Coretan
ini kita mengimbau kembali, bagaimana terdesaknya seserong itu hingga
sanggup melakukan apa saja demi survival dalam penghidupan, perhitongan
agama di ketepikan, dan akhirnya ianya makan diri,...... di mana Saiful
Bahari masa kini..... coretan ini adalah idea dari sdr. Lim Hong Seng editor Merdeka Review.
Buktikan liwat tanpa tusukan?
Saya
tidak nampak bahawa ulasan, kupasan, atau analisa yang terpampang di
depan mata ketika kita menyelak akhbar ini memberi makna. Laporan
pemeriksaan doktor telah menyatakan bahawa tiada kesan tusukan ditemui,
namun perbicaraan tetap berjalan. Jadi, segala-gala ini seolah-olah
cubaan untuk membuktikan kepada satu Malaysia, malah seluruh umat
manusia di dunia ini bahawa air mani Anwar boleh sampai ke dalam dubur
Saiful tanpa tusukan.
Apakah makna yang tersirat
di sebalik segala-gala ini? Ertinya, sementara kerajaan Malaysia
bertungkus-lumus dalam usahanya untuk "menghilangkan keyakinan" rakyat
terhadap Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia yang terpaksa menanggung
akibatnya - kehilangan keyakinan daripada pelabur asing dan anak watan
yang berbakat.

Teorinya mudah - musnahnya Anwar, maka terselamatlah Barisan Nasional.
Politik menabur dendam
Untuk
tidak dilihat naif dalam politik, saya menerima babak ini sebagai
sebahagian daripada pergelutan kuasa antara pemerintah dengan
pembangkang, atau dalam realitinya, antara Barisan Nasional dengan
Pakatan Rakyat. Dalam konteks Malaysia, serangan politik yang menyentuh
keperibadian kadang-kala tidak dapat dielakkan, meskipun pendekatan ini
amat dipertikaikan. Kita masih jauh dari persaingan politik yang sihat
- perdebatan politik yang diangkat martabatnya untuk membicarakan soal
struktur dan sistem.

Pengaiban
secara terbuka terhadap Anwar dan keluarganya telah menyemai benih
dendam di kalangan penyokongnya. Ia amat berbeza dengan persaingan
politik "siapa lebih Islam atau siapa lebih Melayu", antara UMNO dengan
PAS, atau Semangat 46 pada zaman 1990-an. Penghinaan secara terbuka
untuk mengaibkan seorang isteri bernama Wan Azizah Ismail, tanpa
mempertimbangkan perasaan anak-anaknya - dengan aksi-aksi lucah,
gambar-gambar yang diubahsuai, kata-kata yang kasar lagi kesat seperti
"kaki buntut" dan sebagainya ketika berkempen, terlalu biadap namanya.
Dan drama ini dipentaskan semula, selepas satu dekad. Anak-cucu yang melanggan Utusan Malaysia atau Berita Harian kerana sisipan DIDIK, SKOR
dan sebagainya, pada masa yang sama ditayangkan adegan bagaimana
kelakuan liwat boleh berlaku - dalam bentuk bertulis... Satu generasi
membesar dalam suasana media yang sarat dengan istilah "liwat", "sodomi"
- imaginasi masyarakat awam digarap dengan tilam yang naik turun di
mahkamah pada akhir tahun 1990-an; kini kita pula menyaksikan satu
generasi lagi yang membesar dalam suasana media yang tidak banyak
berbeza, mungkin cuma tilam digantikan dengan KY jelly untuk mencungkil imaginasi...
Bahagian 3 Akhir -Bebas dari Politik Dubur
Bahagian 3 Akhir -Bebas dari Politik Dubur
No comments:
Post a Comment