Perhatikan gambar-gambar di bawah, ianya sungguh menakjubkan dan menghairankan. Mengapakah agaknya Rosmah terdaya untuk duduk di tengah antara Chong Wei dan isterinya Mew Choo? apakah kerana Rosmah selaku Presiden BAM dia berhak untuk duduk antara kedua pengantin tersebut?
Penulis-penulis blog terus mengkritik gambar-gambar Rosmah tersebut.
Semua pembaca akan pasti melihat perbezaan antara kedua-dua gambar tersebut, kita lupa kini zaman teknologi canggih, tokok tambah dan buang keadaan gambar sudah perkara biasa. Isu disini bagaimana Rosmah berani untuk menidakkan hak si lelaki untuk bersanding dengan si isterinya. Akhirnya Rosmah menerima banyak kutukan kaitan dengan posisi beliau di majlis tersebut.
Dengan kehebatan teknologi, akhirnya kemarahan melihat Rosmah kini memungkinkan segala benda yang sebelum ini kita menyampah, boleh menjadi suka kembali, Rosmah di tiadakan dalam gambar tersebut, tapi sedih Chong Wei tidak " mesra " dengan isterinya, terlalu jauh duduknya, kenapa ya? Itu lah perancangan Allah lebih hebat.
Tindakan Rosmah telah memakan diri dan seluruh warga FB dan Twitter serta penulis blog samada dari kumpulan penyokong kerajaan apa tah lagi pembangkang sungguh ramai yang meluat dengan tindakan Rosmah yang dikatakan melanggar protokol selain menjadi bahan ketawa di laman sosial Facebook dan Twitter. Rosmah menerima bukan setakat dicemuh, malah mengelirukan para penonton yang menyaksikannya secara langsung di kaca televisyen selama sejam bermula 8.30 malam Sabtu lalu.
GM juga mengambil kesempatan untuk merakamkan apa yang terpancar di kaca TV, terlalu getik dengan tindakan Rosmah, dan hasilnya di pos kepada para pembaca untuk tatapan dan renungan.
Rasa meluat memang gagal di atasi, walaupun ketiadaan ROSMAH di gambar kedua kerana apa yang " realnya " kedua-dua pengantin " terlalu " jauh duduknya. Kenapa agaknya Rosmah sanggup menggadaikan kedudukan sebagai " first lady " di majlis rasmi ini? "Apakah ini juga satu petanda di mana Najib suami Rosmah menerima hukukan alam untuk tidak terpilih lagi di PRU13 nanti?
Mungkin ini satu kerja remeh dan dianggap sia-sia, tetapi sebenarnya ia
memberi kesan langsung terhadap rakyat terutama kaum Cina yang
majoritinya menonton upacara tersebut yang semakin meluat dengan susuk
tubuh Rosmah mencari publisiti murahan dalam majlis orang!
No comments:
Post a Comment