Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, December 31, 2012

AKU BERKUASA - NEGARA AKU PUNYA

Khairy tak bayar hutang ‘tak apa’ tapi mahasiswa disenarai hitam 

Budaya pinjam dan lupuskan pinjaman memang menjadi darah daging dalam UMNO bukan kita nak memburuk-burukannya tapi kita boleh perhatikan, buat projek tak jadi, hutung lupus, pinjam bank tak bayar akhirnya di keluarkan " bill out " untuk membayarnya. Buruk laku ini dari pucuk pimpinan sehinggakan berjangkit ke ketua cawangan sekali. Lepas itu pemimpin pula ke hulu ke hilir berlagak dengan manabur wang ringgit untuk rakyat.

Tsunami 2008 memang memberi kesan kepada " buruk laku " pemimpin UMNO, mereka akan gunakan sumber wang rakyat dari semua tabungan untuk tujuan " berlagak " gaya itu. Dari Tabung Haji, dari KWSP, Tabung Pesara Tentera. 

Apakah mereka menjalani penghidupan harian dengan " memutar belitkan " wang Rakyat? 

Apakah kemewahan mereka penoh dengan tipu daya?

Tidakkah mereka terfikir tindakan "  buruk perangai " itu menyebabkan kaum sebangsa akan merana?

Kini dibongkarkan lagi kisah Pemuda UMNO  pula.




KULIM 30 DISEMBER: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kesal berikutan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dibiar berhutang tanpa tindakan tetapi mahasiswa disenarai hitam jika gagal membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

“Jika Khairy boleh bebas tanpa bayar hutang jutaan ringgit, kenapa mahasiswa yang menganggur disenarai hitam kerana tidak mampu membayar hutang PTPTN,” kata Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin yang turut dikenali sebagai CheguBard.

 Beliau sebelum ini meminta penjelasan Khairy terhadap pinjaman tertunggak yang diperoleh dari Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) bernilai belasan juta ringgit.
    Berdasarkan dokumen, pinjaman itu dibuat pada hujung 2005 ketika bapa mentuanya, Tun Abdullah Badawi masih Perdana Menteri dan tiada bayaran dibuat sehingga kini.
Badrul Hisham menyifatkan perbuatan membiar Khairy berhutang tanpa tindakan, tidak adil kerana tekanan drastik diambil terhadap mahasiswa yang sukar melunas pinjaman pelajaran
     “Kenapa pula tindakan sama tidak boleh diambil terhadap Khairy?” katanya ketika berceramah di Sungei Limau, Kulim 28 Disember lalu dan mengesyaki amalan kronisme dan korupsi yang berleluasa dalam Umno antara punca Khairy tidak dikenakan tindakan.

- keadilandaily.com/

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA