Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, February 24, 2013

MGB, MPSM - JANGAN GADAI MARUAH DIRI

Malaysia di gemparkan dengan pengikut Sultan Sulu yang menceroboh masuk ke Sabah minggu lalu tidak akan meninggalkan negeri itu kerana mendakwa kawasan tersebut merupakan wilayah nenek moyang mereka, kata Sultan berkenaan pada Ahad berhubung insiden yang berlaku.

Sultan Jamalul Kiram berkata kira-kira 400 pengikutnya termasuk 20 penembak – tetap bertegas untuk tinggal di tempat berkenaan walaupun mereka dikepung oleh pasukan keselamatan, serta desakan kerajaan Malaysia yang mahu kumpulan itu pulang ke Filipina. 

Tragedi yang berlaku di Sabah telah menguatkan tuntutan oleh PPD ( Pejabat Pelajaran Daerah Tengah ) untuk mengadakan taklimat khas kaitan dengan keselamtan. Guru-guru di DUN Kg. Gajah dan hampir 500 orang di jemput ke taklimat tersebut, surat i di jemputan di lampirkan.

 

Pada pandangan pihak guru-guru yang dijemput memang tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama di majlis taklimat tersebut, mereka ingin tahu apakah sebenarnya yang sudah berlaku di Malaysia, Naluri ingin tahu amat memuncak sekali. Benarkah negera yang tercinta kini sedang di cerobohi atau pun pengkhianat telah bermahajara lela dan mereka akan merampas kuasa dari tangan orang Melayu. Guru-guru tertungu-tunggu.

My Photo

YB Dato Tajuddin - Ahli Parlimen Pasir Salak.

Keghairahan untuk mendengar " isu keselamatan " negera menipis akhirnya, apabila YB Dato Tajuddin memulakan ucapan, dan sebagaimana biasa " musuh " negara bagi beliau ialah " Anwar Ibrahim " beliau menyerang Anwar dari semua sudut, kisah di alam pelajar, kisah semasa kepimpinan, ulang tayang bagaimana hebatnya beliau jika dibandingkan dengan Anwar, Anwar di fakulti Bahasa sedangkan beliau seorang ahli ekonomi, tapi kehebatan Anwar hanyalah beliau mampu berucap dan dapat " memperdayakan " pendengar dengan ucapan.

Kerjasama antara gagasan Pakatan Rakyat ini DAP, PAS & PKR akan membawa negara ini ke arah yang lebih terancam. Untuk itu kerjasama adalah diperlukan untuk tidak memberi peluang kepada Pakatan ini untuk menerajui kepimpinan negara. Bagi DAP mereka berusaha untuk " mengkritisankan " rakyat Malaysia.

Bagi PDRM ( wakilnya ) pula terus menayangkan cerita " BERSIH ", tragedi BERSIH sudah pun ke mahkamah dan pihak mahkamah pula membuat keputusan yang BERSIH tidak " KOTOR " sebagaimana anggapan sesetengah pihak. Selain itu di " tayangkan " juga isu Memali, isu Tragedi Hitam 13 Mei. Sedangkan isu-isu ini sudah tidak ada dalam intangan rakyat lagi.

Dapat diperhatikan dari " bahasa badannya ( body language ) " ramai kalangan guru-guru merasa cukup hampa atas apa yang dilaporkan, kini jelas apa yang di katakan keselamtan negara terancam itu bukanlah negara tapi sebuah parti politik anutan mereka. Keadaan dan suasana ini memberikan impak yang serius, ramai kalangan guru telah meninggalkan majlis. Sampai ke satu tahap, pihak urusetia perlu menutup gate agar guru-guru terus " melahirkan diri " dari majlis tersebut.


Hj. Mohammad Zalkornain bin Jaafar
Pegawai pelajaran Daerah.

Kepada PPD pula adalah dipohonkan agar meletakkan integeriti pendidikan ditahap yang lebih profesional, dan pastikanlah profesionalima keguruaan itu di jadikan amalam, perlu juga di ingat zaman maklumat amat mudah diperolehi, jadi tindakan PPD menggunakan MGB ( majlis guru Besar ) dan MPSM ( Majlis Pengetua Sekolah Menengah ) untuk kepentingan satu-satu pihak amat tidak profesional. Bagi kepimpinam MGB dan MPSM ( khususnya MGB ) tidak perlu menggadai maruah diri untuk mendapatkan sekupang dua dan boleh  di suruh sarah. Bertindaklah sebagai seorang pendidik.
MASIH ADA LAGIKAH MANUSIA YANG PERCAYA BAHWA WAJAH INI ORANG YANG PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH. PEKASER KAT MANA AGAKNYA....

Gambar hiasan - apakah mereka ini sedia mempertahankan Kalimat Allah?

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA