
Ketua 
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjatuhkan bom yang menggemparkan
 bahawa tidak mustahil bekas bosnya Mahathir Mohamad memiliki kekayaan 
sebanyak AS $ 44 billion, yang menjadikannya bekas pemimpin kedua 
terkaya di dunia.
"Ya, ia 
bermungkin juga. Mengapa tidak? Lihatlah keluarganya, kroninya. Ini 
sememangnya menuntut penjelasan Dr Mahathir," Anwar memberitahu pada 
sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya.
Beliau
 mengulas laporan Malaysia Chronicle baru-baru ini yang merujuk halaman 
Wikipedia yang menunjukkan senarai pemimpin terkaya dan bekas pemimpin 
terkaya di dunia dan jumlah kekayaan yang mereka miliki. KES NAMA HILANG: Adakah Dr M bekas pemimpin kedua terkaya dengan harta $ 44 BILLION?
Laman
 Wiki, yang dikemaskini pada 14 Disember, telah menyenaraikan Mahathir 
sebagai kedua terkaya selepas bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak, yang 
dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS $ 70 bilion. Walau 
bagaimanapun, beberapa minit selepas artikel itu diterbitkan, nama 
Mahathir dengan misterinya telah hilang dari senarai Wiki dan Allayarham
 presiden Suharto dari Indonesia yang pada mulanya berada di tempat 
ketiga dengan kekayaan yang dianggarkan AS $ 35 billion, telah 
menggantikan tempat kedua, bekas Perdana Menteri Malaysia itu.
Mr 10%?
Sekarang,
 Mahathir yang telah berusia 87 tahun pernah memerintah Malaysia selama 
22 tahun dari 1981-2003. Pemerintahan ala kuku besinya dan pilih kasih 
antara kaum untuk mendapatkan kelebihan politik telah dikritik hebat dan
 dia lebih banyak menerima kutukan daripada penghargaan sebahagian besar
 penduduk Malaysia.
Pengkritik,
 juga menggambarkan Mahathir sebagai 'Dr Devil', dan kebelakangan tahun 
ini telah membuat spekulasi berapa banyak wang yang telah dikumpul 
olehnya dan juga ahli keluarganya melalui pengaruh dan kawalan mutlak 
pelbagai jentera kerajaan. Ada juga yang memanggilnya "Mr 10%", yang 
merujuk kepada dakwaan penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah seperti 
mendapatkan hasil daripada setiap kontrak yang memberikan olehnya lampu 
hijau.
Malah, 
kerabat kroni Mahathir merupakan antara ahli perniagaan terkaya dan 
paling berkuasa di negara ini. Antaranya, raja loteri Vincent Tan dan 
Ananda Krishnan, bos terkenal Maxis yang kini sedang disiasat oleh 
kerajaan India kerana dikatakan telah memberi rasuah untuk mendapatkan 
kepentingan di Aircel.
Dari 2001 ke 2010, AS $285 BILLION dibawa keluar secara haram
Spekulasi
 kekayaan Mahathir datang dari laporan menggemparkan Global Financial 
Integrity (Integriti Kewangan Global) yang berpangkalan di Washington. 
Mereka telah menjejaki pengaliran keluar kapital yang dikendalikan oleh 
eksekutif atasan kewangan termasuk bekas penyelidik kanan IMF.
GFI 
melaporkan bahawa sejumlah AS $ RM 197 billion 'wang haram’ telah 
disalurkan keluar dari Malaysia pada tahun 2010 berbanding RM 93 bilion 
pada tahun 2009, ini menunjukkan peningkatan sebanyak 112%. Malaysia 
juga mempunyai rekod memalukan yang meletakkannya sebagai negara No 2 
mempunyai jumlah pengaliran keluar wang haram tertinggi didunia selepas 
China pada tahun 2010.
Bagi 
tenpoh 10 tahun dari 2001 ke 2010, Malaysia berada di kedudukan No 3 di 
seluruh dunia selepas China dan Mexico. Jumlah anggaran bagi 10 tahun 
Malaysia ialah AS $ 285 billion (RM871.4 bilion), manakala China 
sebanyak AS $ 2.740 bilion, dan Mexico AS $ 476 bilion.
Dalam 
laporan terbaru, GFI terang-terangan menyatakan, amaran pengaliran wang 
keluar di Malaysia adalah "pada skala yang boleh dilihat di beberapa 
negara Asia".
Rompakan Terbesar
Beliau 
telah mengadakan rundingan meja bulat pada Januari 2013 di mana gabungan
 Pakatan Rakyat merancang untuk membawa bersama-sama pegawai-pegawai 
dari GFI, wakil Bank Negara dan pegawai-pegawai kerajaan untuk sama-sama
 mencari jalan penyelesaian
"Dia 
(Najib) juga bersubahat dalam hal ini. Kami membangkitkan perkara itu 
dua tahun lalu tetapi bukan sahaja tiada apa-apa yang telah 
dilakukan,malah jumlah aliran keluar wang haram naik dua kali ganda pada
 tahun 2010 berbanding 2009. Dia tidak telus kepada rakyat dan telah 
menyekat penyiasatan, "kata Anwar.
"Kita
 bercakap tentang jenayah yang tidak boleh dibayangkan. Ini adalah 
situasi yang sama seperti dalam Rompakan Besar India di mana AS $ 500 
bilion telah dibawa keluar secara haram dari negara itu dalam tempoh 6 
dekad."
ehsan -malaysiachronicle-
ehsan -malaysiachronicle-
Dulu semasa Dr Mahathir kata dia tak pernah ambil sesenpun semasa 22 tahun menjadi PM aku komen begini:
ReplyDeleteMemanglah satu sen tak ambil, tapi sudah angkat berbilion-billion.
Rupa-rupanya kemungkinannya memang bukan sesuatu yang mustahil. Maka sebab itulah setelah bersara tapi masih bergerak cergas dalam politik...bukan apa...nak selamatkan diri.
Memang dia takut Anwar jadi PM sebab dia boleh kena dakwa.