Coretan ini kita mengimbau kembali, bagaimana terdesaknya seserong itu hingga sanggup melakukan apa saja demi survival dalam penghidupan, perhitongan agama di ketepikan, dan akhirnya ianya makan diri,...... di mana Saiful Bahari masa kini..... coretan ini adalah idea dari sdr. Lim Hong Seng editor Merdeka Review.
Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.
Saya tidak menganggap rakyat Malaysia memerlukan drama politik sebegini, sama ada sebagai hiburan untuk meredakan tekanan hidup harian, mahupun sebagai rancangan realiti untuk meningkatkan pengetahuan seks masyarakat umum merentasi sempadan umur.
Apa
yang pasti, dubur Saiful Bukhari Azlan akan terus dijadikan tumpuan satu
Malaysia, malah satu dunia. Ruang dada akhbar akan sarat dengan berita
pendedahan demi pendedahan untuk menghakis dan menggoyah keyakinan
rakyat terhadap Anwar Ibrahim; bekas rakan seperjuangannya akan tampil
seorang demi seorang untuk membongkar "wajah sebenar" Anwar, dan ruang
rencana akan menyiarkan artikel demi artikel untuk mengupas,
menganalisa, malah meramalkan masa depan Anwar Ibrahim, Parti Keadilan
Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR) - yang sudah tentu akan hancur dan
ranap dalam masa terdekat, kononnya.
Jelas, ini kes politik
Saya
menghormati proses perbicaraan mahkamah yang sedang berlangsung, malah
untuk mendukung prinsip keadilan saya terpaksa menghormati juga mereka
yang berhempas-pulas menegakkan keadilan, kononnya, untuk Saiful Bukhari
Azlan. Namun demikian, segala-gala ini gagal mengubah hakikat bahawa
Kes Sodomi II ini merupakan kes politik.
Namun
demikian, Saiful mendakwa dirinya diliwat tanpa kerelaan sejak awal
lagi. Jadi, Anwar seharusnya didakwa di bawah Seksyen 377C, iaitu
hubungan seks di luar tabii secara paksaan - barulah Saiful boleh tampil
ke mahkamah sebagai "pengadu". Apa yang berlaku kini memperlihatkan
kontradiksi yang ketara antara pertuduhan dengan keterangan pengadu.
Justeru
itu, sukar untuk kerajaan Najib Abdul Razak meyakinkan rakyat bahawa
sistem kehakiman profesional dan bebas ketika membicarakan Kes Sodomi II
ini. Malah, tidak mungkin ia sekadar "kes jenayah" biasa, seandainya
dilihat kepada pendekatan lidah UMNO, Utusan Malaysia membuat liputan berita ini.
Bahagian 2- buktikan liwat tanpa tusukan.
No comments:
Post a Comment