Dengan terbuktinya kata-kata dari Bekas ADUN  ini, jelaslah Sri Muda selama ini, sememangnya UMNO mempergunakan kedudukan mereka untuk kepentingan personnel. Agaknya banyak lagi kes-kes salah laku yang di amalkan oleh mereka. Hanya tahniah kepada pasokan PR yang dapat mengcungkil satu demi satu isu kaitan dengan " buruk laku " kepimpinan UMNO / BN masa dulu. Apa yang berlaku di Selangor besar kemungikan juga berlaku di negeri-negeri lain yang di bawah telunjuk UMNO.
Bekas ketua bahagian: 
Apartmen untuk kepentingan awam
Apartmen untuk kepentingan awam
Bekas
 ketua Umno Kota Raja Datuk Amzah Umar menjelaskan wujud salah laku 
dalam perolehan tanah di Seksyen 25, Shah Alam dan mendakawa apartmen 
kos sederhana berkenaan adalah untuk kepentingan awam.
Amzah menjelaskan, ia menyediakan perumahan kepada rakyat dan ahli Umno boleh mendapatkan diskaun 12 peratus untuk membeli apartmen tersebut.
"Kita
 beri tujuh peratus diskaun untuk pembeli bumiputera dan 12 peratus 
untuk ahli Umno, jika saya tidak silap," katanya ketika dihubungi hari 
ini.
Amzah yang juga ADUN Sri Muda semasa urusniaga tanah 
tersebut mengulas dakwaa oleh pengerusi jawatankuasa tanah dan pejabat 
tanah, Ng Suee Lim dan anggota jawatankuasanya, Shuhaimi Shafiei.
Ia
 merupakan salah satu daripada usaha Ng untuk mendedahkan 24 keping 
tanah yang didakwa dijual dengan harga murah kepada parti komponen BN 
semasa menguasai Selangor.

No comments:
Post a Comment