Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 24, 2013

MINI STADIUM HAK " SAHABAT MASJID LAMA "


23 Feb. 20123, Kampong Gajah akan menerima kunjungan kali pertama Ustaz Azhar Idrus, dan sudah pasti peminat Pendakwah Sejuta Ummah ini akan di hadiri oleh ramai khususnya masyarakat Kampong Gajah dan kawasan yang sekitar dengan.
Banner yang telah dicetak, sebagai publisiti. Atas nama Sahabat Masjid Lama , Kg Gajah. ayuh kita sama-sama mendoakan kejayaan program ini. 
'Permudahkan segalanya dan jangan menyukarkan pengurusannya.'

Kain rentang di atas telah diedarkan - 
untuk pengetahuan ramai.

Di bawah kelolaan Rakan FB Sahabat Masjid Lama Kg. Gajah, pihak jawatankuasa merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua pihak khususnya Pegawai Daerah, Pegawai Polis Daerah serta pihak Polis Kampong Gajah. kerana dengan kerjasama mereka kemudahan tempat di Stadium Mini Kg. Gajah dapat di gunakan.
Walau bagaimana pun, bukanlah semudah itu untuk mendapatkan kemudahan penggunaan mini stadium tersebut, rintangan dan halangan perlu di " rempoh " oleh jawatankuasa. Pihak berkuasa berkeras di peringkat awal untuk tidak memberikan keizinan, tapi dengan kehendakNya, akhirnay doa dan diiringi dengan sembahyang hajat, pihak berkuasa akhirnya memberikan kebenaran. Tapi hanya kebenaran untuk tapak di Mini Stadiuam yang lain perlu di tangani oleh pihak penganjur.

 Di Kompleks Sukan Kampong Gajah inilah 
terletaknya Mini Stadium tersebut.

1- Kemudahan Asas - Bilik Air

Pihak pengajur perlu membersihkan keadaanya yang amat mendukacitakan sekali, keadaan paip, sinki dan dan tandas tidak boleh di gunakan. dinding di penohi dengan kata-kata dan gambar lucuh. Tiada pilihan lain sebaliknya usaha diambil untuk mencari jalan bagaimana bilik tandas ini dilihat dalam keadaan terbaik.


Difikirkan bagaimana untuk saluran dapat di gunakan semula.


 Setiap ruang perlu di sembor dan di bersihkan, 
agar pengguna dapat menggunakan dengan lebih selesa lagi.


 Untuk mentiadakan dan memadamkan kata-kata dan gambar lucah 
setiap dinding dalam tandas di " bedak " semula.

2- Sistem perparitan

Parit saliran air buang hampir semuanya tersumbat, ianya di penohi dengan kotoran sampah dari pihak penianga pasar sehari setiap hari Selasa, di samping di tumbuhi dengan rumput rumai. Tiada pilihan lain, se pasukan tenaga sukarela di sediakan dan dikhususkan untuk memastikan parit saliran dapat berfungsi dengan baik.


terima kasih atas kesediaan mereka untuk membantu


  Keringat mereka hanya di bayar dengan sebotol air minuman sahaja.

3- Keadaan Stadium

 Keadaan bumbung astaka juga diberikan perhatian oleh pihak jawatankuasa penganjor, atau apakah jawatankuasa ini mampu untuk membaik pulihnya?

Astaka


Keadaan " tangga kambing " yang sudah cukup uzor, 
apakah ianya uzor atau pun keadaan warna yang sudah pudar?


Jawatan kuasa juga mengeluarkan sedikit peruntukan 
untuk menambak di kawasan yang berair.


Keadaan " main board " suiz lambu yang sudah di " tamatkan " perkhidmatannya. 
Satu persaolan, kenapa ianya harus berlaku sedemikian?


Gotong royong pembinaan Bilik Air sementara 1

" Orang muda Geng Kita " bermuafakat untuk membina bilik air sementara, 


Bilik Air Sementara 2


Tangki air, kemudahan pengunjung untuk mengambil udok


Memasang paip dari tangki besar.



Keadaan sabagini tidak harus berlaku, ianya amat menyakitkan mata yang memandang, mengapakah agaknya pihak berkuasa memberikankebenaran untuk " meninggalkan " sampah di kawasan  ini?


Berehat menghilangkan penat lelah buat sementara.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA