Mahathir pelopor PPSMI
Kesan dan pelaksanaan PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dlm Bahasa Inggeris telah meninggalkan kesan yang cukup hebat sekali. Selain dari pihak kerajaan menyediakan satu bajet yang besar juga meninggalkan kesan kepada pengetahuan penggunaan ICT - apa tidaknya semua sekolah tidak kira di mana hatta sekolah yang tidak ada kemudahan eletrik pun kemudahan ICT disediakan. Akhirnya negara telah melahirkan generasi baru yang mengetahuai komputer, tahu menggunakan internate, akhirnya dunia yang luas ini sudah menjadi sempit, dunia yang jauh sudah dekat, maklumat sudah cukup mudah untuk di terima, perkongsian antara kawan sudah cukup mudah.
Rakyat sudah sepatutnya merakamkan setinggi terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan terutama PM masa itu Tun Mahathir, zaman dia dasar PPSMI di cipta, zaman dia Malaysia melaksanakan dasar Persyarikatan Malaysia mungkin juga di zaman dialah mulanya rakyat amat mudah mendapat maklumat, maklumat dari semua sudut, maklumat sudah di hujung jari.
Mahatihir tidak " mesra " Islam
Tapi dengan kemajuan, kemampuan dan perubahan tersebut, rupa-rupanya ada kalanya kepimpinan lupa diri, lupa untuk berjaga-jaga, lupa setiap gerak geri mereka amat mudah di baca oleh " manusia " lain. Apa yang berlaku di Pulau Pinang di majlis Tahun Baru Masyarakat Cina, telah memberikan satu " bom " jangka kepada PM. Sahutan " no " pada BN sebanyak 3 kali, amat menyakitkan hati Mahathir.
" Kebebasan
yang ditawar media alternatif menerusi Internet telah menimbulkan
beberapa situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai
kebenaran dan sebaliknya, sesiapa sahaja
boleh memuat naik sebarang kenyataan yang mereka suka secara langsung di
Internet, tanpa sebarang kawalan kerana tidak ada pengurus, editor atau
penyunting untuk mengubah isi kandungannya " Kata beliau. Mungkin kata-kata ini ditujukan kepada tragedi di Pulau Pinang.
Kini rakyat sudah kenal siapa Aku - Mahathir
"Kini didapati perkara itu dilakukan dengan membawa satu kumpulan yang dilengkapi kamera video dan mikrofon ke dalam khalayak. Apabila PM menyoal 'Adakah anda bersedia untuk BN', kumpulan ini menjeritkan 'Tidak' sebagai respons.
"Rakaman
ini segera dimuat naik ke YouTube dan merebak ke blog lain. Meskipun
terdapat video lain, yang menunjukkan khalayak mengangkat tangan dan
menjeritkan perkataan 'Ya', dimuat naik dalam YouTube selepas itu,
kebanyakan orang tidak mempedulikannya. Mereka terus mempercayai klip
video palsu ini," katanya.
Ungkapan Mahathir ini jelas membayangkan betapa " takutnya " beliau dengan lauangan balasan segera terhadap soalan PM tersebut. Mahathir cuba memperbodohkan rakyat dengan andaian bahawa kumpulan yang menjerit " No " untuk BN itu seolah-oleh sudah disediakan. Apakah para pengunjung sudah mengetahui yang inti pati ucapan PM dan jika ucapan PM sudah diketahui sudah tentu ada dalang dari dalam yang membocorkan teks ucapan tersebut.
Atau apakah sememangnya teks ucapan PM di bocorkan oleh mereka yang turut ingin memusnahkah kepimpinan Najib?
Mahathir mula merasakan " media " ini mula memakan diri sendiri, beliau juga sudah tidak percaya dengan kehebatan media ciptaan beliau sendiri. Mungkin juga kini beliau sedang di bicarakan dengan hukum alam, doa untuk beliau agar panjang usia dan meliaht sendiri apa yang pernah dilakukan mungkin di makbulkan oleh Allah.
Kini kebebasan berkarya sudah sampai ke matlamatnya, "Kebebasannya hampir mutlak."
"Setakat ini, saya sendiri
terpaksa menukar lima laman untuk blog saya kerana entah bagaimana ia
diusik sehingga menyebabkan orang ramai tidak boleh mengakses blog saya,
dan saya berjaya disenyapkan.
Apakah masa depan aku masih releven ?
"... Namun saya ( Mahathir - gambar ) tidak boleh
berbuat apa-apa untuk menghentikan orang yang mungkin ingin menghalang
kebebasan saya menerusi media alternatif," katanya.
No comments:
Post a Comment