Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, February 21, 2013

DAP LAWAN MCA YANG KALAH UMNO

Satu catatan untuk renungan:

Pada PRU 12, DAP menang 100% kerusi yang dipertandingkannya di Penang dan parti yang kalah 100% ialah MCA, GERAKAN dan MIC. Tetapi bagi kerusi di kawasan melayu Majoriti kerusinya masih dikuasai UMNO. Akibatnya pembentukan kerajaan Penang memperlihatkan ianya dikuasai oleh orang Cina, sekaligus Melayu kelihatan menjadi pembangkang. Cuba bayangkan kalau PAS dan PKR yang menentang UMNO menang majoriti, apa akan jadi kepada pentabdiran Penang.

Barang diingat ketika BN masih memerintah Penang, ianya masih dikuasai oleh orang Cina menerusi GERAKAN. Cuma bezanya, UMNO mendakwa mereka masih menjadi pembela melayu berbanding sekarang melayu sudah dipinggirkan sejak DAP menguasai kerajaan, oleh itu UMNO mendakwa kalau PR menang maka melayu akan terhapus.

PGU atau PAS ganti UMNO bermakna PAS serius untuk menjadi wadah atau jemaah pengganti kepada UMNO untuk membela melayu Islam. Kalau seruan PAS disambut oleh melayu dengan tangan terbuka, apa akan jadi kepada komposisi kerajaan dan pembangkang selepas PRU 13? Pasti tiada lagi pembangkang yang ramai dari kalangan melayu, tiada lagi kelebihan yang ketara kepada DAP dalam kerajaan, jadi orang tolol mana yang boleh mendakwa kalau DAP menang melayu akan terhapus?

Begitu juga dengan Karpal Singh yang didakwa menolak Islam. Siapa Karpal? dan siapa pula UMNO? Kalau Karpal menolak Islam menang patut, tetapi penolakan syariat Islam yang sebenar oleh UMNO bagaiama? Bukan lebih mudah untuk menyakinkan Karpal tentang keindahan Islam berbanding menyeru dan berdakwah kepada UMNO yang sudah lebih 50 tahun menolak syariat Islam? Malah anak melayu yang paling cerdikpun menghabiskan hidupnya untuk meminta kerajaan UMNO supaya segera patuh kepada syariat Islam pun tidak pernah didengari sehingga beliau menghempuskan nafas yang terakhir. Arwah Prof Ahmad Ibarahim, sepanjang hayatnya tidak pernah menjemu menasihati kerajaan UMNO malah menyediakan prasarana undang undang dengan harapan satu hari nanti undang undang Islam bakal terlaksana di Malaysia.

Sedarkah UMNO bahawa mahkamah syariah yang ada hari ini merupakan persediaan yang disediakan oleh arwah prof Ahmad Ibrahim kepada terlaksana hukum Islam. Laluan sudah disediakan tinggal lagi kemahuan untuk melaksanakan sahaja yang tidak ada pada UMNO sejak dulu sehingga kini dan mungkin selama lamanya.

UMNO kini menggunakan Karpal dan DAP untuk menunjukkan kepada orang melayu bagaimana melayu bakal hilang kalau DAP berkuasa. Satu dakwaan yang bebal kerana semua tahu DAP bakal bertanding di kawasan MCA, GERAKAN dan MIC jadi tiga parti ini yang berisiko hilang bukannya orang melayu, malah kalau orang melayu menerima pelawaan PAS sebagai pengganti maka kekuatan orang melayu tidak akan terjejas malah bakal bertambah bilamana peraturan ALLAH dilaksanakan. Karpal Singh bukan penghalang kerana apabila sampai masa kita bakal berhujah dengannya dan kita tahu Karpal seorang yang terbuka mindanya yang sentiasa menerima hujah yang ada justifikasi. Kita orang Islam sentiasa ada hujah yang ada justifikasi sepertimana diajar oleh Baginda Nabi, para sahabat dan para ulamak muktabar. Sejarah membuktikan seorang athies yang banyak hujahpun pernah dikalahkan oleh seorang anak remaja yang kemudiannya menjadi salah seorang Iman mazhab 4.

Arwah Ahmad Deedat serta Dr. Zaki Naik, juga banyak menunjukkan jalan bagaimana mahu berdepan dengan orang bukan Islam. Lebih baik berdepan dengan orang bukan Islam seperti Karpal daripada berdepan dengan orang Islam yang berbelit belit seperti UMNO dan kuncu kuncunya.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA