Jenayah
merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang undang kerajaan sesuatu
tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.
Antara kes kes jenayah yang pernah berlaku dalam negara kita yang aman
ini adalah seperti rompakan, rogol, penyeludupan senjata api, kegiatan
kongsi gelap dan pembunuhan yang mengerunkan. Pasti korang tahu pasal
kes kes jenayah dan penjenayah yang tersebar luas dalam media massa.
Sejak zaman dulu pun dah ada penjenayah. Tak tahu la sama ada korang
kenal atau tidak (penting ke kenal diaorang? ada masuk dalam SPM subjek
"Sejarah" ke?) Yang pasti, hari ni aku nak kongsikan cerita pasal
penjenayah penjenayah yang pernah fofular sewaktu ketika dulu.
2. Bentong Kali
Penjenayah
yang amat dikehendaki sekitar awal tahun 1990 an. P. Kalimuthu atau
digelar Bentong Kali (tempat asalnya) terkenal dengan sikap barannya
yang suka membunuh orang ramai secara sesuka hati. Puluhan orang awam
tidak bersalah menjadi mangsa tanpa sebarang sebab disamping turut
terlibat dengan aktiviti dadah dan rompakan.
Keganasannya amat melampau
hingga beliau masih membunuh orang awam walau ketika polis telah
melancarkan operasi seluruh negara untuk menangkapnya yang dikenali
sebagai 'Ops Buncit'. Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis
menawarkan ganjaran RM100,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat
sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu.
Penjenayah mula terjebak
dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia
meninggalkan alam persekolahan pada tingkatan satu. P. Kalimuthu
menyertai Kumpulan kongsi gelap Cina 04. Pernah dipenjara ketika usia 19
tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu. Namun ianya tidak
menginsafkan Kalimuthu sebaliknya kira-kira empat tahun selepas
dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan
menyertai kumpulan kongsi gelap India 08.
Bersama kumpulan haram dan
rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif mencabar undang undang sekitar
ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut, Sungei Way dan Ampang. Ditahan
semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah di
tempatkan di Pulau Jerjak, Pulau Pinang tetapi dibebaskan pada tahun
1987. Peluan kedua yang diberikan langsung tidak dihiraukannya. Kali ini
dia menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang
Lama, Kuala Lumpur.
Kegiatan yang mereka lakukan adalah seperti mengedar
dadah. dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi pada April 1990
dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas
daripada hukuman apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan
kesalahannya. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula mengganas kembali
dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis
mula melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan
lelaki itu.
Polis mengklasifikasikan profil lelaki itu sebagai bukan
pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama
pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut
kehendak nafsu mereka. Antara pembunuhan yang dilakukan adalah dengan
melepaskan tembakan rambang dalam satu majlis sambutan hari lahir
menyebabkan 2 orang maut di tempat kejadian. Juga melepaskan sedas
tembakan ke atas seorang penjual roti canai kerana menegur tindakan
kurang ajar Bentong Kali yang kencing berhampiran rumahnya.
Semua
jenayah berlaku di kawasan perumahan Taman Tanming Jaya. Ini dikaitkan
dengan Bentong Kali kerana penjenayah itu turut menyewa selama tiga
bulan di Taman Tanming Jaya sebelum melarikan diri. Tindakan P.
Kalimuthu menyebabkan penduduk di taman itu hidup dalam ketakutan. Ada
antara mereka yang berpindah buat sementara waktu ke kawasan lain kerana
khuatir menjadi mangsa seterusnya. Terbabit juga dalam kejadian
pembunuhan seorang lelaki dan mencederakan seorang lelaki lain di
Kampung Sungai Tepi, Jalan Klang Lama.
Penemuan bukti kelongsong peluru
9mm dari pistol Sig Sauer menyebabkan polis mengesyaki pembabitan P.
Kalimuthu atau Bentong Kali dalam kejadian siri pembunuhan berkenaan.
Pencarian pihak berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali
dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk mencari seorang
bekas konconya di Jalan Klang Lama. Intipan polis kemudian membawa
kepada serbuan di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres
dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur pada 29 Jun 1993. Drama
tembak menembak berlaku dan akhirnya penjenayah dan tiga lagi rakannya
berjaya ditembak mati oleh polis.
kumbangjingga 3. Mona Fandey
No comments:
Post a Comment