Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, December 30, 2012

UMNO - KINI GILIRAN VETERAN PULA

 PRU13 adalah kesinambungan kepada PRU12, di mana PRU12 di bawah pimpinan Tun dollah telah mencacatkan UMNO / BN, UMNO / BN tidak menang " mewah " sebaliknya tercungap-cungap untuk melayari kepimpinan seterusnya. Semua pihak termasuk mantan PM masa itu Tun Mahathir mencari jalan bagaimana untuk " membuang " Tun Dollah. Kenapa Mahathir marah sangat pada Dollah ?

Zaman Dolah - Anwar di bebaskan, dengan pertolongan menantunya Khairi Anwar bejaya ke German untuk membaik pulih keadaan fizikalnya - kini Anwar menjadi " liabilti " kepada UMNO khususnya Mahathir sendiri.

Perubahan landskap politik Malaysia bertukar wajah apakah Datin Seri Wan Aziz memberi laluan kepada Dato Seri Anwar untuk bertanding di Permatang Pauh - dan Anwar menang dengan majoriti yang lebih besar terus diangkat sebagai Ketua pembangkang di Parlimen.

Kehadiran Anwar telah memberikan impak yang cukup dahsyat kepada UMNO / BN, Najib terus di sasarkan leh Anwar - akhirnya terbentuklah satu pakatan dalam pembangkang dengan Pakatan Rakyat - PKR, DAP dan PAS. Kegagalan UMNO / BN untuk menerajui negara dengan 2/3 kerusi di parlimen juga memberikan satu pertanda yang UMNO / BN akan kecundang. Keakraban PR juga cukup jelas dengan bermatlamatkan untuk bertakhta di Putr Jaya.

Bagi Najib setelah di menerima jawatan PM dari Pat Lah, terus bergiat cergas seperti lipas kudong melaksanakan program untuk meyakinkan rakyat. Tapi nasib seolah-olah tidak menyebelahi beliau. Mungkin agaknya kerana Rosmah - Rosmah telah memberikan pertanda yang UMNO / BN di bawah pimpinan suaminya akan di padamkan dari pemerintahan.  

Skandal seperti - Pembunuhan - Rasuah - Ketirissan - Pengaliran Wang Haram - Meningkatnya Kes Jenayah - Penghidupan Mewah Pemimpin - Kalangan pemimpin pula yang berskandal dengan pompuan simpanan - Salah Guna wang GLC - Mempergunakan rakyat dengan Felda / Felcra. banyak lagi - ini semua memberikan kesan ketidak percayaan rakyat kepada kepimpinan yang ada.

Di saat akhir pemerintahan sebelum tertunainya PRU13, Najib melaksanakan berbagai-bagai strategi - BRIM, KRIM, TRIM, PRIM ( merasuah rakyat ) - malangnya semuanya tidak " ngombin " ( tidak memberi kesan kepada rakyat - rakyat terus menolong UMNO / BN ) Najib Terus panik.

Akhirnya bantuan amat perlu - kini veteran UMNO pula muncul - sebelum ini banyak NOGs mirip UMNO, ramai juga blogger upahan UMNO, akhbar perdana ( sering membayar saman ) - Veteran UMNO cuba mengambil alih tugasan ini untuk membantu Najib bagi memastikan Kemenangan Majoriti 2/3 di parliment.   

     Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Veteran UMNO - melalui setiausahanya Datuk Mustapha Yaakub, memohon agar semua cawangan dan bahagian Umno di seluruh negara menggunakan sepenuhnya pengalaman dan pengaruh anggota veteran parti itu bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Mereka penoh dengan pengalaman dan pengaruh yang luas serta mampu memberikan " peluru " yang diperlukan oleh BN untuk menidakkan impinan PR ke Putra Jaya.
"Apa yang kami mahu ialah untuk membantu menguatkan parti sesuai dengan moto kami 'veteran pemangkin kepimpinan Umno'.  "Kami tidak mempunyai cita-cita untuk kembali aktif di mana-mana peringkat atau bertanding memegang sebarang jawatan. Kami cuma mahu Umno dan BN kekal memerintah serta menang besar nanti," katanya kepada Bernama.
Dengan kekuatan leih 700k dan dengan slogan 'Keluargaku Pengundi BN', kelab itu akan memastikan setiap undi keluarga veteran Umno tidak akan tercicir dan pasti keluar untuk mengundi memilih BN - tegasnya - BERNAMA

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA