Nasihat Anwar Musa (kiri) kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kanan) sebagai orang tua dan rakan sejawatan supaya melupakan latar belakang masing-masing demi kemajuan sukan bola sepak di negara ini. |
Kehadiran Anggota Regimen ke 21 Gerak Khas Komando (GGK) di Stadium
Sultan Muhamad IV Kota Bharu, ketika pertandingan Johor melawan Kelantan
bagi Liga Super adalah tidak jelas.
Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menjelaskan, bahawa ia bukan
anggota GGK, sebaliknya mereka adalah askar Timbalan Setia Negeri.
Orang ramai merasa hairan jika kenyataan ini benar, maka mengapakah
Penglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin
mesti mengambil masa yang begitu lama untuk menyatakan kedudukan
sebenar. Perkara ini amat penting disegerakan demi melenyapkan
kekeliruan rakyat, terutama wakil-wakil rakyat.
Dalam kenyataanya kepada Utusan Malaysia kelmarin, beliau menyatakan
siasatan akan dijalankan lebih dahulu sebelum penjelasan diberikan.
Tetapi apakah untuk mengetahui sama ada benar pasukan komandonya berada
di pertandingan tersebut harus mengambil masa berhari-hari sehingga
menimbulkan berbagai-bagai spekulasi dan tanggapan negatif.
Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Anuar
Musa telah menasihatkan Presiden PBNJ Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail
Sultan Ibrahim supaya melupakan latar belakangnya sebagai Tunku dan
Anuar sendiri sanggup melupakannya dirinya sebagai Tan Sri dalam soal
nasihat-menasihati antara satu sama lain.
"Saya mahu menasihati beliau supaya tidak membawa "benda pelek" dalam
bola sepak negara. Buat seperti biasa sahaja, kerana bola sepak adalah
permainan orang ramai," katanya.
Sementara itu FAM melalui mesyuarat Jawatankuasa Pusat mendakwa tindakan membawa GGK tidak ada kesalahan.
Bagaimanapun, berasaskan kepada kenyataan kedua belah pihak nampaknya
sukan negara ini mulai membibitkan permusuhan antara negeri dan rakyat
serta melenyapkan semangat kesukanan yang bermatlamat membangunkan
hubungan persahabatan antara rakyat.
dari zamkata
No comments:
Post a Comment