sama jika berhasrat untuk menukar kerajaan pada Pilihan Raya
2013 tidak lama lagi.
“Mereka (Pakatan Rakyat) tidak pernah memegang kuasa.
“Tapi jika sekali mereka memerintah saya yakin perubahan boleh
berlaku serta-merta, negara akan berpecah dan kekecohan akan berlaku
dalam negara,” kata beliau.
( Nampaknya Menteri ini buta mata dan buta daya fikir, Kelantan sudah lebih 20 tahun, ok aja malahan pembangunan dapat dilaksanakan walau pun di sekat dan dihalang oleh kerajaan pusat, negeri lain Kedah, Pulau Pinang dan Selangor, OK sebaliknya di akuai oleh Jabatan Audit, negeri-negeri yang berjaya dengan belanjawaan yang berhemah )
Dalam ucapannya pada program turun padang di Segambut petang ini,
Raja Nong Chik turut menggesa rakyat Malaysia tidak terpedaya dan
mempercayai janji perubahan yang diwar-warkan oleh pembangkang. “Jangan percaya mereka yang berjanji macam-macam, berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional yang janjinya sentiasa ditunaikan.
“Bukan seperti pembangkang!” kata Raja Nong Chik lagi.
( Juga Menteri ini memperlihatkan kebodohan dan cuba menipu rakyat, lihat saja apa yang berlaku dengan pembinaan Jambatan Syed Putra 2 di Kelantan? Kini berjanji lagi )
Di samping itu, Raja Nong Chik juga memberitahu pemerintahan kerajaan
Barisan Nasional (BN) selama 50 tahun memerintah Malaysia sudah
membuktikan kemampuan untuk mentadbir dengan baik dan membangunkan
negara. “Lihat selama 50 tahun kita memerintah Malaysia, kita semua tak
kira Melayu, India dan Cina semua boleh bekerjasama. “Saya juga
berkahwin dengan orang Cina,” tambah beliau lagi.
Dalam pada itu, beliau turut berkata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd
Najib Razak seorang yang mementingkan kebajikan dan mendengar suara
rakyat dan salah satunya adalah menerusi polisi pemberian Bantuan Rakyat
1Malaysia 2.0.
“Kerajaan bukan yang hanya pandai berjanji dan menipu, janji yang
ditawarkan akan ditunaikan. “Apa yang boleh bagi, kerajaan akan bagi,”
kata beliau lagi.
( Kelahiran BRIM, TRIM, BLIM dan berbagai-bagai adalah satu jenis " rasuah " untuk PRU13. Kewujudannya haya pada PRU13, kerana pada PRU kali ini pembangkang sudah cukup kuat, dan pertama kali mengagalkan 2/3 suara majoriti di Parlimen )
Najib pada tahun lalu juga mengingatkan rakyat supaya tidak membuat
‘perubahan’ yang belum pasti menjamin kemakmuran dan kesejahteraan
kepada mereka.
Bukan semua perubahan membawa kepada sesuatu yang baik, kata Najib
sambil mengingatkan supaya rakyat tidak menukarkan sesuatu yang mereka
boleh bergantung harapan daripada memberi kepada pihak lain yang
ternyata belum terbukti rekod perkhidmatannya.
( Setiap perubahan, sudah pasti ada penambah baikan, lihat saja di negeri-negeri bawah pemerintahan PR, ianya sudah dibuktikan )
“Kita mestilah berpegang kepada sesuatu yang kita tahu, Insya-Allah
kita (kerajaan BN) akan membawa kepada keadaan yang lebih baik pada masa
akan datang,” kata Najib ketika berucap pada majlis rumah terbuka
Aidilfitri tahun lalu.
Najib mengingatkan rakyat supaya jangan mudah termakan janji manis
pembangkang yang ternyata gagal mentadbir empat buah negeri yang
dimenangi selepas pilihan raya umum 2008.
( Raja Nong Chik juga perlu ingat, semua cadangan dari PR bukan cakap kosong malahan ianya di sertai dengan angka dan fakta sebagai sokongan, dan semua kes-kes salah lapor di Utusan Malaysia disahkan oleh Mahkamah, akhirnya Utusan Malaysia yang sengsara menanggung hutang saman )
Malahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga
menasihatkan supaya rakyat Malaysia supaya tidak terlalu taksub dan
percaya bahawa hanya perubahan dalam pemerintahan negara akan dapat
mengubah keadaan hidup mereka.
“Apa jua yang dikatakan oleh Barisan Nasional nampak tidak berkesan.
Walaupun benar dan nyata tapi nampak tidak berkesan kerana mereka taksub
dengan kepercayaan bahawa hanya perubahan pemerintahan akan membawa
kepada perubahan dalam kehidupan mereka, sebab itu keadaan sekarang
berbeza dengan suatu masa dulu,” kata beliau pada 13 Januari lalu.
( Bagi Mahathir, beliau adalah individu yang cukup merisaui kekalahan BN di PRU ini, kenapa dam mengapa mungkin rakyat tahu sebabnya )
PRU ke 13 yang perlu diadakan selewat-lewatnya Jun dianggap paling
sengit dalam sejarah oleh kerana BN yang memerintah Malaysia semenjak
1957 dicabar hebat oleh PR yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS.
Dalam Pilihan Raya 2008, buat pertama kalinya penguasaan tradisi
majoriti dua pertiga BN dinafikan oleh PR dan beberapa negeri BN seperti
Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak jatuh ketangan PR.Perak walaubagaimanapun kembali ketangan BN pada tahun 2009 apabila
tiga ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) PR keluar dari gabungan tersebut
dan menjadi ADUN bebas menyokong BN.
(
Gagasan PR mampu untuk memastikan BN tidak lagi menghuni di Putra Jaya,
gandingan ketiga-tiga parti ini cukup mantap, malahan beberapa negeri
selaku " simpanan tetap " kepada BN mula Johor, N9, dan kedua-dua negeri
di Malaysia timur )
TMI
No comments:
Post a Comment